TEAM CROCS MENCATATKAN KEMENANGAN KETIGA BERTURUT-TURUT
29 Julai 2011: Penyertaan TEAM CROCS pada edisi Foursome kali ini ternyata telah membuahkan hasil yang baik setelah mencatat kemenangan 100% buat kali ketiga, Kali ini mangsanya ialah pasukan 90’s.
TEAM CROCS yang hadir sebagai pasukan UNDERDOG telah menurunkan Yusri sebagai pemain pertama, Ralf Edward selaku pemain kedua, Ahmad Fikri bertindak sebagai ketua pasukan dan pembaling yang ketiga manakala Hew Fah Lin memegang tugas selaku “ANCHOR”. Sementara pasukan 90’s pula menurunkan Angelo Koay, Alex Sim, Caroline Chien dan Kelvin Eng.
Yusri Suhaimi (TEAM CROCS) bermain dengan cemerlang sepanjang malam tadi
Game pertama berlangsung dengan menarik. Yusri Suhaimi bertindak cemerlang di game yang pertama dan telah berjaya mendapatkan mata sulung TEAM CROCS pada malam tadi setelah menewaskan Angelo Koay dengan 238-183. Ralf Edward yang menentang Alex Sim ternyata tidak bernasib baik setelah mendapat 3 kali split sepanjang game pertama ini. Dengan split tersebut Ralf Edward telah memberikan kemenangan pertama kepada skuad 90’s sesudah tunduk dengan keputusan 152-193. Nasib yang di alami oleh Ralf Edward turut di terima oleh pemain 90’s (Caroline Chien). Ahmad Fikri berjaya mengambil kesempatan tersebut dan menang dengan 191-148. Walaupun Hew Fah Lin telah bermain dengan begitu baik namun beliau terpaksa akur menanggung kekalahan di tangan Kelvin Eng yang melakukan hanya 2 open frame manakala yang selebihnya di jatuhkan dengan strike. Dengan 9 strike di game pertama, Kelvin Eng telah mengumpul sebanyak 229 pin menewaskan Hew Fah Lin yang hanya mengumpul sebanyak 191 pin sahaja. Setelah tamat game pertama TEAM CROCS telah mendahului 90’s dengan 3-2 setelah mendapat mata ketiga menerusi jatuhan pin berpasukan game pertama dengan keputusan 772-753.
Angelo Koay (90's) yang bekerja keras sepanjang perlawanan ini.
Di game kedua 90’s telah melipatgandakan usaha dan berhasil memenangi game yang kedua ini juga dengan keputusan 3-2. Mata-mata 90’s telah di sumbangkan oleh Angelo Koay yang menewaskan Yusri Suhaimi dengan keputusan 218-200. Mata kedua 90’s pula di hasilkan daripada kemenangan Alex Sim sekali lagi kepada Ralf Edward yang masih gagal menemui rentak permainan seperti sediakala dengan 269-171.
Raphael Edward (TEAM CROCS)
Mata ketiga 90’s di cipta menerusi jumlah pin berpasukan game kedua ini dengan menundukkan TEAM CROCS dengan keputusan 798-720. Mata TEAM CROCS pula terhasil daripada kemenangan Ahmad Fikri terhadap Caroline Chien yang gagal bermain dengan baik hari ini dengan 169-145. Mata kelima keseluruhan perlawanan setakat tamat game ke-2 di hasilkan oleh Hew Fah Lin yang lega setelah memenangi perlawanan game ke-2 menerusi kelebihan handicap sebanyak 20 pin. Hew menang dengan 180-168. Berakhir game ke-2 kedudukan kini terikat 5-5 manakala kelebihan pin keseluruhan milik pasukan 90’s dengan 59 pin.
Kelvin Eng (90's)
Game ketiga telah berjalan dengan lancar dan persaingan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan amat hebat dan bermutu tinggi. Yusri sekali lagi mengeggarkan arena bowling malam tadi setelah berjaya sekali lagi menewaskan Angelo Koay dengan 229-201. Yusri Suhaimi juga telah memenangi pin individu keseluruhan dengan 667-602. Yusri Suhaimi menerima khabar gembira sekali lagi apabila di umumkan sebagai pemain berkedudukan tempat kedua di dalam kategori “Jumlah Pin Keseluruhan termasuk Handicap” (Individual High Series Handicap) setelah catatan 667 pin minggu ini telah menolak keluar Brendan Phang dari pasukan Satria Kid’s dengan perbezaan 3 pin sahaja.
Ketua Pasukan TEAM CROCS (Ahmad Fikri)
Caroline Chien (90's)
Kesungguhan dan kegigihan Yusri telah menaikkan semangat pemain TEAM CROCS yang lain. Ralf Edward tiba-tiba menemui sentuhan penyudah yang beliau cari. Di bantu jug dengan kemerosotan prestasi daripada Alex Sim telah menobatkan Ralf Edward sebagai pemenang di game yang terakhir ini dengan keputusan 192-187. Namun begitu kemenangan Ralf Edward belum cukup untuk beliau menang sekali lagi setelah tumpas di kategori pin individu keseluruhan dengan keputusan 535-649.
