Tuesday, 26 July 2011

2nd NOVICE TRIOS LEAGUE Week #7

TEAM CROCS CATAT KEPUTUSAN SERI










Adrian Adam (Team Crocs) 

25 Julai 2011: TEAM CROCS gagal mengambil peluang ketika bertemu dengan pasukan TIDAL BORE malam tadi apabila hanya mencatatkan keputusan seri 10-10. Namun begitu berita yang mengembirakan TEAM CROCS telah terhasil di perlawanan ini apabila pemain mereka Yusri Suhaimi telah berjaya mencatatkan nama sebagai pemain Individu High Game dan Individu High Series setelah membenam sebanyak 276 pin d game pertama dan 871 pin secara keseluruhan.

Di game pertama TEAM CROCS menurunkan Zaidin sebagai pemain pertama bertembung dengan Mohd Yusuf yang mewakili TIDAL BORE telah bernasib baik untuk memenangi game ini dengan keputusan tipis 154-153. Adrian Adam yang bertindak sebagai pemain kedua TEAM CROCS juga memenangi perlawanannya ke atas Jeffry dengan 153-133. Manakala pemain tunggak TEAM CROCS Yusri Suhaimi secara bersahaja telah melakukan 8 strike, 2 spare dan 1 open frame di frame ke-10 telah mengangkat beliau muncul sebagai pemain paling tinggi pencapaian individunya setakat minggu ke-7 ini dan menewaskan Awg Kasti dengan 276-183. TEAM CROCS memperolehi mata ke-4 apabila menewaskan TIDAL BORE dengan 583-469.


Zaidin Dasukin (Team Crocs)

Berlainan ceritanya di game ke-2, TIDAL BORE bangkit dari lamunan dan mula mengerah keringat bagi mengimbangi perlawanan. Kesudahannya Zaidin tumpas di tangan Mohd Yusuf dengan 141-147.Kesilapan Zaidin melakukan balingan spare telah di kenalpasti sebagai punca kekalahan beliau. Adrian Adam juga tersungkur apabila masih tercari-cari rentak yang diinginkan. Jeffry yang mula menemui target telah menewaskan Adrian Adam dengan 216-156. Walaupun Yusri Suhaimi tidak bermain sebaik di game pertama tadi namun masih mengekalkan kemenangan ke atas Awg Kasti setelah menjatuhkan sebanyak 184 pin berbanding lawannya yang mendapat sebanyak 175 pin. Kekalahan teruk Adrian Adam telah membuka ruang bagi TIDAL BORE mengungguli game kedua dengan keputusan 538-481. Kedudukan terkini TEAM CROCS masih mendahului TIDAL BORE dengan 5-3.


Jeffry (Tidal Bore)

Awg Kasti (Tidal Bore)

Skrip perlawanan terus berubah apabila kedua-dua pasukan terikat di game ke-3 dengan 2-2. TIDAL BORE mendapat mata menerusi Md Yusuf yang terus menghukum kelemahan Zaidin dengan keputusan 196-130 manakala mata kedua di perolehi hasil jatuhan pin berpasukan di game ke-3 dengan keputusan 546-521. TEAM CROCS pula memperolehi mata menerusi kemenangan Adrian Adam ke atas Jeffry dengan 183-171 dan Yusri Suhaimi yang terus mengekalkan permainan yang baik setelah menang ke atas Awg Kasti dengan 208-179. Kedudukan mata terkini setelah tamat game ke-3 TEAM CROCS mendahului TIDAL BORE dengan 7-5.



Mohd Yusuf (Tidal Bore)

TEAM CROCS tidak bernasib baik di game terakhir ini apabila tewas 3-1 kepada TIDAL BORE. Walaupun Zaidin telah bangkit dari mimpi panjang dan mencatatkan kemenangan ke atas Md Yusuf dengan 191-147 namun Adrian Adam pula gagal mengikuti apa yang di pamerkan oleh Zaidin atau sekurang-kurangnya bermain seperti di game ke-3 dan tunduk di tangan Jeffry dengan 190-150. Nasib malang TEAM CROCS berterusan apabila Yusri Suhaimi terpaksa akur dengan kekalahan pertama di tangan Awg Kasti walaupun telah bermain dengan begitu baik sekali. Awg Kasti juga telah mempamerkan kehebatan menghambat mata Yusri sehingga ke penghujung perlawanan. Yusri tewas dengan 203-224. TIDAL BORE juga menang bagi pin berpasukan game terakhir dengan 561-544. Kedudukan terikat 8-8.

