TEAM CROCS TEWAS TIPIS
Kuching – 8 Ogos 2011
Setelah mencatat keputusan seri di minggu yang ke-7 ketika berhadapan dengan pasukan TIDAL BORE, TEAM CROCS turun di minggu yang ke-8 dengan keazaman untuk melakarkan kemenangan. Namun keazaman yang di tunjukkan sebelum perlawanan gagal di teruskan ketika bertemu dengan pasukan PERFECXION petang tadi.
TEAM CROCS yang meletakkan pemain seperti Mohd Hazimi, Adrian Adam dan Marzuki telah berhempas pulas di sepanjang perlawanan malam tadi. PERFECXION yang menurunkan gandingan trios Lin Poh Liang, Lu Chieng Siang dan Chang Kim Ping pula telah berjaya mencuri peluang dan ruang yang ada bagi menewaskan TEAM CROCS dengan keputusan 11-9.
Mohd Hazimi sekali lagi di turunkan buat kali ketiga musim ini setelah diturunkan ketika bertemu Tall Building SXX dan EX-6 menentang Lin Poh Liang di mana keputusan di game pertama berpihak kepada pemain PERFECXION itu dengan kemenangan tipis 156-150. Walaupun Hazimi cuba mengejar di saat akhir namun tindakan beliau sudah terlambat untuk menyekat kemenangan Lin Poh Liang.
Adrian Adam yang baru sembuh dari kecederaan jari turut gagal mendapatkan mata untuk TEAM CROCS apabila sekadar menjatuhkan sebanyak 175 pin di game pertama ini. Lu Chieng Siang pula penuh bertenaga menjatuhkan sebanyak 213 pin untuk muncul pemenang di game pertama ini.
Marzuki berhadapan dengan situasi sukar apabila di tentang hebat oleh Chang Kim Ping. Marzuki bernasib baik kerana cubaan mengejar mata daripada lawannya terbantut di frame yang ke-9 setelah mendapat open frame. Marzuki menang tipis dengan keputusan 174-162. Kemenangan Marzuki tidak mampu menghalang PERFECXION mendapatkan mata yang ke-3 setelah menang di kategori pin berpasukan game pertama dengan 531-499 berkelebihan sebanyak 32 pin.
Di game yang kedua, PERFECXION meneruskan cengkaman apabila sekali lagi menang dengan keputusan yang sama. Mata pertama PERFECXION di game yang kedua ini disumbangkan sekali lagi oleh Lin Poh Liang setelah mengambil kesempatan di atas kemerosotan permainan yang di tunjukkan oleh Mohd Hazimi. Lin Poh Liang menang dengan 150-127.
Adrian Adam berjaya mencuri satu mata daripada PERFECXION apabila bermain dengan baik sekaligus menumpaskan Lu Chieng Siang dengan keputusan 211-168. Kebangkitan yang ditunjukkan oleh Adrian Adam gagal di teruskan oleh Marzuki walaupun telah menang di game yang pertama tadi. Marzuki di tumbangkan oleh Chang Kim Ping kali ini dengan 179-208. TEAM CROCS terus murung apabila PERFECXION mendapatkan mata ke-3 di game yang kedua ini setelah menang pin berpasukan di game kedua dengan 526-517. Jurang pin keseluruhan juga berjaya di jarakkan PERFECXION kepada 41 pin.
Sebelum bermulanya game yang ketiga ketua pasukan TEAM CROCS Adrian Adam telah cuba meniupkan semangat kepada anak-anak buah beliau supaya mempertingkatkan aksi dan seterunya memenangi perlawanan ini. Mohd Hazimi yang terpanggil dengan kata-kata perangsang oleh Adrian Adam telah berusaha bermati-matian terutama di tiga frame yang terakhir dan seterusnya berjaya melakarkan kemenangan pertama beliau terhadap Lin Poh Liang dengan keputusan 156-127. Namun begitu TEAM CROCS tersentak apabila Adrian Adam tewas kepada Lu Chieng Siang walaupun telah bermain dengan begitu cemerlang. Kegagalan Adrian Adam menjatuhkan split 1-2-4-10 di frame yang ke-9 telah menjadi punca kepada kekecewaan ini. Adrian Adam tumpas dengan keputusan 190-211. Marzuki juga menjadikan kata-kata perangsang Adrian Adam sebelum game ketiga ini sebagai satu semangat yang baru. Hasilnya Marzuki berjaya memperbaiki permainan dan hanya melakukan satu open frame sepanjang game yang ke-3 ini. Marzuki berjaya menewaskan Chang Kim Ping dengan 227-158. Kemenangan Marzuki dan Mohd Hazimi juga telah berjaya membuat TEAM CROCS meraih mata ke-3 di game ini melalui pin berpasukan dengan 573-496. Kini TEAM CROCS berjaya mendahului PERFECXION dengan kelebihan 36 pin hasil kutipan pin berpasukan. Kedudukan semasa kini PERFECXION mendahului TEAM CROCS dengan 7-5.
