TEAM CROCS TUMBANG
Pemain TEAM CROCS gagal menyerlah
Kuching – 04 Ogos 2011
TEAM CROCS yang tewas minggu lalu kepada pasukan VC UNITED sekali lagi mengalami nasib yang sama di minggu ke-13 malam tadi, setelah di kalahkan oleh pasukan 90’s dengan keputusan 3-17.
Perlawanan yang di jadualkan semula pada jam 9.30 malam sempena menghormati penganut beragama Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan telah di mulakan agak lewat iaitu sekitar jam 9.50 malam kerana kelewatan ketibaan pemain terutamanya daripada TEAM CROCS sendiri.
TEAM CROCS yang menurunkan Zaidin Dasukin, Habeeb Muhd Hamid dan Mohd Azad kelihatan agak tidak selesa dan keletihan setibanya mereka di gelanggang malam tadi. Setelah memenuhkan perut dengan berbuka dan juga menjalani ibadah terawih seterusnya bergesas ke Crystal Bowl untuk berhadapan dengan cabaran hebat daripada pasukan 90’s yang menurunkan Nerosha, Angelo Koay serta Mohd Uzair ternyata bermain di bulan puasa ini telah mengurangkan penumpuan serta kuasa kuda pemain terutamanya kepada pemain yang beragama Islam.
Di game yang pertama Zaidin yang menentang Nerosha telah gagal bermain dengan baik dan hanya berjaya menjatuhkan sebanyak 132 pin berbanding Nerosha yang menang mudah setelah menjatuhkan sebanyak 187 pin. Zaidin yang ketinggalan sebanyak 55 pin itu hanya mampu menjatuhkan 2 strike dan 1 spare manakala yang selebihnya open frame.
Habeeb yang di turunkan selaku pemain kedua pula menghadapi masalah yang sama apabila sukar untuk menumpukan perhatian kerana kepenatan sesudah berpuasa dan berterawih. Habeeb hanya mampu menjatuhkan 2 strike, 4 spare dan yang selebihnya open frame terpaksa akur tewas di tangan Angelo Koay dengan keputusan 160-208. Angelo Koay yang bertindak ganas di 4 frame terakhir dengan menghancurkan pin dengan strike berturut-turut telah mendahului Habeeb dengan kelebihan sebanyak 48 pin.
Mohd Azad yang berehat sekian lama kerana kesibukan kerja di luar kawasan juga telah gagal menyerlah. Keletihan yang terpancar dari raut wajah Mohd Azad menjadi satu petanda bahawa permainan beliau malam tadi tidak akan menjadi seperti biasa. Mohd Azad yang di tentang pemain muda berbakat besar iaitu Mohd Uzair telah hilang semua sentuhan penyudah dan gagal menyaingi Mohd Uzair yang juga bermain di bawah tahap sebenar beliau. Mohd Uzair melakarkan kemenangan setelah menundukkan Mohd Azad dengan 163-120. 90’s mendapatkan mata ke-4 di game pertama setelah menewaskan TEAM CROCS dengan 558-412.
Pemain TEAM CROCS yang masih di dalam keadaan yang keletihan tidak mampu berbuat apa-apa di game yang kedua ini. Zaidin terus menunjukkan kelemahan yang ketara terutamanya apabila mengambil balingan spare. Malapetaka juga terhasil di game yang kedua ini apabila kedua-dua balingan Zaidin di frame yang ke-3 ini memasuki longkang “GUTTER”. Nerosha yang tidak begitu tertekan kerana tidak mendapat cabaran kuat dari Zaidin dengan tenang menewaskan Zaidin buat kali ke-2 dengan keputusan 178-147 sambil menjarakkan jumlah pin individu kepada 85 pin.
Habeeb menceriakan kem TEAM CROCS apabila telah berjaya mengawal keletihan beliau dengan balingan yang lebih konsisten. Di game ke-2 ini Habeeb yang melakukan hanya 1 open frame manakala yang selebihnya strike dan spare telah berjaya mencabar Angelo Koay. Angelo Koay yang tidak menyangka kebangkitan yang di tunjukkan oleh Habeeb mula merasa goyah. Walaupun mendahului mata sepanjang game kali ini namun kegopohan serta rasa tertekan dengan cabaran yang di berikan oleh Habeeb telah mengundang padah setelah gagal menyudahkan 2 spare mudah di frame ke-9 dan ke-10. Habeeb berjaya mengambil kesempatan ini dan menang dengan 215-183. Habeeb juga mengurangkan kelebihan yang di miliki Angelo Koay kepada hanya 13 pin sahaja.
