IN THE ZONE SEDAR DARI LAMUNAN
Kuching – 27 Jun 2011
IN THE ZONE kembali ke landasan kemenangan setelah trio Alvin Sijore, Mohd Fazreen dan Marzuki berjaya mengenepikan cabaran SARAMART BOWLERS dengan kemenangan maksimum 20-0 di minggu kelapan ini. Ketiga-tiga trio ini berjaya mengalas tanggungjawab yang di berikan berikutan ketiadaan tiga pemain elite seperti Adrian Adam, Sufian Othman dan Ahmad Fikri.
Alvin Sijore bermula dengan baik setelah mencatat jatuhan pin yang lebih baik daripada average beliau setelah menewaskan Andrew dengan 160-120. Mohd Fazreen pula hampir memberikan mata pertama buat SARAMART BOWLERS setelah kerap mendapat split di empat frame terakhir namun bekalan awal dua strike berturut-turut telah membantu beliau mencatat kemenangan terhadap Solomon dengan 163-150. Marzuki yang di pilih menjadi anchor IN THE ZONE kali ini berjaya melaksanakan tugas dengan baik setelah menjatuhkan 183 pin berbanding Philip yang hanya menjatuhkan sebanyak 102 pin. IN THE ZONE turut menang setelah mencatat 506 pin berbanding pihak lawan yang hanya menjatuhkan sebanyak 370 pin. Alvin Sijore di pilih sebagai pemain terbaik game pertama kerana berjaya menaikkan semangat rakan sepasukan beliau.
IN THE ZONE terus mencatat kemenangan maksimum 4-0 di game kedua setelah Alvin Sijore terus melakarkan kemenangan sungguhpun beliau bermain di bawah tahap sebenar (Average). Alvin hanya mampu menjatuhkan sebanyak 136 pin menewaskan Andrew dengan kelebihan 34 pin. Mohd Fazreen menerima suntikan semangat daripada rakan sepasukan telah berjaya memperbaiki permainan beliau dan mencatat 201 jatuhan pin menewaskan Solomon yang menjatuhkan 110 pin. Marzuki pula tidak menghadapi masalah menewaskan Philip dengan 161-115. Walaupun ketiga-tiga trio IN THE ZONE ini gagal mencatat jatuhan pin melebihi 500 di game kedua tetapi sudah cukup untuk menewaskan pihak lawan dengan kelebihan 171 pin. Mohd Fazreen di umumkan sebagai pemain terbaik di game kedua ini.
Sungguhpun trio SARAMART BOWLERS telah berjaya meningkatkan jatuhan pin di game ketiga ini namun usaha mereka masih belum mendatangkan hasil setelah tumpas 4-0. Alvin Sijore kembali menemui rentak beliau dan menjatuhkan 183 pin sementara Mohd Fazreen di paksa bekerja keras sebelum menang terhadap Solomon dengan 172-156. Marzuki juga di paksa bermain dengan bermati-matian setelah di hambat oleh Philip sepanjang game ketiga ini. Marzuki tetap menang dengan tipis setelah menjatuhkan sebanyak 163 pin berbanding Philip yang mendapat 150 pin. Alvin Sijore yang menjatuhkan pin paling tinggi di kalangan pemain kedua-dua pasukan telah di namakan sebagai pemain terbaik game ketiga.
Di game terakhir Andrew telah hilang fokus terhadap permainan dan hanya menjatuhkan sebanyak 78 pin. Peluang ini di ambil sebaik mungkin oleh Alvin Sijore yang menjatuhkan sebanyak 172 pin. Mohd Fazreen sekali lagi di paksa bekerja lebih keras sebelum mencatat kemenangan dengan 179-153. Marzuki yang menjatuhkan pin tertinggi di game terakhir ini telah muncul sebagai pemain terbaik dan mencatatkan kemenangan 185-113. IN THE ZONE juga mengutip semua mata daripada jatuhan pin individu, jumlah pin berpasukan di setiap game dan jumlah keseluruhan.
Dengan kemenangan besar ini IN THE ZONE melonjak dua anak tangga daripada tangga ke-16 sebelum ini. IN THE ZONE akan berhadapan dengan TIDAL BORE minggu hadapan sementara SARAMART BOWLER di jangka menentang G6 TEAM di bawah pimpinan Puan Rakiah Ali.
Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh @N2PuCHoNG.
SCORE SHEET IN THE ZONE vs SARAMART BOWLERS
STATISTIK PEMAIN IN THE ZONE
KEPUTUSAN PENUH LIGA AUTOSIDE MINGGU KE-8




















