Friday, 27 May 2011

Team Crocs 10 Pin Yunus Ismail Trophy Challenge

TROFI KEJUARAAN TEAM CROCS CHALLENGE 2011 MILIK JEFF CHIN

    Penganjuran kejohanan 10 pin Bowling TEAM CROCS Challenge 2011 buat kali pertama berakhir petang semalam di Crystal Bowl BDC Kuching, Sarawak setelah Jeff Chin dinobatkan sebagai juara edisi pertama kejohanan.


    Kejohanan peringkat akhir di mulakan agak lewat daripada jadual asal berpunca daripada kelewatan pemain-pemain mendaftarkan diri serta penarikan diri peserta-peserta di saat-saat akhir yang membolehkan pemain-pemain simpanan di serap masuk terrmasuk juara kejohanan Jeff Chin sendiri. Ternyata tuah berpihak kepada beliau yang di berikan slot selaku pemain simpanan setelah kegagalan pemain yang layak mendaftarkan diri.

    Diantara pemain yang di ramal bakal menjadi juara seperti Bong Kihow (O), Nurafidza (SA), Jeff Chin (A), Caroline Chien (A), Jonathan Tchee (A), Kelvin Chan (SB), Patrick Ng (SB), Simon Ong (SB) dan Alexender Sim (SB). Manakala pemain-pemain lain di kategori B Bowler yang di ramal dapat memberikan saingan seperti Jeff Jerry Hii, Myron Khoo, Anthony Luang, Mohd Yunus, Roni Tugiman, Jason Ling, Galliano Edward, Nerosha Keligit, Azmaniza, Muhd Uzair, Angelo Koay dan Lim Kuo Hui. Pemain-pemain kategori Novice yang turut mengambil bahagian seperti Robbie Hiew, Sufian Othman, Lai Chun Wui dan Yusri Suhaimi turut mengintai peluang di dalam kejohanan ini.

Wednesday, 25 May 2011

Liga Autoside Minggu Ketiga : Evo Perfecxion Vs Team Crocs

TEAM CROCS TEWAS LAGI

Kuching – 24hb Mei 2011


    Selepas selesai menganjurkan kejohanan 10 pin bowling TEAM CROCS Challenge 2011 kelmarin, TEAM CROCS kembali ke arena Autoside Trios League 2011 dengan harapan dapat memperbaiki kedudukan di dalam liga setakat ini.

    Menurunkan barisan pemain seperti Azad, Zaidin dan Habeeb yang akan mencabar pemain daripada EVO PERFECXION seperti Georgesri, Junain dan Anuar begitu bersemangat sebelum perlawanan. Di game pertama Azad yang menentang Georgesri ternyata tampak buntu mengawal keadaan apabila gagal menyaingi pihak lawan yang berkesudahan kemenangan kepada Georgesri yang menewaskan Azad dengan 160 pin (175 pin) berbalas 123 pin (148 pin). Zaidin juga gagal membuat balingan yang baik apabila bola beliau sering tersasar dari sasaran. Walaupun cuba bangkit di saat-saat akhir namun beliau terpaksa akur dengan kekalahan di game pertama menentang Junain dengan perbezaan 44 pin. Habeeb bermain selaku pemain tunggak TEAM CROCS yang gagal membaca keadaan lorong juga tewas di game pertama dengan 130 pin (155 pin) berbanding Anuar yang memperolehi 177 pin (192 pin). TEAM CROCS tumpas di game pertama tanpa sebarang mata.
Georgesri dari kumpulan Evo Perfecxion.
Azad yang cuba untuk mengejar mata dari pihak lawan.
    Di game kedua peningkatan telah di tunjukkan oleh pemain-pemain daripada TEAM CROCS apabila mendapat mata pertama menerusi kemenangan tipis Azad terhadap Georgesri dengan kelebihan 2 pin setelah menjatuhkan sebanyak 148 pin (173 pin). Zaidin juga berpeluang menambah mata buat TEAM CROCS namun gagal mengambil kesempatan di atas kegagalan Junain bermain seperti di game yang pertama. Zaidin tewas tipis dengan perbezaan 6 pin sahaja. TEAM CROCS memperolehi mata kedua menerusi usaha Habeeb yang menewaskan Anuar dengan kelebihan 7 pin sahaja setelah menjatuhkan sebanyak 155 pin (180 pin). TEAM CROCS akhirnya berjaya menundukkan EVO PERFECXION di game kedua apabila memperolehi mata ketiga menerusi jatuhan pin berpasukan menewaskan pihak lawan dengan hanya 3 pin. Kedudukan setelah tamat game kedua EVO PERFECXION mendahului TEAM CROCS dengan 5-3.
Junain dari pasukan Evo Perfecxion.

