TEAM CROCS KEHILANGAN TARING
Tewas lagi kali ini di tangan pasukan TITAN
Kuching – 14 Ogos 2011
TEAM CROCS sekali lagi telah gagal menyerlah dan tewas buat kali ke-6 musim ini, kali ini di tangan pasukan TITAN petang tadi di Crystal Bowl, BDC Kuching Sarawak. TEAM CROCS yang menurunkan barisan yang di anggap mampu menjelmakan kemenangan walaubagaimanapun terpaksa akur tunduk setelah pemain-pemainnya gagal menyerlah terutamanya pendahulu Individual High Game dan High Series Handicap iaitu Yusri Suhaimi.
Game pertama tidak berjalan seperti yang di rancangkan oleh ketua pasukan TEAM CROCS Adrian Adam. Meletakkan diri beliau selaku pemain pertama bertemu dengan Firman dari pasukan TITAN yang mempunyai purata jatuhan pin yang lebih rendah daripada beliau tidak mendatangkan banyak masalah padanya untuk memenangi game pertama dengan 181-148. Manakala Zaidin Dasukin yang di letakkan selaku pembaling kedua ternyata bukan lawan Junaidi dari pasukan TITAN. Zaidin hanya mampu menjatuhkan 2 strike tanpa sebarang spare di game pertama ini. Keadaan ini telah mengakibatkan kekalahan beliau dengan 129-164. Pemain harapan TEAM CROCS Yusri Suhaimi yang masih memegang takhta High Game dan High Series semenjak minggu ke-7 gagal menepati statusnya apabila balingan-balingan beliau tidak bertindak seperti yang di harap-harapkan. Kegagalan Yusri tersebut telah memberikan peluang kepada Faidilazhar untuk menghukum beliau. Yusri tumpas dengan 136-185 di tangan Faidilazhar. TITAN memperolehi mata ke-3 apabila turut menang pin berpasukan game ini dengan keputusan 497-446.
Memperlihatkan keadaan tersebut, Adrian Adam cuba untuk mententeramkan rakan sepasukan beliau dan memberikan kata-kata peransang agar terus bersaing dengan sihat. Adrian Adam sekali lagi menyumbangkan mata buat TEAM CROCS apabila menewaskan Firman dengan 145-123. Namun kegembiraan TEAM CROCS hanya seketika apabila Zaidin tumpas sekali lagi kepada Junaidi kali ini dengan jurang yang lebih besar iaitu 121-187. Walaupun Yusri Suhaimi masih belum menemui rentak kebiasaan beliau namun masih mampu menjelmakan mata ke-3 buat TEAM CROCS apabila menang ke atas Faidilazhar dengan 158-157. Kemenangan ini juga di bantu oleh kegagalan Faidilazhar melakukan spare di frame yang ke-10. TEAM CROCS sekali lagi gagal menang bagi pin berpasukan setelah tumpas dengan 424-467. Kedudukan terkini TEAM CROCS ketinggalan dengan 5-3.
TEAM CROCS cuba mengubah nasib di game yang ketiga namun semua tindakan yang di lakukan tidak menjadi kenyataan. Adrian Adam kali ini telah mempamerkan aksi terburuk beliau sepanjang kejohanan musim ini dengan hanya menjatuhkan sebanyak 127 pin berbanding Firman yang berjaya menewaskan Adrian Adam setelah menjatuhkan sebanyak 162 pin. Zaidin terus di rundung malang setelah mendapat 3 kali split dan tewas kali ke-3 di tangan Junaidi dengan keputusan 156-182. Yusri yang di lihat kembali mendapat rentak beliau telah mempamerkan semangat juang namun terpaksa akur dengan kekalahan setelah di tundukkan oleh Faidilazhar sekali lagi dengan 174-186. TITAN berjaya memunggut mata penuh di game ke-3 ini setelah menewaskan TEAM CROCS di penjumlahan pin berpasukan game ke-3 dengan 530-457. Kedudukan TITAN bertambah kukuh dengan mendahului TEAM CROCS dengan 9-3 setelah tamat game ke-3 ini.
TITAN berjaya menutup pintu kemenangan buat TEAM CROCS apabila sekali lagi mendominasi game terakhir dengan kemenangan 3-1. Adrian Adam berjaya mencuri satu mata lagi daripada Firman setelah menang dengan 147-122 sekaligus muncul sebagai pemenang penjumlahan pin individu dengan 600-555. Zaidin terus tenggelam dan di tewaskan oleh Junaidi dengan 211-127 dan 744-533 bagi penjumlahan pin individu. Yusri terus di hampakan oleh permainan yang tidak seperti biasa dan tewas lagi di tangan Faidilazhar dengan 132-161 dan 600-689 bagi penjumlahan pin individu. TEAM CROCS terus gagal meraih sebarang mata dari penjumlahan pin berpasukan setelah tumpas 406-494 dan 1733-1988 secara keseluruhan.
Keputusan yang kini di sahkan oleh pihak penganjur Crystal Bowl kemenangan menjadi milik TITAN yang menewaskan juara edisi lalu dengan 15-5 atau 22.33 berbalas 34.88. Junaidi daripada TITAN telah di pilih oleh Arena Sukan CROCS sebagai pemain terbaik perlawanan kedua-dua pasukan ini.
SCORE SHEET TEAM CROCS vs TITAN
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.
IN THE ZONE BANGKIT MENGEKALKAN KEDUDUKAN
Kuching – 14 Ogos 2011
IN THE ZONE yang tunduk kepada PRIDE minggu lalu telah bangkit dengan mencipta kemenangan ke-6 musim ini ke atas pasukan MIXED TEAM petang tadi di Crystal Bowl, BDC Kuching.