Caroline Chien yang masih tercari-cari rentak akhirnya menyunting kemenangan pertama di game terakhir ini setelah menang tipis terhadap Ahmad Fikri dengan keputusan 193-191. Kemenangan yang di cipta oleh Caroline Chien tidak mampu menghalang Ahmad Fikri daripada memberikan TEAM CROCS mata ke-9 setelah memenangi jumlah pin individu keseluruhan dengan keputusan 551-486.
Hew Fah Lin (TEAM CROCS)
Hew Fah Lin juga tidak menghampakan penyokong TEAM CROCS apabila berjaya menambahkan lagi mata buat TEAM CROCS. Hew Fah Lin menang terhadap Kelvin Eng dengan 213-179 dan jumlah pin individu juga berpihak Hew Fah Lin dengan keputusan 584-576. Dengan kemenangan Hew Fah Lin kini TEAM CROCS telah sah menjadi pemenang setelah berjaya mendapatkan mata ke-11.
Alex Sim (90's)
TEAM CROCS terus melebarkan jurang kemenangan setelah menang di 2 lagi kategori iaitu jumlah pin berpasukan game ketiga dan jumlah keseluruhan pin berpasukan juga memihak kepada TEAM CROCS. Keputusan muktamad TEAM CROCS menewaskan 90’s dengan 13-7.
SCORE SHEET TEAM CROCS vs 90's
STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS & 90's
*** JUMLAH YANG TERTERA PADA BERITA MUNGKIN TIDAK SAMA SEPERTI DI DALAM SCORE SHEET KERANA TERDAPAT KESALAHAN HANDICAP YANG DI LETAKKAN SEWAKTU PERLAWANAN PADA PEMAIN 90’s***
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN I3oWLiNG.
TEAM CROCS X MENCATATKAN KEJUTAN MENEWASKAN YUMI
29 Julai 2011: TEAM CROCS X di bawah kepimpinan Zaidin Dasukin telah mencipta satu kejutan apabila menumbangkan salah satu pasukan pilihan di kejohanan kali ini iaitu YUMI malam tadi. Kegembiraan terpancar di wajah setiap pemain TEAM CROCS X setelah tamat perlawanan malam semalam. Ini merupakan kemenangan pertama TEAM CROCS X yang sebelum ini di tumbangkan oleh SPINNER KING dan TEAM CROCS.
Faizal Bujang (TEAM CROCS X)
TEAM CROCS X bermula dengan agak perlahan apabila Faizal Bujang yang di tentang oleh pemain cilik dari pasukan YUMI iaitu Abg Afiq, seakan terpaku melihat setiap balingan Abg Afiq menerjah masuk ke dalam poket. Faizal Bujang bermula dengan baik di sepanjang 6 frame pertama tanpa open frame. Namun apabila beliau mendapat open di frame ke-7 telah mengurangkan keyakinan beliau seterusnya open frame berlanjutan sehinggalah frame ke-10. Abg Afiq menang di game pertama dengan keputusan 210-171. Sufian Othman yang ketinggalan sepanjang game pertama ini telah melakukan satu kebangkitan yang tidak di sangkakan. Sufian Othman yang mempunyai kelebihan handicap sebanyak 15 pin telah menggunakan seluruh peluang dan berjaya menjunamkan 3 strike di frame ke-10. Kebangkitan itu telah memberikan kemenangan pertama buat dirinya di kejohanan ini setelah menewaskan Eddie Tan dengan kelebihan handicap (180-177).
Pemain berbakat dari pasukan YUMI (Abg Afiq)
Zaidin Dasukin yang memperolehi satu kaedah baru melontar telah mempraktikkannya dan berjaya membuat balingan-balingan yang lebih konsisten. Hasilnya Zaidin telah melakukan kejutan menewaskan Wagiman dengan kelebihan handicap 19 pin perbezaan di antara kedua pemain ini setelah menjatuhkan 194 berbanding Wagiman yang memperolehi sebanyak 183 pin. Maxwell yang di harapkan menjadi tulang belakang pasukan bertindak dengan baik sepanjang game pertama ini. Maxwell berjaya menjatuhkan 1 strike, 9 spare dan 1 open frame untuk mengikat kedudukan mata yang di perolehi oleh Norhazaidi pada angka 173. Namun kelebihan 10 pin handicap yang di miliki Maxwell telah mengangkat beliau sebagai pemenang dengan keputusan mutlak 183-173. TEAM CROCS X yang pada awalnya hanya cuba memberikan saingan yang terhebat kini mendahului YUMI dengan 3-2 setelah YUMI mendapatkan mata ke-2 menerusi jumlah pin berpasukan game pertama ini dengan 743-728.