Zaidin yang bermain dengan agak aggresive pada perlawanan ini

    Harapan TEAM CROCS untuk meneruskan momentum kemenangan seperti di game kedua seakan dapat di capai apabila Azad menunjukkan peningkatan yang mendadak setelah menjatuhkan sebanyak 199 pin (224 pin). Walaubagaimanapun lawan beliau (Georgesri) juga begitu konsisten di dalam game ketiga apabila berjaya mengendurkan cabaran Azad serta mencatat kemenangan dengan 225 pin (240 pin). Peningkatan permainan juga di tunjukkan oleh Zaidin yang memperbaiki mutu balingan dan mencatat 166 jatuhan pin (191 pin) seterusnya memberikan mata pertama buat dirinya dan keempat untuk TEAM CROCS. Lawan beliau hanya mencatatkan sebanyak 143 pin (158 pin). Permainan di antara Habeeb dan Anuar berlangsung dengan sengit sehingga frame yang terakhir. Habeeb sewajarnya dapat memenangi perlawanan ini namun kegagalan mengambil spare pada frame keenam hingga kelapan membuka peluang kepada Anuar bertindak balas. Akhirnya kedua-dua pemain terikat dengan 163 pin setelah di campurkan dengan handicap. Perlawanan di game ketiga berkesudahan TEAM CROCS menang dengan 2.5-1.5. Namun begitu EVO PERFECXION masih mendahului TEAM CROCS dengan 6.5-5.5.

    Setelah TEAM CROCS berjaya merapatkan jurang mata kepada 1 mata ramai berpendapat TEAM CROCS mampu mencipta kemenangan. Usaha keras daripada pemain-pemain TEAM CROCS di teruskan dengan penuh semangat. Namun hanya Habeeb yang mampu mencipta kemenangan ke atas pihak lawan manakala Azad dan Zaidin berputih mata walaupun telah memberikan saingan yang sengit kepada pihak lawan masing-masing.
Anuar dari pasukan Evo Perfecxion.

Habeeb dari pasukan Team Crocs

    Azad tumpas buat kali ketiga apabila Georgesri melakukan clean game di game yang terakhir dan menjatuhkan sebanyak 193 pin (208 pin). Azad yang mendapat dua split berturut-turut di frame kedua dan ketiga ternyata gagal mendekati mata yang di perolehi Georgesri walaupun telah berusaha sedaya upaya beliau. Azad yang menjatuhkan 157 pin (182 pin) di game terakhir turut tewas di dalam kategori jatuhan pin individu setelah menamatkan perlawanan dengan jatuhan pin sebanyak 627 pin (727 pin), ketinggalan sebanyak 67 pin daripada Georgesri. Zaidin pula banyak melakukan kesilapan apabila sering open frame yang bersilang selepas berjaya melakukan strike ataupun spare mengakibatkan mata yang di perolehi adalah yang paling terendahnya malam tadi. Beliau hanya mampu menjatuhkan sebanyak 116 pin (141 pin) sahaja berbanding Junain yang walaupun tidak bermain dengan baik masih berjaya menang dengan menjatuhkan sebanyak 154 pin (169 pin). Junain juga menewaskan Zaidin apabila menjatuhkan sebanyak 620 pin (680 pin) untuk mata keempat beliau malam tadi. Sungguhpun kekalahan sudah jelas namun Habeeb masih meneruskan aksi bergaya bagi memperolehi kemenangan kedua beliau setelah seri di game ketiga. Habeeb menewaskan Anuar dengan kelebihan 14 pin setelah menjatuhkan sebanyak 158 pin (183 pin). Namun Anuar berjaya mengekalkan kelebihan pin individu apabila menewaskan Habeeb dengan hanya 6 pin setelah menjatuhkan sebanyak 697 pin sesudah di campur dengan handicap.
Dari kiri: Raphael (VC United), Habeeb dan Azad

    EVO PERFECXION berjaya menundukkan TEAM CROCS dengan keputusan 13.5 - 6.5. Keputusan rasmi EVO PERFECXION mendapat 35.21 mata manakala TEAM CROCS memperolehi 26.93 mata. Kegagalan TEAM CROCS menekan pemain lawan di game terakhir ternyata merupakan punca kekalahan malam tadi di samping pemain EVO PERFECXION yang bermain dengan baik dan berjaya menyerap tekanan terutama di game kedua dan ketiga. Perlawanan EVO PERFECXION selepas ini menentang PARAGON manakala TEAM CROCS di jangka dapat mencapai kemenangan selepas ini apabila di jadualkan menentang EZONET TEAM.
  
Keputusan penuh.

Statistik Crocs

Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.

