Thursday, 19 May 2011

Minggu Kedua : In The Zone Vs Paragon

Kuching – 19hb Mei 2011

In The Zone gagal buat kali ke-2

IN THE ZONE yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim pertama penyertaan di dalam 1st Crystal Bowl Novice League 2011 bulan lalu sekali lagi gagal mendapatkan kemenangan pertama setelah tunduk buat kali kedua di tangan pasukan PARAGON malam tadi. Perlawanan yang di tunda berikutan cuti umum Hari Wesak pada hari Selasa lepas dimulakan agak lewat berikutan masalah teknikal dari Crystal Bowl telah menyaksikan pertembungan pasukan-pasukan terkemuka seperti TALL BUILDING, SATRIA KIDS, 90’s dan PARAGON sendiri bersama pasukan-pasukan yang baru seperti SARAMART BOWLERS, G6 TEAM dan IN THE ZONE juga tidak ketinggalan.

Sebelum perlawanan dimulakan IN THE ZONE yang berada di kedudukan kedua belas liga telah diramal sukar mencabar pasukan PARAGON berikutan kemenangan besar mereka terhadap MIXED TEAM 17-3 minggu lalu yang menempatkan mereka di kedudukan kelima Auto Side & Novice Trios League 2011. Dengan barisan pemain elit seperti Awang Shawal dan Abd Muhaimin pasti menyukarkan pasukan IN THE ZONE dari mendapatkan kemenangan.

Di Game pertama PARAGON bermula dengan garang apabila berjaya mendahului IN THE ZONE sehingga Frame keempat. Namun begitu dua pemain IN THE ZONE berjaya menyerap tekanan dan menyaingi mata pasukan PARAGON. PARAGON yang menurunkan Azlan Shah selaku pemain pertama berjaya mendahului Marzuki yang membuat kemunculan sulung bersama IN THE ZONE sehingga Frame keempat. Namun lima Open Frame termasuk di Frame terakhir telah menyebabkan beliau hilang kelebihan tersebut dan tewas dengan jatuhan pin sebanyak 156 berbanding Marzuki yang berjaya menjatuhkan sebanyak 176 pin. Awg Shawal yang di turunkan selaku pemain kedua pula tidak mengecewakan pasukan PARAGON apabila dengan mudah menjinakkan lawannya Mohd Fazreen Fadzuan dengan kelebihan 42 pin apabila menjatuhkan sebanyak 219 pin di Game pertama beliau. Kedudukan yang terikat 1-1 menyaksikan pertembungan dua pemain tunggak pasukan PARAGON dan IN THE ZONE. Abd Muhaimin memulakan permainan dengan baik apabila melakukan satu Open, satu Spare dan tiga Strike berturut-turut di lima Frame yang pertama beliau dan mendahului Sufian Othman dari Frame ketiga sehingga Frame keenam. Namun Open Frame beliau di Frame keenam, lapan dan kesembilan telah membuka ruang bagi pemain IN THE ZONE bangkit dengan dua Strike berturut-turut di Frame ketujuh dan kelapan yang berkesudahan Sufian Othman menang tipis dengan kelebihan 12 pin apabila menjatuhkan sebanyak 188 pin. IN THE ZONE hampir mencipta kejutan setelah mendahului 2-1 namun PARAGON berjaya mengikat kedudukan apabila jumlah jatuhan pin berpasukan di Game pertama memihak kepada mereka dengan kelebihan 10 pin setelah menjatuhkan sebanyak 551 pin.

Marzuki yang terpaksa berusaha untuk mendapat rentak permainan nya.
Fazreen Fadzuan dari In The Zone
Sufian Othman menjadi "anchor".

Di Game kedua PARAGON membuktikan bahawa mereka berada di kelas tersendiri apabila membelasah IN THE ZONE 4-0. Mata pertama di perolehi hasil kebangkitan Azlan Shah yang hanya melepaskan satu Open Frame sepanjang Game kedua. Walaupun saingan yang di berikan Marzuki cukup hebat namun beliau terpaksa akur tunduk dengan hanya perbezaan 5 pin. Azlan Shah berjaya mendapat 208 pin berbanding Marzuki yang memperolehi 203 jatuhan pin. Namun begitu Azlan Shah masih ketinggalan sebanyak 15 pin bagi jumlah pin keseluruhan individu. Awg Shawal pula meneruskan rentak kemenangan PARAGON dan dirinya apabila sekali lagi membenam cabaran Mohd Fazreen yang ternyata gagal menyerap tekanan yang diberikan. Awg Shawal menundukkan Mohd Fazreen dengan 185 jatuhan pin berbanding lawan beliau yang hanya mampu menjatuhkan 139 pin. Awg Shawal juga berjaya melebarkan kelebihan jumlah pin individu sebanyak 88 pin. Abd Muhaimin yang tewas tipis di Game pertama juga bangkit dengan cemerlang apabila melakukan enam Strike, dua Spare dan dua Open Frame sepanjang Game kedua ini sementara lawan beliau Sufian Othman kehilangan rentak apabila balingan Stroker beliau tidak menemui sasaran. Abd Muhaimin berjaya menang besar di Game kedua dengan 209 jatuhan pin berbanding lawan beliau yang hanya menjatuhkan sebanyak 150 pin. Abd Muhaimin kini mendahului sebanyak 47 pin dalam kategori jumlah pin individu. Mata keempat PARAGON di Game kedua berjaya di perolehi hasil jumlah jatuhan pin berpasukan dengan kelebihan 110 pin. PARAGON juga mendahului jumlah pin keseluruhan dengan 120 pin. Setelah tamat Game kedua PARAGON mendahului IN THE ZONE dengan 6-2.

