Friday, 27 May 2011

Team Crocs 10 Pin Yunus Ismail Trophy Challenge

TROFI KEJUARAAN TEAM CROCS CHALLENGE 2011 MILIK JEFF CHIN

    Penganjuran kejohanan 10 pin Bowling TEAM CROCS Challenge 2011 buat kali pertama berakhir petang semalam di Crystal Bowl BDC Kuching, Sarawak setelah Jeff Chin dinobatkan sebagai juara edisi pertama kejohanan.


    Kejohanan peringkat akhir di mulakan agak lewat daripada jadual asal berpunca daripada kelewatan pemain-pemain mendaftarkan diri serta penarikan diri peserta-peserta di saat-saat akhir yang membolehkan pemain-pemain simpanan di serap masuk terrmasuk juara kejohanan Jeff Chin sendiri. Ternyata tuah berpihak kepada beliau yang di berikan slot selaku pemain simpanan setelah kegagalan pemain yang layak mendaftarkan diri.

    Diantara pemain yang di ramal bakal menjadi juara seperti Bong Kihow (O), Nurafidza (SA), Jeff Chin (A), Caroline Chien (A), Jonathan Tchee (A), Kelvin Chan (SB), Patrick Ng (SB), Simon Ong (SB) dan Alexender Sim (SB). Manakala pemain-pemain lain di kategori B Bowler yang di ramal dapat memberikan saingan seperti Jeff Jerry Hii, Myron Khoo, Anthony Luang, Mohd Yunus, Roni Tugiman, Jason Ling, Galliano Edward, Nerosha Keligit, Azmaniza, Muhd Uzair, Angelo Koay dan Lim Kuo Hui. Pemain-pemain kategori Novice yang turut mengambil bahagian seperti Robbie Hiew, Sufian Othman, Lai Chun Wui dan Yusri Suhaimi turut mengintai peluang di dalam kejohanan ini.



    Kejohanan di lakukan sebanyak empat blok dimana setiap blok pemain perlu menghabiskan sebanyak dua permainan. Blok pertama di mulakan dengan pemain-pemain ramalan menepati status mereka apabila menduduki sepuluh tangga teratas. Setelah tamat blok pertama Jeff Chin mendahului senarai dengan 449 jatuhan pin (purata 224.5 pin) diikuti rapat oleh Jason Ling dengan 445 jatuhan pin, Kelvin Chan dengan 433 jatuhan pin, Patrick Ng dengan 428 jatuhan pin, Myron Kho dan Muhd Uzair berkongsi tempat kelima dengan 414 jatuhan pin, Robbie Hew dengan 412 pin, Roni Tugiman dengan 411 jatuhan pin Anthony Luang dengan 402 jatuhan pin dan Jonathan Tchee dengan 400 jatuhan pin.



    Jeff Chin sekali lagi mendahului di blok yang kedua apabila berjaya mengekalkan rentak permainan beliau dengan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 868 pin di ekori rapat oleh Jason Ling dengan perbezaan 7 pin sahaja. Kelvin Chan masih mengekalkan tangga ketiga dengan 842 jatuhan pin. Kedudukan tangga keempat dan seterusnya mengalami perubahan besar apabila Myron Kho, Muhd Uzair, Anthony Luang dan Jonathan Tchee tidak menunjukkan permainan seperti di blok yang pertama. Tempat mereka di ambil alih oleh Galliano Edward, Jeff Jerry Hii, Mohd Yunus dan Caroline Chien.


    Pada blok ketiga pendahulu kejohanan buat kali pertama bertukar tangan apabila Kelvin Chan yang menjatuhkan pin terbanyak sepanjang perlawanan akhir ini dengan 260 pin pada game keenam berjaya memintas Jeff Chin yang turun ke tangga ketiga. Kelvin Chan mendahului dengan 1283 jatuhan pin berkelebihan 10 pin daripada Jeff Jerry Hii yang melonjak tiga anak tangga bertempat di tangga kedua. Caroline Chien mendaki lima anak tangga berkedudukan tangga keempat sementara Myron Kho dan Anthony Luang berjaya merampas semula kedudukan kelima dan keenam.