Liga Autoside Minggu Ketiga : VC United Vs In The Zone

IN THE ZONE GAGAL MENYEKAT VC UNITED

Kuching – 24hb Mei 2011
Pasukan VC United

    Kemenangan pertama yang di cari oleh pasukan IN THE ZONE malam tadi tidak menjadi kenyataan apabila tunduk di tangan salah satu pasukan pilihan kejohanan Autoside Trios League iaitu VC UNITED. IN THE ZONE yang menurunkan Adrian Adheem, Alvin Sijore dan Ahmad Fikri (kombinasi 3A) telah berusaha mencatatkan keputusan yang di luar dugaan namun pemain VC UNITED seperti Salina, Raphael Edward dan Zainal Abidin berjaya mengatasi segala tekanan dan bermain seperti kebiasaan dan akhirnya mencipta kemenangan mutlak 14-6.
Salina dengan rentaknya konsisten
Adrian Adhem yang cuba mengejar mata jatuhan pin.
     Persaingan di perlawanan pertama menyaksikan Adrian Adheem yang di tentang oleh Salina berlangsung dengan hebat. Salina mula menjauhkan mata beliau pada frame kelima namun Adrian tidak menyerah kalah dan melakukan empat strike berturut-turut di frame kesembilan dan sepuluh menjadikan jatuhan pin beliau sebanyak 156 pin (181 pin). Salina yang memerlukan dua strike berturut-turut di frame kesepuluh bagi memenangi perlawanan telah berjaya melakukannya dan seterusnya memenangi perlawanan di permainan pertama dengan jatuhan pin sebanyak 167 (187 pin). Alvin Sijore yang baru pulang dari konvokesyen di Kuala Lumpur turun dengan semangat baru menghadapi cabaran getir daripada Raphael Edward. Ternyata Alvin Sijore yang gagal mendapatkan rentak di peringkat awal permainan memudahkan tugas Raphael apabila dengan bersahaja memenangi permainan pertama dengan 191 pin (206 pin) berbalas 141 pin (166 pin). Ahmad Fikri yang memikul tugas pemain tunggak IN THE ZONE memulakan cabaran dengan berhati-hati. Setelah mendapat open frame di balingan pertama dan ketiga, tiga strike di balingan kedua, keempat dan kelima telah merapatkan kembali kedudukan. Namun kegagalan beliau melakukan strike mahupun spare di balingan keenam dan ketujuh membolehkan Zainal Abidin kembali mendahului mata. Dua open frame daripada Zainal Abidin pada frame kesembilan dan sepuluh telah membuka ruang Ahmad Fikri memintas kedudukan. Ahmad Fikri hanya memerlukan satu strike daripada dua frame terakhir bagi memenangi perlawanan namun beliau gagal di dalam kedua-dua percubaan itu. Ahmad Fikri terpaksa akur tunduk tipis di tangan Zainal Abidin dengan perbezaan 4 pin sahaja apabila menjatuhkan sebanyak 156 pin (171 pin). Kedudukan selepas tamat permainan pertama VC UNITED mendahului IN THE ZONE dengan 4-0.
Raphael dapat menjinakan pihak lawannya.
Alvin Sijore terpaksa akur dengan kehandalan pihak lawan, namun Alvin tetap memberikan saingan.
    Perlawanan bertambah menarik di perlawanan kedua apabila pemain-pemain IN THE ZONE memulakan permainan dengan baik. Adrian yang tumpas di perlawanan pertama dengan 6 pin telah menunjukkan belang beliau. Adrian hanya membuat dua open frame sepanjang perlawanan kedua dan memenangi perlawanan tersebut dengan perbezaan 27 pin setelah membuat 169 jatuhan pin (194 pin). Mata pertama buat IN THE ZONE. Alvin Sijore pula yang buat pertama kali mendahului Raphael di lihat mampu membuat kejutan sehinggalah di frame ketujuh apabila mula ketinggalan akibat open frame di balingan kelapan. Alvin tunduk buat kali kedua di tangan Raphael dengan perbezaan 3 pin sahaja. Ahmad Fikri di lihat mula memperkemaskan permainan beliau dengan dua strike dan tiga spare pada lima balingan pertama dijangka akan memenangi perlawanan kedua. Namun hanya kerana satu open frame di sepanjang perlawanan kedua ini di balingan keenam telah menghampakan beliau apabila sekali lagi tunduk tipis di tangan Zainal Abidin dengan jurang 13 pin. Walaubagaimanapun IN THE ZONE berjaya mencuri mata kedua apabila membenam 542 pin berbanding VC UNITED yang mendapat 531 pin.

    Pada perlawanan ketiga Adrian sekali lagi menceriakan kem IN THE ZONE apabila berjaya menumbangkan Salina dengan 156 pin (181 pin) berbalas 146 pin (166 pin). Mata kedua buat Adrian dan ketiga untuk pasukan IN THE ZONE telah mengembirakan para penyokong walaupun terpaksa berpindah lorong akibat kerosakan mesin. Raphael meneruskan cengkaman kepada Alvin sehingga pihak lawan beliau gagal menyerap tekanan yang di berikan. Raphael dengan mudah menundukkan Alvin dengan perbezaan 42 pin. Hasrat Ahmad Fikri mendapatkan mata pertama bagi diri beliau sekali lagi punah apabila gagal bermain dengan baik terutama di balingan pertama di frame ketujuh yang memasuki longkang setelah mendapat strike di balingan keenam. Seperti menjadi satu sumpahan apabila sekali lagi Ahmad Fikri tumpas tipis dengan perbezaan 4 pin. VC mendahului IN THE ZONE dengan 9-3.
Zainal Abidin yang bermain dengan tenang dan berjaya megikut rentak pasukan nya.
Ahmad Fikri cuba untuk mengumpul mata dari pihak lawan.
    Harapan yang di letakkan di bahu Adrian bagi mendapatkan mata seterusnya buat IN THE ZONE gagal disempurnakan oleh beliau apabila tidak mampu menyaingi kedudukan mata bermula di frame ketiga lagi. Adrian tumpas dengan (196 pin – 222 pin). Namun begitu kem IN THE ZONE mendapat berita gembira apabila Adrian memenangi perlawanan menentang Salina setelah mendapatkan mata ketiga menerusi jumlah jatuhan pin individu dengan perbezaan 10 pin sahaja. Alvin yang masih berusaha memberikan saingan buat Raphael sekali lagi gagal melengkapkan misi apabila terpaksa akur tewas buat kali keempat. Raphael juga memenangi perlawanan bagi kategori jumlah jatuhan pin individu untuk mata kelima beliau malam tadi. Akmad Fikri yang merasakan sedikit tekanan mula mempamerkan aksi terbaik beliau apabila membenamkan empat strike berturut-turut di awal permainan dan akhirnya memenangi perlawanan dengan 185 pin (200 pin) berbalas 161 pin (176 pin). Perbezaan 24 pin yang di menangi Ahmad Fikri membolehkan beliau mendapat mata kedua apabila menundukkan Zainal Abidin dengan jurang 3 pin sahaja.