Di Game ketiga IN THE ZONE cuba bangkit dari kekalahan. Keadaan lane yang sedikit kering memberikan kelebihan kepada pemain-pemain PARAGON. Perubahan target daripad Azlan Shah juga menjadi apabila berjaya mendapat empat Strike berturut-turut di Frame kelima. Marzuki hanya mendahului mata sehingga Frame keempat sahaja. Empat Strike berturut-turut itu juga memberikan kesan terhadap permainan Marzuki yang tewas buat kali kedua setelah menjatuhkan 214 pin berbanding Azlan Shah yang menjatuhkan 228 pin. Namun begitu Marzuki masih mendahului Azlan Shah dari punggutan pin individu dengan hanya 1 pin sahaja. Mohd Fazreen pula langsung tidak berpeluang untuk menyaingi Awg Shawal sehingga menggangu rentak permainan biasa beliau. Awg Shawal sekali lagi menundukkan Mohd Fazreen apabila menumbangkan sebanyak 210 pin. Mohd Fazreen hanya menjatuhkan sebanyak 150 pin dan terus ketinggalan dari jumlah pin individu sebanyak 148 pin. Sufian Othman pula berusaha keras untuk mendapatkan mata apabila mengubah corak balingan kepada Tweener. Walaupun ketinggalan di tiga Frame pertama Sufian berjaya mendahului lawan apabila Abd Muhaimin mendapat tiga kali 9 pin tanpa Spare berturut-turut di Frame keempat. Sufian Othman menang di Game ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 184 berbanding lawan beliau yang menjatuhkan 153 pin. Kelebihan jumlah pin individu masih berpihak kepada Abd Muhaimin dengan 16 pin. Kedudukan setelah tamat Game ketiga PARAGON mendahului IN THE ZONE dengan 9-3.

Di Game keempat pemain IN THE ZONE berhasrat mendapatkan mata penuh. Marzuki memulakan kebangkitan IN THE ZONE setelah mula mendahului Azlan Shah di Frame kedua dan seterusnya tidak menoleh ke belakang lagi dengan aksi dan momentum yang cemerlang daripada beliau. Marzuki memenangi Game terakhir dengan menjatuhkan sebanyak 205 pin berbanding Azlan Shah yang memperolehi 164 pin. Marzuki juga memenangi jumlah jatuhan pin individu dengan kelebihan 42 pin. Marzuki berjaya menundukkan Azlan Shah 3-2 secara keseluruhan. Mohd Fazreen pula berusaha keras melakukan kejutan dan usaha beliau hampir membuahkan hasil namun dua Split dan dua Open Frame berturut-turut yang bermula di Frame kelima memusnahkan impian beliau bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata dari Awg Shawal. Awg Shawal yang begitu konsisten berjaya mendapatkan mata penuh dari pertembungan beliau dengan Mohd Fazreen apabila menjatuhkan 184 pin berbalas 159 pin dari Mohd Fazreen. Mata kelima Awg Shawal di perolehi hasil jumlah jatuhan pin individu dengan kelebihan 173 pin selepas menjatuhkan 798 pin secara keseluruhan. Sufian Othman dan Abd Muhaimin pula bersaing mendapatkan mata dan kedudukan mata di antara kedua-dua pemain sekitar 15 pin sahaja. Namun kelebihan Strike di Frame ketujuh oleh Sufian Othman telah menjarakkan mata seterusnya Sufian Othman memenangi Game kedua dengan kelebihan 23 pin setelah menjatuhkan sebanyak 197 pin. Sufian Othman juga memenangi jumlah jatuhan pin individu apabila mengatasi Abd Muhaimin dengan hanya 7 pin setelah mendapat 719 pin secara keseluruhan. Sufian memenangi perlawanan menentang Abd Muhaimin dengan keputusan 4-1. IN THE ZONE juga berjaya mendapatkan mata menerusi jumlah jatuhan pin keseluruhan di Game terakhir ini setelah menjatuhkan 561 jatuhan pin. PARAGON mendominasi jumlah pin keseluruhan berpasukan apabila berjaya menjatuhkan sebanyak 2266 pin berbanding IN THE ZONE yang mendapat 2142 jatuhan pin.

Awang Shah yang berjaya menundukan lawanya 5-0.

Keputusan penuh PARAGON menewaskan IN THE ZONE 12-8 dan setelah di campur dengan mata Peterson, PARAGON menumbangkan IN THE ZONE dengan 34.66 mata berbalas 29.42 mata. Sufian Othman telah menganggap keputusan ini adalah baik bagi pasukan IN THE ZONE kerana membuktikan bahawa IN THE ZONE mampu menyaingi pasukan handalan yang lain. Di harap keputusan akan datang akan memihak kepada IN THE ZONE bergantung kepada strategi pasukan. Minggu hadapan PARAGON di jadualkan menentang TALL BUILDING manakala IN THE ZONE akan menentang satu lagi pasukan handalan iaitu VC UNITED yang di ketuai oleh Ralf Edwards.

Keputusan penuh perlawanan.
Statistik pemain.


Sumber berita ARENA SUKAN TEAM CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.    

No comments:

Post a Comment