IN THE ZONE yang menurunkan barisan pemain seperti Zulhisham Dasukin, Alvin Sijore dan Mohd Fazreen Fadzuan telah di berikan taklimat oleh pengurus pasukan sebelum perlawanan bermula bagi mendapatkan keputusan yang di kehendaki. MIXED TEAM pula telah menurunkan pemain seperti Nur Hermienisha, Helmi dan Peter Yeoh bagi memberikan tentangan kepada pasukan IN THE ZONE.
Di game pertama IN THE ZONE telah menunjukkan permainan yang baik dengan kemenangan 3-1 keatas MIXED TEAM. IN THE ZONE memulakan langkah kemenangan dengan permainan terbaik daripada pendatang baru Zulhisham yang mencatatkan jatuhan pin tertinggi beliau musim ini dengan 204 pin menewaskan Nur Hermienisha yang sekadar menjatuhkan sebanyak 160 pin. Walaubagaimanapun IN THE ZONE melepaskan satu mata hasil kekalahan Alvin Sijore kepada Helmi dengan 178-185. Walaupun Alvin telah menunjukkan peningkatan di dalam perlawanan baru-baru ini namun belum cukup untuk memenangi perlawanan game pertama ini. Mohd Fazreen juga tidak menghampakan setelah menang 172-160 keatas Peter Yeoh seterusnya membantu IN THE ZONE mencatat kemenangan pin berpasukan game pertama dengan keputusan 554-505.
IN THE ZONE bernasib baik di game yang kedua ini. Sungguhpun memenangi game kedua dengan keputusan 4-0 seterusnya menjadikan keputusan semasa IN THE ZONE mendahului MIXED TEAM dengan 7-1, namun kegagalan pemain MIXED TEAM menjatuhkan pin di atas kemampuan diri telah menyumbang kepada kemenangan IN THE ZONE di game ke-2 ini. Zulhisham bernasib baik kerana Nur Hermienisha telah mendapat 3 split berturut-turut bermula di frame yang ke-6 telah membantu beliau mencatatkan kemenangan ke-2. Zulhisham menang dengan 162-150. Alvin Sijore yang tewas di game pertama telah berjaya mempertingkatkan jatuhan pin beliau sekaligus menewaskan Helmi dengan 198-145. Mohd Fazreen yang bermain di bawah purata jatuhan pin beliau juga bernasib baik kerana Peter Yeoh gagal menyempurnakan spare terutama di empat frame yang terakhir. Mohd Fazreen menang dengan 161-138. IN THE ZONE turut mendominasi jumlah pin berpasukan dengan keputusan 521-433.
Tewas kepada IN THE ZONE pada dua game sebelum ini tidak mematahkan semangat pemain MIXED TEAM di game yang ketiga ini dengan mempamerkan permainan yang lebih baik, Nur Hermienisha berjaya mencuri satu mata daripada Zulhisham yang gagal bermain dengan baik seperti di dua game yang terdahulu. Nur Hermienisha berjaya menang dengan 186-145. Alvin Sijore nyaris memberikan mata ketiga buat MIXED TEAM apabila balingan terakhir di bonus frame sekadar menjatuhkan sebanyak 7 pin namun sudah memadai untuk kemenangan ke-2 beliau terhadap Helmi dengan keputusan tipis 167-166. Drama sebabak Alvin Sijore di fotokopikan sebaik-baiknya oleh Mohd Fazreen. Mohd Fazreen bermula dengan baik di empat frame pertama namun selepas itu gagal mendapatkan sekurang-kurangnya spare sehingga frame yang ke-10 yang pada ketika itu Peter Yeoh sedang mendahului Mohd Fazreen dengan kelebihan 10 pin di frame yang kesembilan. Peter Yeoh membuat balingan terakhir dengan split yang gagal di sudahkan beliau seterusnya memberikan ruang bagi Mohd Fazreen untuk mengejar dengan menjatuhkan spare dan di kala balingan bonus beliau memerlukan 9 pin untuk menang, beliau berjaya melakukannya dengan 9 pin. Mohd Fazreen juga menang tipis dengan 156-155. Namun dua kemenangan tipis pemain IN THE ZONE tidak cukup untuk menghalang MIXED TEAM daripada meraih mata ke-3 menerusi jumlah pin berpasukan game ke-3 dengan keputusan 507-468. Setelah tamat game ke-3 IN THE ZONE mendahului MIXED TEAM dengan 9-3.
Skrip di game yang terakhir berubah sama sekali apabila kesemua mata yang tertinggal menjadi milik pemain dan pasukan IN THE ZONE. Zulhisham menang di game terakhir ini sekalipun bermain di bawah keupayaan diri. Beliau menewaskan Nur Hermienisha dengan 138-133 sekaligus memenangi jumlah pin individu dengan kelebihan 20 pin setelah mencatat jatuhan pin keseluruhan sebanyak 649 pin. Alvin Sijore juga yang bermain di bawah purata jatuhan pin beliau bernasib baik kerana Helmi turut tidak bermain dengan baik. Alvin Sijore menang dengan 131-118 sekaligus menang di kategori jumlah pin individu dengan keputusan 694-614. Mohd Fazreen juga tidak menghampakan apabila mudah menundukkan Peter Yeoh dengan 167-137 dan berjaya menang sekali lagi dengan keputusan 656-590 di kategori pin individu keseluruhan. IN THE ZONE terus memunggut mata hasil kemenangan jumlah pin berpasukan game terakhir dengan 456-388 sekaligus memenangi jumlha pin keseluruhan dengan 1999-1833.
IN THE ZONE muncul pemenang dengan Alvin Sijore telah di pilih oleh Arena Sukan CROCS sebagai pemain terbaik perlawanan.
SCORE SHEET IN THE ZONE vs MIXED TEAM
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.




No comments:
Post a Comment