    Berakhir perlawanan malam tadi VC UNITED telah berjaya menumpaskan IN THE ZONE dengan 14-6. Setelah di campurkan dengan mata Peterson VC UNITED menambahkan sebanyak 36.64 mata di persada Autoside Trios League ini.
Keputusan Penuh

Statistik pemain ITZ
      

Sumber berita ARENA SUKAN TEAM CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.

Thursday, 19 May 2011

Minggu Kedua : In The Zone Vs Paragon

Kuching – 19hb Mei 2011

In The Zone gagal buat kali ke-2

IN THE ZONE yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim pertama penyertaan di dalam 1st Crystal Bowl Novice League 2011 bulan lalu sekali lagi gagal mendapatkan kemenangan pertama setelah tunduk buat kali kedua di tangan pasukan PARAGON malam tadi. Perlawanan yang di tunda berikutan cuti umum Hari Wesak pada hari Selasa lepas dimulakan agak lewat berikutan masalah teknikal dari Crystal Bowl telah menyaksikan pertembungan pasukan-pasukan terkemuka seperti TALL BUILDING, SATRIA KIDS, 90’s dan PARAGON sendiri bersama pasukan-pasukan yang baru seperti SARAMART BOWLERS, G6 TEAM dan IN THE ZONE juga tidak ketinggalan.

Sebelum perlawanan dimulakan IN THE ZONE yang berada di kedudukan kedua belas liga telah diramal sukar mencabar pasukan PARAGON berikutan kemenangan besar mereka terhadap MIXED TEAM 17-3 minggu lalu yang menempatkan mereka di kedudukan kelima Auto Side & Novice Trios League 2011. Dengan barisan pemain elit seperti Awang Shawal dan Abd Muhaimin pasti menyukarkan pasukan IN THE ZONE dari mendapatkan kemenangan.

Di Game pertama PARAGON bermula dengan garang apabila berjaya mendahului IN THE ZONE sehingga Frame keempat. Namun begitu dua pemain IN THE ZONE berjaya menyerap tekanan dan menyaingi mata pasukan PARAGON. PARAGON yang menurunkan Azlan Shah selaku pemain pertama berjaya mendahului Marzuki yang membuat kemunculan sulung bersama IN THE ZONE sehingga Frame keempat. Namun lima Open Frame termasuk di Frame terakhir telah menyebabkan beliau hilang kelebihan tersebut dan tewas dengan jatuhan pin sebanyak 156 berbanding Marzuki yang berjaya menjatuhkan sebanyak 176 pin. Awg Shawal yang di turunkan selaku pemain kedua pula tidak mengecewakan pasukan PARAGON apabila dengan mudah menjinakkan lawannya Mohd Fazreen Fadzuan dengan kelebihan 42 pin apabila menjatuhkan sebanyak 219 pin di Game pertama beliau. Kedudukan yang terikat 1-1 menyaksikan pertembungan dua pemain tunggak pasukan PARAGON dan IN THE ZONE. Abd Muhaimin memulakan permainan dengan baik apabila melakukan satu Open, satu Spare dan tiga Strike berturut-turut di lima Frame yang pertama beliau dan mendahului Sufian Othman dari Frame ketiga sehingga Frame keenam. Namun Open Frame beliau di Frame keenam, lapan dan kesembilan telah membuka ruang bagi pemain IN THE ZONE bangkit dengan dua Strike berturut-turut di Frame ketujuh dan kelapan yang berkesudahan Sufian Othman menang tipis dengan kelebihan 12 pin apabila menjatuhkan sebanyak 188 pin. IN THE ZONE hampir mencipta kejutan setelah mendahului 2-1 namun PARAGON berjaya mengikat kedudukan apabila jumlah jatuhan pin berpasukan di Game pertama memihak kepada mereka dengan kelebihan 10 pin setelah menjatuhkan sebanyak 551 pin.

Marzuki yang terpaksa berusaha untuk mendapat rentak permainan nya.
Fazreen Fadzuan dari In The Zone
Sufian Othman menjadi "anchor".