Di game yang terakhir, Mohd Hazimi sekali lagi berjaya menundukkan Lin Poh Liang dengan 152-136 sekaligus Mohd Hazimi berjaya mendapatkan satu lagi mata menerusi kemenangan pin individu ke atas lawan beliau dengan kelebihan 16 pin setelah menjatuhkan sebanyak 585 pin. Dengan kemenangan Mohd Hazimi TEAM CROCS kini berjaya menyamakan kedudukan dengan 7-7.
Tiga Spare yang gagal di lakukan oleh Adrian Adam di game terakhir telah mengakibatkan kekalahan kali ke-3 buat dirinya di tangan Lu Chieng Siang. Lu Chieng Siang juga bermain dengan agak konsisten dan menewaskan Adrian Adam dengan 207-179. Lu Chieng Siang juga melebarkan jurang mata kepada 9-7 setelah turut menang pin individu dengan 799-755.
Harapan TEAM CROCS kini terletak di bahu Marzuki. Marzuki berjaya mendahului Chang Kim Ping sejurus perlawanan bersambung. Namun Marzuki kehilangan kelebihan tersebut apabila melakukan open frame di frame ke-6 dan seterusnya kesempatan ini ambil sepenuhnya oleh Chang Kim Ping dengan membenam 5 spare dan 1 strike untuk meraih kemenangan dengan keputusan 200-190 bagi mata ke-10 PERFECXION. Walaupun tewas Marzuki berjaya mengekalkan kelebihan pin individu dengan kemenangan berpihak kepadanya setelah menjatuhkan sebanyak 770 pin berbanding lawannya yang hanya menjatuhkan sebanyak 728 pin. Kedudukan kini genting di antara kedua-dua pasukan apabila PERFECXION hanya mendahului dengan 10-8. Harapan untuk menyaksikan keputusan sekurang-kurangnya seri di dapati oleh TEAM CROCS meleset apabila pengiraan pin berpasukan game terakhir berpihak kepada PERFECXION dengan kelebihan 22 pin sahaja setelah melakar sebanyak 543 jatuhan pin. TEAM CROCS mendapat mata saguhati melalui jumlah pin keseluruhan dengan keputusan 2110-2096.
PERFECXION telah di umumkan sebagai pemenang dengan keputusan rasmi 11-9. Pemain terbaik pula telah di berikan kepada Lu Chieng Siang yang menjatuhkan purata sebanyak 179 pin pada perlawanan ini.
TEAM CROCS berhadapan dengan cabaran dari pasukan TITAN pada perlawanan yang di jadualkan pada jam 2 petang bersamaan dengan 14 Ogos 2011 di Crystal Bowl, BDC. PERFECXION pula akan berdepan dengan pasukan EZONET di hari dan waktu yang sama.
SCORE SHEET TEAM CROCS vs PERFECXION
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.
IN THE ZONE GAGAL MELAKSANAKAN MISI
Kuching – 8 Ogos 2011
IN THE ZONE yang turun dengan misi mencatatkan kemenangan tidak berjaya melaksanakannya petang semalam. Walaupun misi peribadi dan berpasukan sudah di war-warkan di dalam wall pasukan namun akibat bermain pertama kali di bulan puasa sebelah petang sedikit sebanyak menjejaskan permainan pemain IN THE ZONE.
Noraishah menceriakan kem penyokong IN THE ZONE di game pertama setelah berjaya menewaskan Mohd Nazri dengan mudah 181-156. Permainan baik yang di tunjukkan oleh Noraishah gagal di sambung oleh Mohd Fazreen Fadzuan yang hampa dengan ketiadaan satu strike pun di game ini. Mohd Fazreen juga gagal mengambil kesempatan di atas kemerosotan permainan yang di tunjukkan oleh Gary Bangking. Walaubagaimanapun Gary tetap muncul sebagai pemenang dengan keputusan 170-155. Sandaran yang di letakkan kepada Habeeb selaku pemain tunjang IN THE ZONE juga tidak menjadi kenyataan. Habeeb gagal memberikan persembahan yang di harap-harapkan itu tunduk kepada Abd Kadir dengan 157-207. PRIDE mendahului IN THE ZONE dengan 3-1.
