KEKUATAN MENTAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN MENJADI TUNJANG KEMENANGAN IN THE ZONE
Menewaskan EZONET di minggu ke-13 pada bulan Ramadhan
Kuching – 03 Ogos 2011
Terlebih dahulu Arena Sukan CROCS ingin mengucapkan “SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA” bagi semua pembaca terutamanya kepada pemain-pemain di liga Autoside ini yang beragama Islam.
Perlawanan di bulan Ramadhan ini telah di ubah waktunya daripada jam 8.30 malam kepada jam 9.30 malam berikutan menghormati pemain-pemain yang beragama Islam bagi menjalankan tanggungjawab berbuka puasa dan menjalani ibadah solat terawih.
IN THE ZONE yang berada di tangga ke-14 liga Autoside ini berbanding EZONET yang berada di tangga ke-10 liga telah bermula agak lewat berikutan kesemua pemain dari kedua-dua pasukan beragama Islam. EZONET yang sebelum ini menundukkan MIXED TEAM dengan 17.5-2.5 telah menurunkan barisan terkuat mereka seperti Azman Karim, Dolhadi dan Zainuddin. IN THE ZONE pula terpaksa bergantung harapan kepada Marzuki (yang baru sembuh dari kecederaan), Mohd Fazreen Fadzuan dan Sufian Othman. Ketua pasukan IN THE ZONE Alvin Sijore serta Adrian Adam juga hadir bagi memberikan sokokngan kepada rakan sepasukan IN THE ZONE.
Digame yang pertama IN THE ZONE menunjukkan persembahan yang menarik di mana Marzuki yang bertindak sebagai pemain pertama telah menhempaskan sebanyak 4 strike berturut-turut sebaik perlawanan di mulakan. Kemudian beliau menjatuhkan spare dan open frame secara bersilang sebanyak 2 kali sebelum menjatuhkan 2 strike dan spare di frame ke-10 untuk memenangi game pertama ketika bertembung dengan Azman Karim dengan keputusan 231-203.
Marzuki (IN THE ZONE) berjaya melakukan dua kali balingan di atas 200 pin
Azman Karim (EZONET)
Mohd Fazreen Fadzuan pula yang bermain dengan corak yang baru di praktikkannya semenjak hari Ahad yang lalu juga tidak mengecewakan. Beliau yang bermain secara “Straight Down” telah berjaya menewaskan Dolhadi dengan keputusan tipis 170-167. Kemenangan Mohd Fazreen banyak di bantu oleh kegagalan Dolhadi menjatuhkan sebarang pin pada balingan pertama frame yang ke-10.
Sufian Othman yang di ramal memenangi perlawanan bertemu dengan Zainuddin ternyata gagal melaksanakan tanggungjawab beliau. Setelah memperolehi open frame di 3 frame yang pertama, tindakan mengejar mata oleh beliau selepas itu dengan menjatuhkan 4 strike dan 4 spare tidak cukup untuk menewaskan Zainuddin. Zainuddin menang dengan 202-187.
IN THE ZONE mendapatkan mata ke-3 melalui kemenangan jumlah pin berpasukan game pertama dengan 588-572 (berkelebihan sebanyak 16 pin sahaja.
Zainuddin (EZONET) menang ketika bertemu Sufian Othman
Berlainan pula yang berlaku di game ke-2 bagi pasukan IN THE ZONE apabila dua pemain mereka Marzuki dan Sufian Othman gagal menjatuhkan pin melebihi average mereka. Azman Karim yang bermain secara selamat telah mendapat 6 spare dan 5 open frame. Walaupun tanpa sebarang strike di game ke-2 ini, beliau masih mampu menewaskan Marzuki dengan keputusan 165-137. Sufian Othman pula seolah-olah kehilangan arah apabila semua balingan beliau tidak menepati poket yang di kehendaki.Peluang ini di gunakan sepenuhnya oleh Zainuddin yang menang buat kali ke-2 dengan keputusan 165-138. Mohd Fazreen mengembirakan kem IN THE ZONE setelah berjaya menang buat kali ke-2 menentang Dolhadi dengan keputusan 194-176. EZONET berjaya menyamakan kedudukan apabila mengungguli jumlah pin berpasukan game ke-2 dengan keputusan 506-469. Setelah tamat game ke-2 Marzuki terikat 1-1 dengan Azman Karim dan juga terikat bagi jumlah pin keseluruhan pada angka 368 pin setiap seorang. Mohd Fazreen pula mendahului Dolhadi dengan 2-0 dan berkelebihan sebanyak 21 pin keatas Dolhadi. Manakala Sufian Othman ketinggalan dengan 0-2 kepada Zainuddin dan kelebihan di miliki oleh Zainuddin sebanyak 42 pin. Ezonet kini mendahului jumlah pin berpasukan keseluruhan dengan 21 pin.