Di Game kedua PARAGON membuktikan bahawa mereka berada di kelas tersendiri apabila membelasah IN THE ZONE 4-0. Mata pertama di perolehi hasil kebangkitan Azlan Shah yang hanya melepaskan satu Open Frame sepanjang Game kedua. Walaupun saingan yang di berikan Marzuki cukup hebat namun beliau terpaksa akur tunduk dengan hanya perbezaan 5 pin. Azlan Shah berjaya mendapat 208 pin berbanding Marzuki yang memperolehi 203 jatuhan pin. Namun begitu Azlan Shah masih ketinggalan sebanyak 15 pin bagi jumlah pin keseluruhan individu. Awg Shawal pula meneruskan rentak kemenangan PARAGON dan dirinya apabila sekali lagi membenam cabaran Mohd Fazreen yang ternyata gagal menyerap tekanan yang diberikan. Awg Shawal menundukkan Mohd Fazreen dengan 185 jatuhan pin berbanding lawan beliau yang hanya mampu menjatuhkan 139 pin. Awg Shawal juga berjaya melebarkan kelebihan jumlah pin individu sebanyak 88 pin. Abd Muhaimin yang tewas tipis di Game pertama juga bangkit dengan cemerlang apabila melakukan enam Strike, dua Spare dan dua Open Frame sepanjang Game kedua ini sementara lawan beliau Sufian Othman kehilangan rentak apabila balingan Stroker beliau tidak menemui sasaran. Abd Muhaimin berjaya menang besar di Game kedua dengan 209 jatuhan pin berbanding lawan beliau yang hanya menjatuhkan sebanyak 150 pin. Abd Muhaimin kini mendahului sebanyak 47 pin dalam kategori jumlah pin individu. Mata keempat PARAGON di Game kedua berjaya di perolehi hasil jumlah jatuhan pin berpasukan dengan kelebihan 110 pin. PARAGON juga mendahului jumlah pin keseluruhan dengan 120 pin. Setelah tamat Game kedua PARAGON mendahului IN THE ZONE dengan 6-2.

Di Game ketiga IN THE ZONE cuba bangkit dari kekalahan. Keadaan lane yang sedikit kering memberikan kelebihan kepada pemain-pemain PARAGON. Perubahan target daripad Azlan Shah juga menjadi apabila berjaya mendapat empat Strike berturut-turut di Frame kelima. Marzuki hanya mendahului mata sehingga Frame keempat sahaja. Empat Strike berturut-turut itu juga memberikan kesan terhadap permainan Marzuki yang tewas buat kali kedua setelah menjatuhkan 214 pin berbanding Azlan Shah yang menjatuhkan 228 pin. Namun begitu Marzuki masih mendahului Azlan Shah dari punggutan pin individu dengan hanya 1 pin sahaja. Mohd Fazreen pula langsung tidak berpeluang untuk menyaingi Awg Shawal sehingga menggangu rentak permainan biasa beliau. Awg Shawal sekali lagi menundukkan Mohd Fazreen apabila menumbangkan sebanyak 210 pin. Mohd Fazreen hanya menjatuhkan sebanyak 150 pin dan terus ketinggalan dari jumlah pin individu sebanyak 148 pin. Sufian Othman pula berusaha keras untuk mendapatkan mata apabila mengubah corak balingan kepada Tweener. Walaupun ketinggalan di tiga Frame pertama Sufian berjaya mendahului lawan apabila Abd Muhaimin mendapat tiga kali 9 pin tanpa Spare berturut-turut di Frame keempat. Sufian Othman menang di Game ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 184 berbanding lawan beliau yang menjatuhkan 153 pin. Kelebihan jumlah pin individu masih berpihak kepada Abd Muhaimin dengan 16 pin. Kedudukan setelah tamat Game ketiga PARAGON mendahului IN THE ZONE dengan 9-3.

Di Game keempat pemain IN THE ZONE berhasrat mendapatkan mata penuh. Marzuki memulakan kebangkitan IN THE ZONE setelah mula mendahului Azlan Shah di Frame kedua dan seterusnya tidak menoleh ke belakang lagi dengan aksi dan momentum yang cemerlang daripada beliau. Marzuki memenangi Game terakhir dengan menjatuhkan sebanyak 205 pin berbanding Azlan Shah yang memperolehi 164 pin. Marzuki juga memenangi jumlah jatuhan pin individu dengan kelebihan 42 pin. Marzuki berjaya menundukkan Azlan Shah 3-2 secara keseluruhan. Mohd Fazreen pula berusaha keras melakukan kejutan dan usaha beliau hampir membuahkan hasil namun dua Split dan dua Open Frame berturut-turut yang bermula di Frame kelima memusnahkan impian beliau bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata dari Awg Shawal. Awg Shawal yang begitu konsisten berjaya mendapatkan mata penuh dari pertembungan beliau dengan Mohd Fazreen apabila menjatuhkan 184 pin berbalas 159 pin dari Mohd Fazreen. Mata kelima Awg Shawal di perolehi hasil jumlah jatuhan pin individu dengan kelebihan 173 pin selepas menjatuhkan 798 pin secara keseluruhan. Sufian Othman dan Abd Muhaimin pula bersaing mendapatkan mata dan kedudukan mata di antara kedua-dua pemain sekitar 15 pin sahaja. Namun kelebihan Strike di Frame ketujuh oleh Sufian Othman telah menjarakkan mata seterusnya Sufian Othman memenangi Game kedua dengan kelebihan 23 pin setelah menjatuhkan sebanyak 197 pin. Sufian Othman juga memenangi jumlah jatuhan pin individu apabila mengatasi Abd Muhaimin dengan hanya 7 pin setelah mendapat 719 pin secara keseluruhan. Sufian memenangi perlawanan menentang Abd Muhaimin dengan keputusan 4-1. IN THE ZONE juga berjaya mendapatkan mata menerusi jumlah jatuhan pin keseluruhan di Game terakhir ini setelah menjatuhkan 561 jatuhan pin. PARAGON mendominasi jumlah pin keseluruhan berpasukan apabila berjaya menjatuhkan sebanyak 2266 pin berbanding IN THE ZONE yang mendapat 2142 jatuhan pin.

