Team Crocs gagal menyerlah.
Walaupun permainan bermula agak lewat disebabkan masalah teknikal di Crystal Bowl namun suasana perlawanan agak ceria dengan pelbagai ragam dan aksi-aksi yang di tonjolkan oleh semua pemain. TEAM CROCS dan G6 TEAM juga tidak ketinggalan. TEAM CROCS menurunkan Noraishah, Zaidin dan Yusri Sulaiman sementara G6 TEAM pula membariskan pemain yang sama ketika kecundang di tangan MSRC iaitu Maimunah, Iyliana dan Rakiah Ali.
![]() |
| Yusri tetap bersemangat walaupun prestasi yang kurang memuaskan dilakukan oleh nya. |
![]() |
| Noraisyah dari Crocs dengan aksi spinner. |
![]() |
| Zaidin yang fokus terhadap permainan. |
![]() |
| Yusri dengan gaya nya yang tersendiri. |
Pada Game pertama TEAM CROCS seakan di pukau apabila ketiga-tiga pemain gagal mempamerkan permainan terbaik masing-masing. Noraishah gagal mendapatkan kesinambungan tiga Strike yang beliau lakukan mengakibatkan kekalahan kepada Maimunah yang hanya melakukan tiga Open Frame. Noraishah tumpas 152-181. Iyliana menambah derita TEAM CROCS apabila dengan mudah menjinakkan Zaidin dengan empat strike berturut-turut dan hanya melakukan satu Open Frame bagi memenangi Game pertama dengan jatuhan pin sebanyak 200 berbanding Zaidin yang berjaya menjatuhkan 158 pin. Rakiah Ali yang bertindak selaku tunggak pasukan tidak menghampakan rakan yang lain setelah berjaya menundukkan Yusri Sulaiman yang baru tiba dari kampung halaman pagi tadi dengan kelebihan 39 pin. Yusri yang kelihatan sedikit penat hanya menjatuhkan sebanyak 159 pin. TEAM CROCS tunduk di Game pertama dengan keputusan 4-0.
Di Game kedua TEAM CROCS cuba memperbaiki keadaan dan hasilnya Noraishah berjaya menemui sasaran yang di kehendaki. Walaupun kurang melakukan Strike namun kelebihan Spare yang di miliki serta kegagalan Maimunah di dalam melakukan spare di lima Frame berturut-turut membantu Noraishah mencatat kemenangan pertama bagi diri beliau dan TEAM CROCS. Noraishah menumbangkan 183 pin sementara Maimunah hanya melakukan 139 pin. Noraishah juga mendahului sebanyak 15 pin bagi jumlah pin individu. Zaidin juga tidak menghampakan apabila berjaya menyaingi Iyliana sehingga Frame kelapan Zaidin mendahului dengan hanya satu pin. Namun seperti kata pepatah “Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari” begitulah yang terjadi kepada Zaidin. Kegagalan beliau melakukan sebarang Strike mahupun Spare di dua Frame terakhir menyebabkan beliau tumpas tipis dengan perbezaan satu pin sahaja. Iyliana yang menjatuhkan 175 pin di Game kedua juga mendahului sebanyak 63 pin bagi jumlah pin individu. Yusri yang di ramal memberikan tentangan sengit kepada Rakiah Ali gagal apabila sekali lagi tewas. “Kegagalan beliau melakukan Spare di lihat sebagai punca kegagalan tersebut”, demikian kata salah seorang pemerhati di Crystal Bowl malam tadi. Rakiah Ali meneruskan permainan cemerlang apabila menjatuhkan sebanyak 202 pin berbanding Yusri yang menjatuhkan sebanyak 156 pin. Rakiah Ali juga meneruskan cengkaman di dalam jumlah pin individu apabila mengatasi Yusri dengan kelebihan 85 pin. G6 TEAM menumpaskan TEAM CROCS di Game kedua ini dengan keputusan 3-1.