Mohd Azad yang masih terasa kekalahan di game yang pertama tadi terus dihukum oleh Mohd Uzair. Mohd Uzair mula menunjukkan keyakinan serta berjaya membuat balingan yang lebih tepat ke arah poket. Mohd Uzair membenamkan sebanyak 7 strike, 3 spare dan 1 open frame untuk memperolehi mata ke-2 buat dirinya menewaskan Mohd Azad dengan keputusan 239-149 sekaligus menambah kelebihan jumlah pin buat dirinya kepada 133 pin. 90’s menambah mata ke-7 setelah mendominasi jumlah pin berpasukan di game ke-2 dengan 600-511.
TEAM CROCS menyedari kekalahan bakal di tanggung seandainya pemain tidak mampu mempertingkatkan mutu permainan masing-masing telah berusaha sedaya upaya sepanjang game ke-3 ini berlangsung. Nerosha yang mendahului mata sepanjang game ke-3 terhadap Zaidin terkejut apabila di frame ke-8 hingga frame ke-10 balingan Zaidin menemui strike. Dengan ini Zaidin telah menang di game ke-3 ke atas Nerosha dengan 218-171. Habeeb pula terpaksa akur tewas di tangan Angelo Koay sekali lagi setelah Angelo Koay berjaya menjatuhkan 4 strike berturut-turut di frame ke-7 hingga ke-10. Angelo Koay menang dengan 246-183. Mohd Azad pula telah kembali menemui rentak biarpun sedikit agak terlewat untuk itu namun usaha dan cara beliau menangani masalah sebelum ini wajar di puji. Namun kesilapan untuk menjatuhkan spare 1 pin di frame ke-10 telah memberikan kemenangan ke-3 buat diri Mohd Uzair dengan 215-196. 90’s memunggut mata ke-10 malam tadi setelah menang bagi jumlah pin berpasukan game ke-3 dengan 632-596. Kedudukan terkini 90’s selangkah lagi untuk di umumkan sebagai pemenang setelah mendahului TEAM CROCS dengan 10-2.
Game terakhir TEAM CROCS ternyata gagal menyaingi pasukan 90’s. Zaidin sekali lagi kehilangan rentak strike apabila sepanjang game terakhir ini beliau gagal menjatuhkan walaupun satu strike. Nerosha kembali tenang setelah mendapati Zaidin tidak begitu mengugat permainan beliau. Nerosha mengutip mata kemenangan bagi 90’s setelah menundukkan Zaidin dengan 189-151. Nerosha juga menang jumlah pin individu setelah mengalahkan Zaidin dengan keputusan 725-648. Habeeb juga tidak mampu mengugat permainan Angelo Koay di game terakhir ini yang telah mengakibatkan kekalahan kepada Angelo Koay dengan keputusan 183-204. Angelo Koay juga mendominasi jumlah pin individu dengan kemenangan setelah mencatatkan 841 pin berbanding Habeeb yang menjatuhkan sebanyak 740 pin. Mohd Azad pula secara tiba-tiba mendapat ilham yang jatuh dari langit ke-7 dan berjaya mencabar rapat mata yang di perolehi oleh Mohd Uzair kali ini. Akhir kemenangan berjaya jua di ciptakan oleh Mohd Azad terhadap Mohd Uzair dengan keputusan 217-191. Namun begitu Mohd Uzair yang begitu selesa mendahului bagi kategori jumlah pin individu menang buat kali ke-4 setelah selesa menundukkan Mohd Azad dengan 808-682. 90’s juga mengutip dua lagi mata menerusi jumlah jatuhan pin berpasukan game ke-4 dan jumlah pin keseluruhan berpasukan.
“Ternyata bermain sewaktu bulan Ramadhan lebih mencabar. Terasa amat malas untuk membuat balingan kerana kekeyangan dan kepenatan yang amat sangat”, kata Habeeb Muhd Hamid yang di temui di lokasi kejadian semalam.
SCORE SHEET TEAM CROCS vs 90’s
STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS & 90’s
ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh P3m@in l3owling.


No comments:
Post a Comment