Awang Shah yang berjaya menundukan lawanya 5-0.

Keputusan penuh PARAGON menewaskan IN THE ZONE 12-8 dan setelah di campur dengan mata Peterson, PARAGON menumbangkan IN THE ZONE dengan 34.66 mata berbalas 29.42 mata. Sufian Othman telah menganggap keputusan ini adalah baik bagi pasukan IN THE ZONE kerana membuktikan bahawa IN THE ZONE mampu menyaingi pasukan handalan yang lain. Di harap keputusan akan datang akan memihak kepada IN THE ZONE bergantung kepada strategi pasukan. Minggu hadapan PARAGON di jadualkan menentang TALL BUILDING manakala IN THE ZONE akan menentang satu lagi pasukan handalan iaitu VC UNITED yang di ketuai oleh Ralf Edwards.

Keputusan penuh perlawanan.
Statistik pemain.


Sumber berita ARENA SUKAN TEAM CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.    

Minggu Kedua : Team Crocs Vs G6

Kuching – 19hb Mei 2011

Team Crocs gagal menyerlah.

Walaupun permainan bermula agak lewat disebabkan masalah teknikal di Crystal Bowl namun suasana perlawanan agak ceria dengan pelbagai ragam dan aksi-aksi yang di tonjolkan oleh semua pemain. TEAM CROCS dan G6 TEAM juga tidak ketinggalan. TEAM CROCS menurunkan Noraishah, Zaidin dan Yusri Sulaiman sementara G6 TEAM pula membariskan pemain yang sama ketika kecundang di tangan MSRC iaitu Maimunah, Iyliana dan Rakiah Ali.
Yusri tetap bersemangat walaupun prestasi yang kurang memuaskan dilakukan oleh nya.
Noraisyah dari Crocs dengan aksi spinner.
Zaidin yang fokus terhadap permainan.
Yusri dengan gaya nya yang tersendiri.

Pada Game pertama TEAM CROCS seakan di pukau apabila ketiga-tiga pemain gagal mempamerkan permainan terbaik masing-masing. Noraishah gagal mendapatkan kesinambungan tiga Strike yang beliau lakukan mengakibatkan kekalahan kepada Maimunah yang hanya melakukan tiga Open Frame. Noraishah tumpas 152-181. Iyliana menambah derita TEAM CROCS apabila dengan mudah menjinakkan Zaidin dengan empat strike berturut-turut dan hanya melakukan satu Open Frame bagi memenangi Game pertama dengan jatuhan pin sebanyak 200 berbanding Zaidin yang berjaya menjatuhkan 158 pin. Rakiah Ali yang bertindak selaku tunggak pasukan tidak menghampakan rakan yang lain setelah berjaya menundukkan Yusri Sulaiman yang baru tiba dari kampung halaman pagi tadi dengan kelebihan 39 pin. Yusri yang kelihatan sedikit penat hanya menjatuhkan sebanyak 159 pin. TEAM CROCS tunduk di Game pertama dengan keputusan 4-0.

Di Game kedua TEAM CROCS cuba memperbaiki keadaan dan hasilnya Noraishah berjaya menemui sasaran yang di kehendaki. Walaupun kurang melakukan Strike namun kelebihan Spare yang di miliki serta kegagalan Maimunah di dalam melakukan spare di lima Frame berturut-turut membantu Noraishah mencatat kemenangan pertama bagi diri beliau dan TEAM CROCS. Noraishah menumbangkan 183 pin sementara Maimunah hanya melakukan 139 pin. Noraishah juga mendahului sebanyak 15 pin bagi jumlah pin individu. Zaidin juga tidak menghampakan apabila berjaya menyaingi Iyliana sehingga Frame kelapan Zaidin mendahului dengan hanya satu pin. Namun seperti kata pepatah “Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari” begitulah yang terjadi kepada Zaidin. Kegagalan beliau melakukan sebarang Strike mahupun Spare di dua Frame terakhir menyebabkan beliau tumpas tipis dengan perbezaan satu pin sahaja. Iyliana yang menjatuhkan 175 pin di Game kedua juga mendahului sebanyak 63 pin bagi jumlah pin individu. Yusri yang di ramal memberikan tentangan sengit kepada Rakiah Ali gagal apabila sekali lagi tewas. “Kegagalan beliau melakukan Spare di lihat sebagai punca kegagalan tersebut”, demikian kata salah seorang pemerhati di Crystal Bowl malam tadi. Rakiah Ali meneruskan permainan cemerlang apabila menjatuhkan sebanyak 202 pin berbanding Yusri yang menjatuhkan sebanyak 156 pin. Rakiah Ali juga meneruskan cengkaman di dalam jumlah pin individu apabila mengatasi Yusri dengan kelebihan 85 pin. G6 TEAM menumpaskan TEAM CROCS di Game kedua ini dengan keputusan 3-1.