Walaupun ketinggalan di game pertama, namun semangat pemain IN THE ZONE tetap berkobar-kobar untuk mencapai kejayaan. Noraishah sekali lagi menceriakan kem penyokong dengan permainan yang baik. Noraishah sekali lagi menang ke atas Mohd Nazri dengan keputusan 200-159. Mohd Fazreen juga tidak mengecewakan apabila berjaya bermain dengan baik walaupun di cabar hebat oleh Gary Bangking. Mohd Fazreen menang dengan keputusan 201-190. Walaupun sudah memasuki game yang ke-2 namun Habeeb kelihatan masih terkial-kial mencari rentak balingan yang biasa beliau lakukan sebelum ini.Habeeb Memperolehi 6 open frame sepanjang game ke-2 ini cukup bagi Abd Kadir menewaskan Habeeb dengan keputusan 193-148. Namun begitu IN THE ZONE berjaya menyamakan kedudukan setelah menang bagi kategori pin berpasukan game ke-2 dengan kelebihan 7 pin sahaja. Tamat game ke-2 kedudukan kini terikat 4-4 di antara kedua-dua pasukan.
Setelah berjaya mengikat kedudukan para pemain IN THE ZONE mula terleka di game yang ke-3. Noraishah hilang keyakinan setelah mendapati empat balingan awal di game ini tidak menemui sebarang spare. Walaupun cuba bangkit di frame yang seterusnya namun tidak mampu untuk menewaskan Mohd Nazri pada kali ini. Mohd Nazri menang di game yang ke-3 ini dengan 169-159. Mohd Fazreen pula meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menjinakkan Gary Bangking yang hanya mendapat 2 spare manakala selebihnya open frame untuk kemenangan kali ke-2 dengan keputusan 188-124. Habeeb yang di harapkan mampu menjadi pemain penentu perlawanan nyata gagal menyerap segala tekanan yang di berikan oleh Abd Kadir yang begitu konsisten petang tadi. Habeeb tumbang buat kali ke-3 dengan keputusan 166-190. Walaubagaimanapun IN THE ZONE berjaya mengikat kembali kedudukan di mata 6-6 setelah memenangi pin berpasukan di game ke-3 dengan keputusan 513-483.
Segala-galanya bakal terjawab di game yang terakhir ini. Dengan baki 8 mata yang menjadi perebutan kedua-dua pasukan, pemain kedua-dua pasukan saling cuba meningkatkan lagi semangat di antara satu sama lain. Pasukan PRIDE ternyata lebih bersedia di dalam keadaan genting ini apabila ketiga-tiga pemain PRIDE mencatatkan jatuhan pin yang tinggi. Pemain IN THE ZONE menyerlahkan kelemahan apabila gagal bertindak dan menyerap semua tekanan di saat yang sedemikian. PRIDE telah berjaya memunggut mata penuh di game terakhir ini. Bermula dengan kemenangan Mohd Nazri ke atas Noraishah dengan 212-159 di ikuti pula dengan kemenangan Gary Bangking ke atas Mohd Fazreen dengan 175-145 sementara Abd Kadir menumpaskan Habeeb dengan 187-172 dan di akhiri dengan kemenangan pin berpasukan di game ke-4 ini dengan keputusan 574-476. Kini PRIDE mendahului IN THE ZONE dengan 10-6.
Harapan IN THE ZONE untuk mencari mata penyamaan bermula dengan kemenangan pin individu Noraishah yang melebihi hanya 3 pin setelah menjatuhkan secara keseluruhannya dengan 699 pin. Di ikuti dengan kemenangan Mohd Fazreen di kategori yang sama setelah menjatuhkan sebanyak 689 pin berbanding Gary Bangking yang hanya menjatuhkan sebanyak 659 pin. Usaha mencari mata penyamaan gagal sama sekali setelah pengiraan menunjukkan Abd Kadir dari PRIDE unggul menewaskan Habeeb untuk mata kemenangan PRIDE dengan keputusan 777-643. PRIDE juga memperolehi mata ke-12 setelah menewaskan IN THE ZONE bagi jumlah pin keseluruhan dengan keputusan 2132-2031.
PRIDE telah di umumkan sebagai pemenang dengan keputusan 12-8 manakala Abd Kadir dari pasukan PRIDE telah di nobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan kedua-dua pasukan.
Pengurus IN THE ZONE begitu kecewa dengan keputusan ini namun menyatakan keyakinan bahawa anak-anak buahnya akan bangkit dengan lebih kuat selepas perlawanan petang tadi. “Beberapa kelemahan telah di kenalpasti di antaranya kurang daya tahan bermain sewaktu berpuasa dan kurang fokus ketika perlawanan”, kata pengurus IN THE ZONE.
PRIDE akan di jadualkan menentang TAL BUILDING SXXX pada 14 Ogos 2011 jam 2 petang di Crystal Bowl, BDC manakala IN THE ZONE akan bertembung dengan MIXED TEAM pada hari dan waktu yang sama.
SCORE SHEET TEAM CROCS vs PERFECXION
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.





No comments:
Post a Comment