Mohd Fazreen Fadzuan (IN THE ZONE) bermain secara konsisten
Setelah melihat kebangkitan yang di tonjolkan oleh pemain EZONET, para pemian IN THE ZONE telah mengubah cara permainan mereka. Hasilnya Marzuki sekali lagi menumbangkan sebanyak 231 pin seperti yang beliau perolehi di game pertama untuk memenangi perlawanan ke atas Azman Karim yang hanya menjatuhkan sebanyak 162 pin. Kelebihan pin sekarang menjadi milik Marzuki dengan 69 pin.
Mohd Fazreen juga mengikuti jejak langkah Marzuki setelah menjatuhkan sebanyak 170 pin sama seperti di game pertama beliau. Dolhadi juga memperolehi keputusan yang sama seperti di game pertama iaitu dengan 167 pin. Kemenangan berpihak buat kali ke-3 kepada Mohd Fazreen dan menjarakkan jumlah pin individu kepada 24 pin.
Sufian Othman yang gagal bermain dengan baik di dua game awal telah menukar corak balingan dengan mengunakan bola yang berlainan. Sufian Othman berjaya mendapatkan semula sentuhan penyudah apabila membenam sebanyak 8 strike dan 3 open frame untuk menang buat kali pertama menentang Zainuddin dengan keputusan 245-169. Sufian Othman juga berjaya menghapuskan kelebihan pin yang di miliki Zainuddin sebelum ini dan mendapatkan kelebihan sebanyak 34 pin pula. IN THE ZONE terus bergembira apabila mendapatkan mata ke-8 apabila menang jumlah pin berpasukan game ke-3 dengan keputusan 646-499 seterusnya menjarakkan lagi kelebihan yang di miliki sebelum ini dengan 168 pin.
Sufian Othman (IN THE ZONE) yang gagal bermain dengan baik
Menyedari kemenangan hanya mampu di jelmakan sekiranya EZONET menang besar di game terakhir ini telah mengubah cara permainan mereka. Azman Karim bermula dengan baik sekali sehingga frame ke-7 di mana selepas itu beliau tidak mampu menjatuhkan sekurang-kurangnya spare sehingga frame yang terakhir. Usaha Marzuki untuk mengejar di saat-saat akhir juga tidak kesampaian apabila membuat 2 open frame di frame ke-9 dan ke-10. Azman Karim menewaskan Marzuki dengan 198-164 namun belum mampu menewaskan Marzuki di jumlah pin individu keseluruhan apabila tewas sebanyak 35 pin kepada Marzuki.
Dolhadi kelihatan agak sedikit tertekan kerana masih belum mendapatkan sebarang mata telah berusaha bermati-matian untuk tujuan tersebut. Namun Mohd Fazreen tidak memberikan ruang bagi Dolhadi mencabar kedudukan beliau apabila dengan cemerlang menjatuhkan sebanyak 6 strike, 4 spare dan hanya melakukan 1 sahaja open frame untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 242-168. Mohd Fazreen turut memenangi pada jumlah pin individu keseluruhan dengan keputusan 776-678. Dengan kemenangan Mohd Fazreen ini telah menghadiahkan mata kemenangan iaitu mata ke-11 kepada IN THE ZONE.
Mohd Fazreen Fadzuan berjaya menumbangkan sebanyak 242 pin di game terakhir
Zainuddin meneruskan usaha mendapatkan mata walaupun telah sedar pasukan EZONET sudah tumpas. Zainuddin berjaya buat kali ke-3 menewaskan Sufian Othman yang ternyata gagal bermain dengan baik dengan keputusan 196-165. Walaupun Zainuddin sudah menang 3 kali berbanding Sufian Othman namun masih belum cukup untuk menewaskan Sufian Othman pada jumlah pin individu keseluruhan apabila tunduk dengan perbezaan 2 pin setelah menjatuhkan sebanyak 732 pin.
IN THE ZONE turut memenangi jumlah pin berpasukan game ke-4 dengan 571-562. Mata terakhir perlawanan di berikan kepada IN THE ZONE setelah berjaya mengungguli jumlah pin berpasukan keseluruhan dengan 2274-2139. Perlawanan di tamatkan pada jam 11.50 malam dengan keputusan IN THE ZONE menang mengatasi EZONET dengan 14-6 atau 36.7 berbalas 27.4 setelah di campurkan dengan mata Peterson.
Ketua pasukan IN THE ZONE Alvin Sijore berkata, “Sungguh mendebarkan terutama ketika hendak mengira jumlah pin selepas tamat perlawanan. Pujian kepada pemain saya kerana berjaya menang”. Arena Sukan CROCS telah sebulat suara memilih Mohd Fazreen Fadzuan dari pasukan IN THE ZONE sebagai “MAN OF THE MATCH” a.k.a “PEMAIN TERBAIK” pada pertemuan kedua-dua pasukan ini.
SCORE SHEET IN THE ZONE vs EZONET
STATISTIK IN THE ZONE vs EZONET
ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh P3m@in l3owling.


No comments:
Post a Comment