Noraishah memulakan Game ketiga dengan harapan dapat meneruskan kemenangan seperti yang di lakukan beliau di Game kedua namun sekali lagi kegagalan melakukan Spare serta tekanan yang di berikan oleh Maimunah yang melakukan empat Strike dan lima Spare menghampakan Noraishah. Beliau mencatat jatuhan pin terendah beliau malam ini dengan hanya menjatuhkan 138 pin berbanding Maimunah yang mencatat jatuhan pin terbesar beliau malam ini dengan 206 pin. Maimunah kembali mengatasi Noraishah dalam jumlah pin individu dengan kelebihan 53 pin. Zaidin pula tidak mampu menyaingi Iyliana sepanjang Game ketiga apabila mata beliau berada di belakang pemain G6 TEAM itu. Iyliana pula kelihatan selesa dengan keadaan itu yang membolehkan beliau bermain dengan baik dan bersahaja. Iyliana sekali lagi menumbangkan Zaidin dengan keputusan 189 pin berbalas 148 pin. Iyliana juga menambahkan kelebihan pin individu kepada 104 pin. Yusri Sulaiman yang di harap mampu mengubah keputusan setakat ini juga gagal melaksanakan tugas tersebut apabila sekali lagi tunduk kepada Rakiah Ali walaupun telah cuba bermati-matian memperolehi keputusan yang baik. Rakiah Ali menjatuhkan 197 pin menewaskan Yusri Sulaiman yang mencatatkan 171 pin. Kelebihan 111 pin Rakiah Ali terhadap Yusri Sulaiman dalam jumlah pin individu juga telah menganggu permainan beliau. Selepas tamat Game ketiga G6 TEAM mendahului TEAM CROCS dengan 11-1.

Di Game terakhir Noraishah kembali bangkit dari dua kekalahan beliau. Pemain Spinner ini berjaya menundukkan Maimunah dengan keputusan 182 pin berbalas 163 pin. Namun jumlah pin individu gagal di jelmakan oleh beliau apabila tunduk dengan perbezaan 34 pin. Secara keseluruhan Noraishah hanya mampu memberikan dua mata kepada pasukan TEAM CROCS. Zaidin pula mempamerkan permainan terendahnya malam ini apabila hanya mampu menjatuhkan sebanyak 142 pin. Beliau kecundang di tangan Iyliana yang menjatuhkan 177 pin serta mendominasi jumlah pin individu dengan jatuhan pin sebanyak 761 berkelebihan sebanyak 139 pin. Yusri juga tidak mampu menandingi kehebatan Rakiah Ali akibat tekanan yang melampau yang di berikan kepadanya sejak awal permainan lagi. Rakiah Ali yang menjatuhkan 192 pin dengan mudah menewaskan Yusri dengan kelebihan 26 pin di Game terakhir ini. Rakiah Ali juga menang dalam perebutan jumlah pin individu apabila berjaya mengumpul sebanyak 789 pin berbanding Yusri yang mencatatkan 652 pin.

Rakiah Ali berinteraksi dengan mesra bersama ahli Crocs.

Setelah tamat permainan G6 TEAM membenam cabaran TEAM CROCS malam tadi dengan keputusan 18-2. Selepas di campur dengan mata Peterson G6 TEAM memperolehi 40.39 mata menewaskan TEAM CROCS yang mendapat 21.29 mata. G6 TEAM kini mengumpul sebanyak 65.30 mata setelah tamat minggu kedua liga sementara TEAM CROCS mengumpul 53.99 mata hasil dua perlawanan. Perlawanan minggu hadapan akan menemukan G6TEAM dan TIDAL BORE yang di jadualkan pada 23hb Mei 2011 (Isnin) manakala TEAM CROCS di jadualkan menentang EVO PERFECXION pada hari yang sama.
Keputusan penuh perlawanan
Statistik penuh Crocs

Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh NeCCaRD. 

Friday, 13 May 2011

Selamat Hari Jadi Team Crocs!!

Selamat menyambut ulang tahun yang pertama buat Team Crocs semua. 10-5-2010 adalah titik permulaan untuk Team Crocs (yang dulunya dikenali sebagai E-Crocs) yang menyertai liga pertama mereka iaitu Rookie 8-pin-tap yang diadakan di Crystal Bowl.

Ulangtahun yang pertama!!YAY!!
Semenjak liga itu, berkecimpunglah mereka di dalam liga-liga yang lain yang di anjurkan oleh Crystal Bowl.

Enjoy the song everyone...

Upacara memotong kek yang disempurnakan oleh Ahmad Fikri.

