TEAM CROCS TEWAS LAGI
Kuching – 24hb Mei 2011
Selepas selesai menganjurkan kejohanan 10 pin bowling TEAM CROCS Challenge 2011 kelmarin, TEAM CROCS kembali ke arena Autoside Trios League 2011 dengan harapan dapat memperbaiki kedudukan di dalam liga setakat ini.

Menurunkan barisan pemain seperti Azad, Zaidin dan Habeeb yang akan mencabar pemain daripada EVO PERFECXION seperti Georgesri, Junain dan Anuar begitu bersemangat sebelum perlawanan. Di game pertama Azad yang menentang Georgesri ternyata tampak buntu mengawal keadaan apabila gagal menyaingi pihak lawan yang berkesudahan kemenangan kepada Georgesri yang menewaskan Azad dengan 160 pin (175 pin) berbalas 123 pin (148 pin). Zaidin juga gagal membuat balingan yang baik apabila bola beliau sering tersasar dari sasaran. Walaupun cuba bangkit di saat-saat akhir namun beliau terpaksa akur dengan kekalahan di game pertama menentang Junain dengan perbezaan 44 pin. Habeeb bermain selaku pemain tunggak TEAM CROCS yang gagal membaca keadaan lorong juga tewas di game pertama dengan 130 pin (155 pin) berbanding Anuar yang memperolehi 177 pin (192 pin). TEAM CROCS tumpas di game pertama tanpa sebarang mata.
 |
| Georgesri dari kumpulan Evo Perfecxion. |
 |
| Azad yang cuba untuk mengejar mata dari pihak lawan. |
Di game kedua peningkatan telah di tunjukkan oleh pemain-pemain daripada TEAM CROCS apabila mendapat mata pertama menerusi kemenangan tipis Azad terhadap Georgesri dengan kelebihan 2 pin setelah menjatuhkan sebanyak 148 pin (173 pin). Zaidin juga berpeluang menambah mata buat TEAM CROCS namun gagal mengambil kesempatan di atas kegagalan Junain bermain seperti di game yang pertama. Zaidin tewas tipis dengan perbezaan 6 pin sahaja. TEAM CROCS memperolehi mata kedua menerusi usaha Habeeb yang menewaskan Anuar dengan kelebihan 7 pin sahaja setelah menjatuhkan sebanyak 155 pin (180 pin). TEAM CROCS akhirnya berjaya menundukkan EVO PERFECXION di game kedua apabila memperolehi mata ketiga menerusi jatuhan pin berpasukan menewaskan pihak lawan dengan hanya 3 pin. Kedudukan setelah tamat game kedua EVO PERFECXION mendahului TEAM CROCS dengan 5-3.
 |
| Junain dari pasukan Evo Perfecxion. |
 |
| Zaidin yang bermain dengan agak aggresive pada perlawanan ini |
Harapan TEAM CROCS untuk meneruskan momentum kemenangan seperti di game kedua seakan dapat di capai apabila Azad menunjukkan peningkatan yang mendadak setelah menjatuhkan sebanyak 199 pin (224 pin). Walaubagaimanapun lawan beliau (Georgesri) juga begitu konsisten di dalam game ketiga apabila berjaya mengendurkan cabaran Azad serta mencatat kemenangan dengan 225 pin (240 pin). Peningkatan permainan juga di tunjukkan oleh Zaidin yang memperbaiki mutu balingan dan mencatat 166 jatuhan pin (191 pin) seterusnya memberikan mata pertama buat dirinya dan keempat untuk TEAM CROCS. Lawan beliau hanya mencatatkan sebanyak 143 pin (158 pin). Permainan di antara Habeeb dan Anuar berlangsung dengan sengit sehingga frame yang terakhir. Habeeb sewajarnya dapat memenangi perlawanan ini namun kegagalan mengambil spare pada frame keenam hingga kelapan membuka peluang kepada Anuar bertindak balas. Akhirnya kedua-dua pemain terikat dengan 163 pin setelah di campurkan dengan handicap. Perlawanan di game ketiga berkesudahan TEAM CROCS menang dengan 2.5-1.5. Namun begitu EVO PERFECXION masih mendahului TEAM CROCS dengan 6.5-5.5.
Setelah TEAM CROCS berjaya merapatkan jurang mata kepada 1 mata ramai berpendapat TEAM CROCS mampu mencipta kemenangan. Usaha keras daripada pemain-pemain TEAM CROCS di teruskan dengan penuh semangat. Namun hanya Habeeb yang mampu mencipta kemenangan ke atas pihak lawan manakala Azad dan Zaidin berputih mata walaupun telah memberikan saingan yang sengit kepada pihak lawan masing-masing.
 |
| Anuar dari pasukan Evo Perfecxion. |
 |
| Habeeb dari pasukan Team Crocs |
Azad tumpas buat kali ketiga apabila Georgesri melakukan clean game di game yang terakhir dan menjatuhkan sebanyak 193 pin (208 pin). Azad yang mendapat dua split berturut-turut di frame kedua dan ketiga ternyata gagal mendekati mata yang di perolehi Georgesri walaupun telah berusaha sedaya upaya beliau. Azad yang menjatuhkan 157 pin (182 pin) di game terakhir turut tewas di dalam kategori jatuhan pin individu setelah menamatkan perlawanan dengan jatuhan pin sebanyak 627 pin (727 pin), ketinggalan sebanyak 67 pin daripada Georgesri. Zaidin pula banyak melakukan kesilapan apabila sering open frame yang bersilang selepas berjaya melakukan strike ataupun spare mengakibatkan mata yang di perolehi adalah yang paling terendahnya malam tadi. Beliau hanya mampu menjatuhkan sebanyak 116 pin (141 pin) sahaja berbanding Junain yang walaupun tidak bermain dengan baik masih berjaya menang dengan menjatuhkan sebanyak 154 pin (169 pin). Junain juga menewaskan Zaidin apabila menjatuhkan sebanyak 620 pin (680 pin) untuk mata keempat beliau malam tadi. Sungguhpun kekalahan sudah jelas namun Habeeb masih meneruskan aksi bergaya bagi memperolehi kemenangan kedua beliau setelah seri di game ketiga. Habeeb menewaskan Anuar dengan kelebihan 14 pin setelah menjatuhkan sebanyak 158 pin (183 pin). Namun Anuar berjaya mengekalkan kelebihan pin individu apabila menewaskan Habeeb dengan hanya 6 pin setelah menjatuhkan sebanyak 697 pin sesudah di campur dengan handicap.
 |
| Dari kiri: Raphael (VC United), Habeeb dan Azad |
EVO PERFECXION berjaya menundukkan TEAM CROCS dengan keputusan 13.5 - 6.5. Keputusan rasmi EVO PERFECXION mendapat 35.21 mata manakala TEAM CROCS memperolehi 26.93 mata. Kegagalan TEAM CROCS menekan pemain lawan di game terakhir ternyata merupakan punca kekalahan malam tadi di samping pemain EVO PERFECXION yang bermain dengan baik dan berjaya menyerap tekanan terutama di game kedua dan ketiga. Perlawanan EVO PERFECXION selepas ini menentang PARAGON manakala TEAM CROCS di jangka dapat mencapai kemenangan selepas ini apabila di jadualkan menentang EZONET TEAM.
 |
| Keputusan penuh. |
 |
| Statistik Crocs |
Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.
TQ..
ReplyDeleteur welcome habbeb...
ReplyDelete