Monday, 26 September 2011

2nd NOVICE TRIOS LEAGUE Week #13

IN THE ZONE BUKAN LAWAN TRANSFORMERS

Kuching –  26 September 2011

IN THE ZONE yang turun malam semalam dengan misi mengejar pendahulu liga di samping meletakkan diri sekurang-kurangnya bersaing untuk tangga tiga teratas gagal sama sekali di dalam memberikan saingan yang cukup hebat kepada pasukan TRANSFORMERS yang kini berada di tangga ketiga liga yang menang mudah dengan 18-2.

Kemenangan TRANSFORMERS ini juga meletakkan mereka selesa berada di dalam persaingan merebut kejuaraan Novice League edisi kedua ini. TRANSFORMERS juga membuktikan bahawa kegagalan musim yang pertama di kejuaraan yang sama telah membuatkan pemain melakukan TRANSFORMASI sehingga berjaya meletakkan pasukan ini di kedudukan yang sekarang.

TRANSFORMERS yang menurunkan pemain handalan mereka seperti David Voon, Andy Ismail dan Azree beraksi dengan baik sepanjang perlawanan tanpa banyak tekanan yang di berikan oleh gandingan pemain IN THE ZONE seperti Alvin Sijore, Habeeb dan Mohd Fazreen Fadzuan.

Game pertama berlangsung dengan agak seimbang. Semua pemain di dalam kedua-dua pasukan masih mencari target yang di inginkan. Alvin Sijore memulakan langkah dengan baik selepas berjaya membenam tiga strike berturut-turut di frame yang terakhir untuk memenangi perlawanan menentang David Voon dengan keputusan 201-189. Habeeb yang turun selaku pemain kedua kelihatan tidak begitu yakin di permulaan perlawanan telah mengakibatkan kekalahan di tangan Andy Ismail dengan 169-187. Azree yang mendapat tiga split di game pertama dan tidak bermain dengan baik namun kelemahan beliau ini gagal di ambil kesempatan oleh Mohd Fazreen yang gagal menyempurnakan lima spare sepanjang game ini. Kegagalan mengambil kesempatan ini telah mengundang kekalahan kepada Azree yang menang dengan keputusan 160-157. TRANSFORMERS juga menang bagi jumlah jatuhan pin berpasukan dengan perbezaan hanya 9 pin setelah memperolehi sebanyak 536 pin. TRANSFORMER mendahului IN THE ZONE dengan 3-1.

Skrip yang hampir sama terjadi di game yang kedua cuma perbezaan yang ketara adalah pemain TRANSFORMERS sudah mula menunjukkan skil dan belang mereka sebenar. Alvin yang memperolehi sebanyak 5 strike di game yang pertama hampa pada kali ini setelah gagal mendapat sebarang strike di game kedua. Di tambah pula dengan kehebatan David Voon yang memecahkan sebanyak 7 strike, Alvin tidak mampu bersaing dan tewas dengan 154-223. Habeeb yang di harapkan mampu menaikkan moral pemain IN THE ZONE yang lain terpaksa bekerja keras di game kedua ini setelah di cabar dengan hebat oleh Andy Ismail. Habeeb bernasib baik kerana balingan di frame kesepuluh oleh Andy Ismail tidak mengenai strike. Habeeb menang tipis dengan 201-199. Mohd Fazreen pula masih belum menemui rentak di kala Azree sudah memperlihatkan kehebatannya dengan deretan strike dan spare. Azree yang hanya melakukan open di frame yang kelapan menang mudah mengatasi Mohd Fazreen dengan keputusan 209-157. TRANSFORMERS sekali lagi menang pin berpasukan setelah menjinakkan IN THE ZONE dengan 631-512.

Harapan IN THE ZONE untuk menyaingi dan menewaskan TRANSFORMERS berkecai di game yang ketiga setelah tumpas dengan 4-0. David Voon memulakan mata ketujuh TRANSFORMERS setelah menewaskan Alvin Sijore dengan keputusan 199-171. Andy Ismail pula mencatatkan mata kelapan TRANSFORMERS setelah mudah menjinakkan Habeeb walaupun Andy Ismail hanya memperolehi satu strike sepanjang game ketiga ini. Kelebihan spare menjadi pertaruhan di mana Andy Ismail berjaya menumpaskan Habeeb dengan 176-136. Walaupun Mohd Fazreen sudah mula memperbaiki permainan beliau namun masih belum cukup untuk mengalahkan Azree yang bermain dengan bersahaja untuk mata kesembilan TRANSFORMERS dengan keputusan 189-175. TRANSFORMERS mendapat mata selamat iaitu mata kesepuluh hasil kemenangan pin berpasukan di game ketiga dengan keputusan 564-482.

Ketinggalan dengan begitu jauh hanya keajaiban sahaja mampu mengelakkan IN THE ZONE daripada kekalahan. Alvin Sijore yang ketinggalan sebanyak 85 pin perlu menang besar untuk membantu IN THE ZONE mencapai sekurang-kurangnya keputusan seri. Begitu juga dengan Habeeb yang ketinggalan sebanyak 56 pin juga memerlukan kuasa ajaib untuk menang baki dua mata selain membantu di dalam jatuhan pin berpasukan. Mohd Fazreen berhadapan tugas mustahil yang memerlukan beliau mencatat kelebihan 69 pin yang di perolehi oleh Azree. Bagi jatuhan pin berpasukan pula IN THE ZONE berdepan misi mustahil bagi mengimbangi kelebihan 210 pin yang di miliki TRANSFORMERS.

Menyedari kemenangan sudah hampir tercapai pemain TRANSFORMERS mula mengendurkan cabaran yang di lihat berkemungkinan untuk menjaga Handicap. Walaupun memperlahankan rentak IN THE ZONE masih belum mampu memberikan saingan kepada pemain TRANSFORMERS. Hajat IN THE ZONE berkecai setelah TRANSFORMERS sekali lagi menang dengan 4-0. David Voon bersahaja menewaskan Alvin Sijore dengan 177-170 walaupun Alvin bangkit di saat-saat akhir dengan strike. Andy Ismail mengesahkan statusnya sebagai pemain yang wajar di berikan perhatian dan penghormatan apabila berjaya mengatasi cabaran Habeeb dengan kemenangan 200-181. Azree sekali lagi hanya melakukan satu open frame di sepanjang game terakhir dengan kemenangan 100% keatas Mohd Fazreen setelah menjatuhkan sebanyak 197 pin berbanding 169 pin yang di perolehi Mohd Fazreen. TRANSFORMERS juga menang dengan 574-520 bagi jatuhan pin berpasukan.

TRANSFORMERS cemerlang apabila menyapu bersih baki 4 mata hasil kemenangan jatuhan pin individu David Voon, Andy Ismail dan Azree serta pin berpasukan keseluruhan. Keputusan muktamad TRANSFORMERS membenam IN THE ZONE dengan 18-2. David Voon telah di pilih sebagai pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan.

SCORE SHEET IN THE ZONE vs TRANSFORMERS


No comments:

Post a Comment