Wednesday, 11 May 2011

Minggu Pertama Auto Side (Team Crocs vs In The Zone)

Kuching – 11hb April 2011

Selepas menakluki kejuaraan pertama di dalam 1st Crystal Bowl Novice Trios League 2011 pada minggu lepas, TEAM CROCS berhadapan dengan liga terbaru iaitu Autoside Trios League 2011 anjuran Crystal Bowl di BDC malam semalam.
Fairul Ashmey dan Alvin Sijore menyokong sesama diri mereka.
Sebanyak 20 pasukan menyertai liga ini di mana sepuluh pasukan telah bermain pada hari Isnin dan selebihnya bermain pada malam tadi termasuk TEAM CROCS dan pasukan pelapis mereka IN THE ZONE. Ironiknya apabila secara kebetulan malam tadi bersamaan dengan tarikh penubuhan TEAM CROCS oleh empat teraju utama iaitu Ahmad Fikri, Habeeb Mohd Hamid, Mohd Fazreen Fadzuan dan Yusri Suhaimi dan perlawanan pertama liga menemukan TEAM CROCS bersama pasukan pelapis mereka sendiri IN THE ZONE. Bersempena ulangtahun TEAM CROCS malam tadi juga telah diadakan satu majlis ringkas upacara pemotongan kek yang berupa bola bowling dan pin bowling sebagai satu simbol keakraban dan semangat setiakawan sesama ahli di gelanggang bowling mahupun di luar.

TEAM CROCS bermula dengan garang apabila peserta pertama mereka ZAIDIN DASUKIN melakukan strike demi strike sekaligus menyentap semangat melawan pemain IN THE ZONE iaitu ALVIN SIJORE. FAIROUL ASHMEY yang baru di naikkan taraf ke pasukan elit (TEAM CROCS) daripada pasukan lama beliau (IN THE ZONE) juga tidak memberi ruang untuk ADRIAN ADHEEM untuk mencabar beliau. Namun begitu kemeriahan TEAM CROCS sedikit tercalar apabila HABEEB MOHD HAMID tumpas di tangan SUFIAN OTHMAN. Di Game pertama TEAM CROCS menang 3-1 menerusi mata yang di sumbangkan oleh ZAIDIN, ASHMEY dan kutipan pin berkumpulan.

IN THE ZONE cuba memberikan saingan kepada TEAM CROCS di Game kedua namun kekurangan pengalaman serta pendedahan di peringkat lebih tinggi telah menyukarkan misi tersebut. Akibatnya sekali lagi IN THE ZONE tunduk di tangan TEAM CROCS juga dengan keputusan 3-1 hasil sumbangan mata dari ASHMEY, HABEEB dan kutipan pin berkumpulan. TEAM CROCS mendahului dengan 6-2 setelah tamat Game kedua. Semasa berlangsungnya Game kedua ini majlis pemotongan kek telah di adakan. Pihak penganjur (Crystal Bowl) telah membantu upacara ini dengan memutarkan lagu HAPPY BIRTHDAY dan membuat pengumuman tentang acara tersebut.

Di Game ketiga IN THE ZONE mula mendapatkan rentak namun hanya mampu menewaskan TEAM CROCS dengan 3-1. Mata IN THE ZONE di perolehi dari ALVIN SIJORE, Sufian dan kutipan pin berkumpulan.

Di Game keempat TEAM CROCS berjaya mengekang kebangkitan IN THE ZONE apabila berjaya mengikat kedudukan 2-2. Mata TEAM CROCS di perolehi hasil kemenangan ZAIDIN dan ASHMEY manakala IN THE ZONE memperolehi mata menerusi SUFIAN dan jumlah pin keseluruhan Game keempat. Setelah tamat permainan TEAM CROCS berjaya mengalahkan IN THE ZONE dengan 11.5 berbalas 8.5. Selepas di campurkan dengan mata Peterson TEAM CROCS memperolehi 32.20 mata manakala IN THE ZONE mendapat 28.52 mata.
Alvin Sijore dari pasukan In The Zone
Zaidin Daisukin dari pasukan Team Crocs
Adrian Addhem dari pasukan In The Zone
Fairul Ashmey dari Team Crocs
Sufian Othman dari In The Zone
Habeeb Hamid dari Team Crocs
TEAM CROCS juga telah berjaya memadamkan rekod tanpa kalah IN THE ZONE semenjak di tubuhkan pada 20hb Feb 2011 dan membalas dendam setelah kalah pada dua pertemuan terdahulu.
Keputusan perlawanan (Handicap)
Statistik perlawanan


Berita Sukan Arena CROCS oleh NeCCaRD.  

Tuesday, 10 May 2011

Team Crocs Berjaya Mendominasi Liga "Novice" Crystal yg Pertama

Tahniah buat Team Crocs dan kumpulan In The Zone (Powered by TeamCrocs) yang telah berjaya mendominasi Liga Novice Crystal Bowl yang pertama ini dengan merangkul piala johan untuk Team Crocs dan naib johan untuk In The Zone.

Berdiri :Yusri Suhaimi, Adrian Addhem, Ahmad Fikri, Habeeb Mohd Hamid, Zaidin Dasukin
Duduk : Fazreen Fadzuan, Sufian Othman, Noraishah Hafizah, Fairul Ashmey, Alvin Sijore
Tiada di dalam Gambar : Juliana Binti Ismail dan Zulhelmi @ Terry

Tahniah sekali lagi Team Crocs dan In The Zone.