Sufian Othman (TEAM CROCS X)
Pemain TEAM CROCS X merasakan kejutan akan dapat di capai sekiranya setiap pemain fokus untuk memberikan yang terbaik. Hasrat mengecapi kemenangan pertama hampir tercapai setelah sekali lagi TEAM CROCS X menang dengan keputusan 3-2. Mata TEAM CROCS X di hasilkan oleh Sufian Othman yang menewaskan Eddie Tan dengan 218-187. Maxwell sekali lagi cemerlang menewaskan Norhazaidi buat kali ke-2 dengan keputusan 188-157. Jumlah pin berpasukan game ke-2 kali ini pula berpihak kepada TEAM CROCS X melalui kelebihan handicap dengan keputusan 770-751.
Pemain Spinner YUMI (Eddie Tan)
YUMI berjaya mendapatkan 2 mata di game ke-2 menerusi Abg Afiq yang menewaskan Faizal Bujang dengan 225-188. Di game kali ini Abg Afiq telah menumbangkan sebanyak 6 strike, 2 spare dan tiga open frame untuk mendahului Faizal dari mula sehingga ke akhir perlawanan game ke-2 ini. Mata seterusnya di sumbangkan oleh Wagiman yang menewaskan Zaidin dengan 182-176. Setelah tamat game ke-2, TEAM CROCS X mendahului YUMI dengan 6-4 serta berkelebihan 4 pin sahaja.
Di game ketiga, Faizal Bujang mula menumpukan perhatian kepada permainannya setelah menerima khabar bahawa pasukan Piala Dunia 2014 Malaysia telah seri 1-1 dengan Singapura dan kalah melalui agregat 6-4. Faizal Bujang berjaya membuat CLEAN GAME di game terakhir ini dan turut mencatatkan kemenangan pertama beliau terhadap Abg Afiq dengan keputusan 237-178. Namun begitu Faizal Bujang terpaksa akur apabila menyedari kekalahan ketiga beliau dengan jurang yang tidak terlalu besar iaitu 17 pin sahaja setelah menjatuhkan sebanyak 596 pin.
Sufian Othman pula mengalami masalah di tiga frame pertama apabila gagal mendapatkan poket yang dikehendaki. Walaupun berjaya menjatuhkan semua pin di frame berikutnya namun masih belum cukup untuk mencipta kemenangan yang seterusnya apabila tumbang dengan keputusan 187-194. Namun begitu Sufian Othman tetap bergembira apabila jumlah pin individu memihak kepada beliau dengan keputusan 585-558. Kedudukan terkini TEAM CROCS mendahului YUMI dengan 8-6.
Ketua Pasukan TEAM CROCS X (Zaidin Dasukin)
Zaidin telah menceriakan semua pemain dan penyokong TEAM CROCS X apabila mendapatkan mata ke-9 dan ke-10 buat pasukannnya. Zaidin menang di game terakhir ini setelah permainan Wagiman serba tidak menjadi dan tidak teratur membolehkan beliau menang dengan keputusan 171-147. Zaidin juga menang pada jumlah pin individu setelah menewaskan Wagiman dengan 541-512.
Wagiman daripada pasukan YUMI
Hanya satu mata di perlukan oleh TEAM CROCS X untuk memenangi perlawanan ini daripada 4 mata yang tinggal. Maxwell yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan ini berlangsung meneruskan aksi yang memukau dan berjaya mengikat Norhazaidi pada mata 212 pin. Maxwell dan Norhazaidi terpaksa berpuashati berkongsi mata 0.5 setiap seorang. Mata kemenangan yang di cari akhirnya menjelma setelah jumlah jatuhan pin individu Maxwell melebihi jumlah yang di miliki Norhazaidi. Maxwell menang dengan 583-542 untuk mengesahkan kemenangan bagi pasukan TEAM CROCS X.
Pemain harapan TEAM CROCS X (Maxwell Chaong)
TEAM CROCS X bertambah gembira setelah mendapatkan lagi dua mata terakhir menerusi kemenangan jumlah pin berpasukan game ke-3 dengan 807-729 serta kemenangan bagi jumlah pin keseluruhan dengan keputusan 2305-2223 (perbezaan 82 pin).
Balingan dari Norhazaidi (YUMI)
Balingan Spare dari Zaidin Dasukin (TEAM CROCS X)
“TEAM CROCS X kini lebih yakin di perlawanan akan datang” kata ketua pasukan Zaidin Dasukin. Masih ada ruang untuk memperbaiki permainan masing-masing tetapi yang paling penting adalah kepercayaan serta keyakinan di antara satu sama lain, tambah beliau. Saingan liga ini akan di hentikan seketika sempena bulan Ramadhan dan akan di sambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.
Maxwell Chaong tenang mengambil spare
Arena Sukan CROCS ingin mengucapkan “SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” kepada semua pemain serta pembaca setia blog kami. Sepuluh jari di susun rapi sebagai tanda kemaafan seandainya di sepanjang berita yang kami siarkan selama ini ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak.
STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS X & YUMI
PRESTASI SEMUA PEMAIN TEAM CROCS DI DALAM LIGA SEHINGGA MINGGU KE-3
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN I3oWLiNG.
SCORE SHEET TEAM CROCS X vs YUMI






No comments:
Post a Comment