IN THE ZONE GAGAL MENYEKAT VC UNITED
Kuching – 24hb Mei 2011
 |
| Pasukan VC United |
Kemenangan pertama yang di cari oleh pasukan IN THE ZONE malam tadi tidak menjadi kenyataan apabila tunduk di tangan salah satu pasukan pilihan kejohanan Autoside Trios League iaitu VC UNITED. IN THE ZONE yang menurunkan Adrian Adheem, Alvin Sijore dan Ahmad Fikri (kombinasi 3A) telah berusaha mencatatkan keputusan yang di luar dugaan namun pemain VC UNITED seperti Salina, Raphael Edward dan Zainal Abidin berjaya mengatasi segala tekanan dan bermain seperti kebiasaan dan akhirnya mencipta kemenangan mutlak 14-6.
 |
| Salina dengan rentaknya konsisten |
 |
| Adrian Adhem yang cuba mengejar mata jatuhan pin. |
Persaingan di perlawanan pertama menyaksikan Adrian Adheem yang di tentang oleh Salina berlangsung dengan hebat. Salina mula menjauhkan mata beliau pada frame kelima namun Adrian tidak menyerah kalah dan melakukan empat strike berturut-turut di frame kesembilan dan sepuluh menjadikan jatuhan pin beliau sebanyak 156 pin (181 pin). Salina yang memerlukan dua strike berturut-turut di frame kesepuluh bagi memenangi perlawanan telah berjaya melakukannya dan seterusnya memenangi perlawanan di permainan pertama dengan jatuhan pin sebanyak 167 (187 pin). Alvin Sijore yang baru pulang dari konvokesyen di Kuala Lumpur turun dengan semangat baru menghadapi cabaran getir daripada Raphael Edward. Ternyata Alvin Sijore yang gagal mendapatkan rentak di peringkat awal permainan memudahkan tugas Raphael apabila dengan bersahaja memenangi permainan pertama dengan 191 pin (206 pin) berbalas 141 pin (166 pin). Ahmad Fikri yang memikul tugas pemain tunggak IN THE ZONE memulakan cabaran dengan berhati-hati. Setelah mendapat open frame di balingan pertama dan ketiga, tiga strike di balingan kedua, keempat dan kelima telah merapatkan kembali kedudukan. Namun kegagalan beliau melakukan strike mahupun spare di balingan keenam dan ketujuh membolehkan Zainal Abidin kembali mendahului mata. Dua open frame daripada Zainal Abidin pada frame kesembilan dan sepuluh telah membuka ruang Ahmad Fikri memintas kedudukan. Ahmad Fikri hanya memerlukan satu strike daripada dua frame terakhir bagi memenangi perlawanan namun beliau gagal di dalam kedua-dua percubaan itu. Ahmad Fikri terpaksa akur tunduk tipis di tangan Zainal Abidin dengan perbezaan 4 pin sahaja apabila menjatuhkan sebanyak 156 pin (171 pin). Kedudukan selepas tamat permainan pertama VC UNITED mendahului IN THE ZONE dengan 4-0.
 |
| Raphael dapat menjinakan pihak lawannya. |
 |
| Alvin Sijore terpaksa akur dengan kehandalan pihak lawan, namun Alvin tetap memberikan saingan. |
Perlawanan bertambah menarik di perlawanan kedua apabila pemain-pemain IN THE ZONE memulakan permainan dengan baik. Adrian yang tumpas di perlawanan pertama dengan 6 pin telah menunjukkan belang beliau. Adrian hanya membuat dua open frame sepanjang perlawanan kedua dan memenangi perlawanan tersebut dengan perbezaan 27 pin setelah membuat 169 jatuhan pin (194 pin). Mata pertama buat IN THE ZONE. Alvin Sijore pula yang buat pertama kali mendahului Raphael di lihat mampu membuat kejutan sehinggalah di frame ketujuh apabila mula ketinggalan akibat open frame di balingan kelapan. Alvin tunduk buat kali kedua di tangan Raphael dengan perbezaan 3 pin sahaja. Ahmad Fikri di lihat mula memperkemaskan permainan beliau dengan dua strike dan tiga spare pada lima balingan pertama dijangka akan memenangi perlawanan kedua. Namun hanya kerana satu open frame di sepanjang perlawanan kedua ini di balingan keenam telah menghampakan beliau apabila sekali lagi tunduk tipis di tangan Zainal Abidin dengan jurang 13 pin. Walaubagaimanapun IN THE ZONE berjaya mencuri mata kedua apabila membenam 542 pin berbanding VC UNITED yang mendapat 531 pin.
Pada perlawanan ketiga Adrian sekali lagi menceriakan kem IN THE ZONE apabila berjaya menumbangkan Salina dengan 156 pin (181 pin) berbalas 146 pin (166 pin). Mata kedua buat Adrian dan ketiga untuk pasukan IN THE ZONE telah mengembirakan para penyokong walaupun terpaksa berpindah lorong akibat kerosakan mesin. Raphael meneruskan cengkaman kepada Alvin sehingga pihak lawan beliau gagal menyerap tekanan yang di berikan. Raphael dengan mudah menundukkan Alvin dengan perbezaan 42 pin. Hasrat Ahmad Fikri mendapatkan mata pertama bagi diri beliau sekali lagi punah apabila gagal bermain dengan baik terutama di balingan pertama di frame ketujuh yang memasuki longkang setelah mendapat strike di balingan keenam. Seperti menjadi satu sumpahan apabila sekali lagi Ahmad Fikri tumpas tipis dengan perbezaan 4 pin. VC mendahului IN THE ZONE dengan 9-3.
 |
| Zainal Abidin yang bermain dengan tenang dan berjaya megikut rentak pasukan nya. |
 |
| Ahmad Fikri cuba untuk mengumpul mata dari pihak lawan. |
Harapan yang di letakkan di bahu Adrian bagi mendapatkan mata seterusnya buat IN THE ZONE gagal disempurnakan oleh beliau apabila tidak mampu menyaingi kedudukan mata bermula di frame ketiga lagi. Adrian tumpas dengan (196 pin – 222 pin). Namun begitu kem IN THE ZONE mendapat berita gembira apabila Adrian memenangi perlawanan menentang Salina setelah mendapatkan mata ketiga menerusi jumlah jatuhan pin individu dengan perbezaan 10 pin sahaja. Alvin yang masih berusaha memberikan saingan buat Raphael sekali lagi gagal melengkapkan misi apabila terpaksa akur tewas buat kali keempat. Raphael juga memenangi perlawanan bagi kategori jumlah jatuhan pin individu untuk mata kelima beliau malam tadi. Akmad Fikri yang merasakan sedikit tekanan mula mempamerkan aksi terbaik beliau apabila membenamkan empat strike berturut-turut di awal permainan dan akhirnya memenangi perlawanan dengan 185 pin (200 pin) berbalas 161 pin (176 pin). Perbezaan 24 pin yang di menangi Ahmad Fikri membolehkan beliau mendapat mata kedua apabila menundukkan Zainal Abidin dengan jurang 3 pin sahaja.
Berakhir perlawanan malam tadi VC UNITED telah berjaya menumpaskan IN THE ZONE dengan 14-6. Setelah di campurkan dengan mata Peterson VC UNITED menambahkan sebanyak 36.64 mata di persada Autoside Trios League ini.
 |
| Keputusan Penuh |
 |
| Statistik pemain ITZ |
Sumber berita ARENA SUKAN TEAM CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.
No comments:
Post a Comment