Sekali lagi TEAM CROCS bernasib baik apabila penjumlahan pin individu dan berpasukan tidak memihak TIDAL BORE. TIDAL BORE mendapat 2 mata lagi daripada jumlah pin individu Md Yusuf dan Jeffry yang masing-masing menewaskan Zaidin dan Adrian Adam. TEAM CROCS memperolehi mata ke-9 menerusi kemenangan bergaya Yusri ke atas Awg Kasti dan seterusnya membantu TEAM CROCS Menang pin berpasukan keseluruhan dengan 2129-2114.

Yusri Suhaimi telah di pilih sebulat suara sebagai pemain terbaik perlawanan ini. TEAM CROCS akan berdepan cabaran getir daripada PERFECXION pada minggu ke-8.
















SCORE SHEET TEAM CROCS vs TIDAL BORE


 TEAM CROCS STATISTIK


IN THE ZONE MULA MENGATUR STRATEGI


25 Julai 2011: IN THE ZONE yang menduduki tangga ke-5 Liga Novice sebelum perlawanan minggu ke-7 ini di langsungkan telah mula mengatur strategi bagi terus mendapatkan kemenangan lantas mencabar kedudkan tahkta liga daripada pasukan TRANSFORMER dan EX6. Walaupun lawan IN THE ZONE pada minggu ini iaitu UNITY EMPIRE yang hanya menduduki tangga ke-15 namun pihak pengurusan IN THE ZONE tidak mengambil mudah cabaran yang bakal di tempuhi dengan membariskan pemain-pemain yang mampu memberikan mata kemenangan buat IN THE ZONE.

Dengan barisan seperti Noraishah, Mohd Fazreen dan Habeeb di bantu oleh ketua pasukan Alvin Sijore yang bertindak sebagai pemain simpanan serta tukang sorak di beri tanggungjawab untuk melaksanakan misi berpasukan dengan kemenangan 20-0. Namun begitu, kesilapan Mohd Fazreen yang agak lambat untuk menemui rentak telah mengakibatkan kehilangan 0.5 mata apabila seri di game pertama.





Hartini (UNITY EMPIRE)





Di game pertama Noraishah telah memulakan perlawanan dengan langkah kanan sekalipun telah di cabar hebat oleh Hartini. Berbekalkan pengalaman yang luas Noraishah berjaya menjinakkan Hartini dengan keputusan 161-130. Mohd Fazreen gagal menemui rentak balingan beliau sepanjang game pertama ini telah mengakibatkan beliau hanya mampu seri setelah menjatuhkan strike dan spare di penghujung perlawanan. Terikat dengan handicap dan mata yang sama dengan Hanafiah pada angka 144 sedikit sebanyak telah mengusarkan pengurus IN THE ZONE (Sufian Othman) yang hadir bersama isteri beliau untuk memberikan sokongan moral kepada pemain. Habeeb yang di harapkan mampu memberikan persembahan yang menarik seperti yang di lakukannya di kejohanan Liga Foursome ternyata tidak menghampakan. Menjatuhkan sebanyak 193 pin sudah memadai menewaskan Fikri Emre yang hanya menjatuhkan sebanyak 141 pin. IN THE ZONE mendahului dengan 3.5-0.5 setelah mendapat mata hasil jatuhan pin berpasukan di game pertama dengan 498-415.














Noraishah (IN THE ZONE)


Di game ke-2 Noraishah terus melipatgandakan usaha memperbaiki mutu balingan setelah mendapat berita mengembirakan daripada lane bersebelahan dimana teman rapat beliau Yusri Suhaimi yang mewakili TEAM CROCS telah berjaya membenam sebanyak 276 pin pada game pertama. Hasilnya Noraishah berjaya melakukan balingan yang baik dan sekali lagi menewaskan Hartini dengan 199-150. Mohd Fazreen yang agak tertekan di game ke-2 telah berjaya menemui rentak sebenar pada frame ke-5 dan bermula saat itu Mohd Fazreen telah mula meninggalkan jauh mata yang di perolehi Hanafiah. Mohd Fazreen menang 182-136. Habeeb juga tidak mengahdapai masalah untuk menang setelah berjaya mengekalkan momentum untuk menewaskan Fikri Emre dengan 198-120. IN THE ZONE terus ceria dengan menjatuhkan sebanyak 579 pin di game ke-2 untuk memenangi jumlah pin berpasukan.