    Di blok terakhir persaingan lima penjuru bagi merebut slot tiga perserta bagi menghadapi saingan Step-Ladder berlangsung dengan sengit di antara Kelvin Chan, Jeff Jerry Hii, Jeff Chin, Caroline Chien dan Myron Kho. Kelvin Chan yang mendahului dengan kelebihan 10 pin gagal menyerap tekanan selaku pendahulu apabila hanya menjatuhkan 186 dan 159 pin di blok terakhir ini menjadikan jumlah keseluruhan beliau sebanyak 1658 pin dan menduduki tangga keempat. Myron Khoo yang berpeluang untuk meletakkan diri di acara Step-Ladder juga gagal mempamirkan balingan yang baik apabila hanya menjatuhkan 175 pin bagi permainan di game ketujuh dan kelapan berkedudukan di tangga kelima dengan 1605 pin.




    Saingan sengit berlaku apabila Jeff Jerry Hii, Jeff Chin dan Caroline Chien merebut tiket automatik ke Final Step-Ladder. Akhirnya Caroline terpaksa akur di tangga ketiga apabila di jarakkan hanya perbezaan 5 pin sahaja. Jeff Jerry Hii dan Jeff Chin pula terikat di tangga pertam dengan mata yang sama sebanyak 1665 pin namun Jeff Chin di umumkan sebagai pendahulu setelah menjatuhkan 233 pin di permainan kelapan berbanding Jeff Jerry Hii yang hanya menjatuhkan sebanyak 182 pin.

    Acara Step-Ladder menemukan Jeff Jerry Hii menentang  Caroline Chien dan pemenang akan bertemu dengan pendahulu kejohanan Jeff Chin yang ternyata amat resah menunggu perhitungan terakhir. Caroline Chien pada awalnya di lihat mampu menundukkan Jeff Jerry Hii apabila mendahului mata sehingga frame keenam namun ketenangan yang di miliki oleh lawan beliau dengan strike yang berturut-turut di akhir permainan menyebabkan kekalahan beliau. Jeff Jerry Hii kini akan bertemu Jeff Chin di perlawanan terakhir Step-Ladder.

    Perlawanan akhir Step-Ladder menyaksikan Jeff Chin tidak begitu konsisten di dalam balingan beliau sementara Jeff Jerry Hii meneruskan rentak yang sama ketika menewaskan Caroline Chien memenangi perlawanan pertama dengan 186 pin berbalas 155 pin. Di perlawanan kedua dan penentuan Jeff Chin kembali menganas dengan balingan yang lebih bertenaga dan konsisten. Beliau berjaya mendahului sebelum di pintas Jeff Jerry Hii di frame kelima dengan perbezaan 5 pin sahaja apabila melepaskan satu open frame di balingan kelima. Namun di balingan keenam hingga kesembilan beliau sekali lagi mengegarkan Crystal Bowl dengan empat strike berturut-turut yang sedikit sebanyak menganggu tumpuan Jeff Jerry Hii. Akhirnya Jeff Jerry Hii terpaksa akur dengan kehebatan Jeff Chin dengan 200 jatuhan pin berbanding Jeff Chin yang mendapat 226 jatuhan pin. Jeff Chin memenangi acara Step-Ladder ini dan muncul sebagai juara edisi pertama 10 pin Bowling TEAM CROCS Challenge 2011 ini.



    Penyampaian hadiah disampaikan oleh En.Mohd Yunus selaku penaja trofi kejohanan ini sejurus setelah tamat acara Step-Ladder. Penyampaian hadiah berupa trofi dan wang tunai bagi semua kategori dan pemenang utama berjalan dengan lancar. Dengan berakhirnya acara ini di harap dapat membangkitkan semangat kesukanan dan menyerlahkan bakat-bakat yang baru di arena bowling terutamanya di negeri Sarawak ini selain merapatkan lagi perhubungan sesama pemain-pemain.
Caroline Chien=tempat ke-3

Jeff Jerry Hii = tempat ke-2

Jeff Chin =Juara


En.Ahmad Fikri selaku jurucakap daripada pihak penganjur TEAM CROCS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat semenjak awal bulan April yang lalu di dalam penganjuran kejohanan edisi pertama TEAM CROCS ini. “Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain-pemain, Management Crystal Bowl terutama Mr.Jackie Ting dan Mr.Jackson Ting, staf-staf Crystal Bowl daripada kaunter hingga kepada juruteknik-juruteknik dan semua yang memberikan sokongan kepada penganjuran kejohanan ini”, tambah En.Ahmad Fikri.

No comments:

Post a Comment