Noraishah memulakan Game ketiga dengan harapan dapat meneruskan kemenangan seperti yang di lakukan beliau di Game kedua namun sekali lagi kegagalan melakukan Spare serta tekanan yang di berikan oleh Maimunah yang melakukan empat Strike dan lima Spare menghampakan Noraishah. Beliau mencatat jatuhan pin terendah beliau malam ini dengan hanya menjatuhkan 138 pin berbanding Maimunah yang mencatat jatuhan pin terbesar beliau malam ini dengan 206 pin. Maimunah kembali mengatasi Noraishah dalam jumlah pin individu dengan kelebihan 53 pin. Zaidin pula tidak mampu menyaingi Iyliana sepanjang Game ketiga apabila mata beliau berada di belakang pemain G6 TEAM itu. Iyliana pula kelihatan selesa dengan keadaan itu yang membolehkan beliau bermain dengan baik dan bersahaja. Iyliana sekali lagi menumbangkan Zaidin dengan keputusan 189 pin berbalas 148 pin. Iyliana juga menambahkan kelebihan pin individu kepada 104 pin. Yusri Sulaiman yang di harap mampu mengubah keputusan setakat ini juga gagal melaksanakan tugas tersebut apabila sekali lagi tunduk kepada Rakiah Ali walaupun telah cuba bermati-matian memperolehi keputusan yang baik. Rakiah Ali menjatuhkan 197 pin menewaskan Yusri Sulaiman yang mencatatkan 171 pin. Kelebihan 111 pin Rakiah Ali terhadap Yusri Sulaiman dalam jumlah pin individu juga telah menganggu permainan beliau. Selepas tamat Game ketiga G6 TEAM mendahului TEAM CROCS dengan 11-1.
Di Game terakhir Noraishah kembali bangkit dari dua kekalahan beliau. Pemain Spinner ini berjaya menundukkan Maimunah dengan keputusan 182 pin berbalas 163 pin. Namun jumlah pin individu gagal di jelmakan oleh beliau apabila tunduk dengan perbezaan 34 pin. Secara keseluruhan Noraishah hanya mampu memberikan dua mata kepada pasukan TEAM CROCS. Zaidin pula mempamerkan permainan terendahnya malam ini apabila hanya mampu menjatuhkan sebanyak 142 pin. Beliau kecundang di tangan Iyliana yang menjatuhkan 177 pin serta mendominasi jumlah pin individu dengan jatuhan pin sebanyak 761 berkelebihan sebanyak 139 pin. Yusri juga tidak mampu menandingi kehebatan Rakiah Ali akibat tekanan yang melampau yang di berikan kepadanya sejak awal permainan lagi. Rakiah Ali yang menjatuhkan 192 pin dengan mudah menewaskan Yusri dengan kelebihan 26 pin di Game terakhir ini. Rakiah Ali juga menang dalam perebutan jumlah pin individu apabila berjaya mengumpul sebanyak 789 pin berbanding Yusri yang mencatatkan 652 pin.
![]() |
| Rakiah Ali berinteraksi dengan mesra bersama ahli Crocs. |
Setelah tamat permainan G6 TEAM membenam cabaran TEAM CROCS malam tadi dengan keputusan 18-2. Selepas di campur dengan mata Peterson G6 TEAM memperolehi 40.39 mata menewaskan TEAM CROCS yang mendapat 21.29 mata. G6 TEAM kini mengumpul sebanyak 65.30 mata setelah tamat minggu kedua liga sementara TEAM CROCS mengumpul 53.99 mata hasil dua perlawanan. Perlawanan minggu hadapan akan menemukan G6TEAM dan TIDAL BORE yang di jadualkan pada 23hb Mei 2011 (Isnin) manakala TEAM CROCS di jadualkan menentang EVO PERFECXION pada hari yang sama.
![]() |
| Keputusan penuh perlawanan |
![]() |
| Statistik penuh Crocs |
Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.







No comments:
Post a Comment