Hanafiah (UNITY EMPIRE)


Fikri Emre (UNITY EMPIRE)


Semuanya bagai seperti di dalam perancangan apabila sekali lagi IN THE ZONE berjaya mencapai mata penuh di game ke-3 ini dengan 4-0. Noraishah tidak mengahadapi masalah mengekalkan prestasi dengan kemenangan ke-3 keatas Hartini dengan 175-119. Mohd Fazreen yang sudah menemui rentak beliau juga tidak berdepan kesukaran di game kali ini. Beliau mudah menundukkan Hanafiah dengan 164-110. Habeeb juga cemerlang dengan jauh meninggalkan Fikri Emre di game ke-3 ini. Habeeb menang mudah dengan 192-108. Dengan jumlah 531 jatuhan pin oleh IN THE ZONE berbanding 337 pin yang di hasilkan oleh UNITY EMPIRE memberikan kemenangan ke-4 di game ke-3 ini.

Sedikit perubahan telah berlaku di game terakhir ini apabila dua pemain IN THE ZONE iaitu Noraishah dan Habeeb secara tiba-tiba kehilangan fokus dan telah membuat jatuhan pin di bawah average mereka. Noraishah banyak kali gagal melakukan spare yang mudah telah memberikan ruang bagi Hartini untuk membuat kejutan. Noraishah bernasib baik kerana Hartini juga tidak mampu melakukan spare-spare bagi kemenangan berpihak kepada Noraishah dengan 142-106. Noraishah mencatatkan kemenangan penuh 5-0 ke atas Hartini apabila menakluki jumlah pin individu dengan perbezaan 172 pin setelah menjatuhkan sebanyak 677 pin.








Habeeb Muhd Hamid (IN THE ZONE)


Mohd Fazreen yang mula bertindak garang setelah seri di game pertama telah membuktikan kepada pihak pengurusan IN THE ZONE bahawa beliau masih dapat di sandarkan harapan. Mohd Fazreen yang di cabar hebat sepanjang game terakhir ini oleh Hanafiah telah mencatatkan sebanyak 191 pin sementara lawan beliau terpaksa akur tunduk setelah menjatuhkan sebanyak 185 pin. Mohd Fazreen terus menceriakan kem IN THE ZONE setelah menjatuhkan sebanyak 681 pin berbanding Hanafiah yang hanya menjatuhkan sebanyak 575 pin.

Di game terakhir ini Habeeb seakan kehilangan fokus setelah beberapa kali menang tanpa mendapat cabaran yang hebat daripada Fikri Emre. Habeeb hanya menjatuhkan 1 strike, 3 spare manakal selebihnya open frame telah mengundang perasaan berdebar di sudut hati pengurus IN THE ZONE. Habeeb yang juga mendapat 3 kali split berturut-turut bernasib baik apabila Fikri Emre tidak dapat menyempurnakan dua kali spare pin 10 di dua frame terakhir beliau untuk kemenangan tipis Habeeb dengan 144-132. Habeeb yang jauh meninggalkan jumlah jatuhan pin di antara kedua-dua pemain akhirnya menang dengan 727-501 sepanjang perlawanan ini. IN THE ZONE mendapatkan mata terakhir menerusi pin berpasukan dengan 2085 pin manakala UNITY EMPIRE hanya menjatuhkan sebanyak 1581 pin.

Pemain terbaik perlawanan di kongsi bersama oleh ketiga-tiga pemain IN THE ZONE berdasarkan kepada mutu serta sumbangan yang telah di berikan oleh mereka. Pengurus IN THE ZONE ternyata bergembira dengan keputusan ini walaupun tidak menepati ramalan sebelum perlawanan. “Mereka bertiga mempunyai peluang untuk terus maju di dalam permainan masing-masing asalkan mereka kekalkan fokus ketika perlawanan dan terus bermain dengan cemerlang meskipun sedang mendahului lawan dengan jauh”, tambah Sufian Othman.

IN THE ZONE akan berdepan cabaran yang getir pada minggu ke-8 apabila di jadualkan menentang PRIDE yang juga mencatatkan kemenangan ke atas pendahulu liga TRANSFORMER di minggu ke-7. “Pemain IN THE ZONE yang bakal diturunkan menentang PRIDE di harap mampu mencatatkan kemenangan kerana dengan kemenangan sahajalah peluang IN THE ZONE mendaki liga seterusnya mencabar pendahulu liga akan tercapai” kata pengurus IN THE ZONE lagi.

SCORE SHEET IN THE ZONE vs UNITY EMPIRE

IN THE ZONE STATISTIK



STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS & IN THE ZONE SEHINGGA MINGGU #7


Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.


No comments:

Post a Comment