Saturday, 27 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Selamat Bercuti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog kami.

Disini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bowlers di luar sana dan terima kasih kerana setia mengikuti blog ini. Tidak lupa juga kepada yang pemain-pemain yang terlibat dengan liga di Crystal Bowl dan kesemua staf disana.

Kami ingin meminta maaf kerana kami hanya akan mengemas kini blog ini lagi 2 minggu selepas hari Raya kerana tiada liga yang akan berlansung sepanjang musim cuti ini.

Sepuluh jari kami susun jika berita yang kami berikan kurang lengkap, penggunaan ayat-ayat yang "pedas" dan terlepas kata(taip). Crocs bowling juga menerima komen tentang wancana kami.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya- Maaf Zahir dan Batin, kepada yang memandu untuk perjalan "balik kampung" pandulah dengat cermat serta ingatlah orang tersayang


3 comments:

  1. Juga Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011/ 1432H utk semua yang menyambut,dan juga Selamat Bercuti & Selamat Hari Kebangsaan 2011! Ampun Maaf Zahir & Batin sekiranya pernah mengguriskan perasaan sesiapa yg dikenali /mengenali saya.. Dgn Tulus Ikhlas,Maaf Zahir Batin.. *Hati2 Di Jalan Raya! ^^

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan buat pemberita2 yg bertungkus lumus menyiarkan berita2 penting tentang ten pin boling.selamat maju jaya :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari raya Maaf Zahir Batin!! ^^. raya dtg jak umah kayh.sentiasa terbuka hari2. :D from Rasyafieza n Family

    ReplyDelete