Kuching – 31 Mei 2011
IN THE ZONE sekali lagi gagal di dalam misi mendapatkan kemenangan pertama setelah tumpas 1-19 di tangan pasukan GEFORCE di Crystal Bowl, BDC malam tadi.
Di dalam perlawanan malam tadi Adrian Adam telah gagal bermain dengan baik tewas 177-208 di tangan Bryan Mackinson. Alvin Sijore juga gagal memberikan persembahan yang baik apabila tumpas di tangan Myron Kho dengan 149-164. Marzuki yang baru sahaja mengikat tali pertunangan pada hari Ahad lalu juga kehilangan taringnya apabila mudah di jinakkan oleh Razif Safini. Marzuki tewas di game pertama dengan 153-192. Geforce yang berjaya menjatuhkan 564 pin pada game pertama mendahului IN THE ZONE dengan kelebihan 85 pin.
![]() |
| Bryan Mackinson |
![]() |
| Adrian Addhem |
Adrian Adam yang cuba mencari rentak akhirnya berjaya menumbangkan Bryan Mackinson setelah membuat balingan secara stroker dan menghasilkan 205 jatuhan pin sementara lawan beliau terpaksa akur kalah tewas tipis dengan perbezaan 1 pin sahaja. Alvin Sijore cuba mengikuti jejak Adrian dan meneruskan kesinambungan kemenangan namun terpaksa tunduk kepada Myron Kho walaupun telah berusaha memperbaiki corak balingan. Myron Kho yang menjatuhkan 161 pin telah menundukkan Alvin dengan perbezaan 31 pin. Marzuki yang menjumpai target yang sesuai bagi dirinya terus di hampakan oleh Razif Safini walaupun telah memperbaiki jatuhan pin beliau. Razif Safini menang 206-194 di game kedua ini. IN THE ZONE hanya mampu memenangi satu daripada empat mata yang di peruntukkan apabila tewas dengan perbezaan 42 pin hasil kutipan pin sebanyak 529 yang dilakukan oleh trios IN THE ZONE.
![]() |
| Myron Khoo |
![]() |
| Alvin Sijore |
IN THE ZONE cuba bangkit di game ketiga namun tidak berjaya apabila ketiga-tiga pemain IN THE ZONE sekali lagi di tumpaskan oleh lawan masing-masing. Adrian Adam yang mengalami sedikit kecederaan di bahagian pergelangan tangan tidak mampu membuat balingan yang baik seperti ketika memenangi game kedua apabila hanya menjatuhkan 151 pin berbanding Bryan Mackinson yang begitu bertenaga menjatuhkan 208 pin. Walaupun pada satu ketika Alvin Sijore di lihat mampu mencipta kejutan di game ketiga namun pengalaman luas Myron Khoo yang juga salah seorang jurulatih skuad Sarawak telah berjaya mengendurkan asakan Alvin dengan balingan yang konsisten lima frame terakhir dan mengalahkan Alvin dengan 205-183. GEFORCE terus menjarakkan jurang sebanyak 261 pin bagi kategori jumlah pin berpasukan.
![]() |
| Razif Safini |
![]() |
| Marzuki |
Di game terakhir pemain-pemain IN THE ZONE ternyata tidak mampu menandingi kehebatan pemain GEFORCE. Bryan Mackinson telah melakukan clean game dan menjatuhkan sebanyak 226 pin manakala Adrian yang bergelut dengan kecederaan masih mampu untuk memberikan saingan apabila menjatuhkan sebanyak 184 pin. Alvin Sijore yang telah memperbaiki balingan beliau turut hampa apabila Myron Kho juga melakukan clean game dengan jatuhan pin sebanyak 237 berbanding Alvin yang hanya menjatuhkan sebanyak 168 pin. Razif Safini pula langsung tidak memberikan peluang Marzuki untuk mengasak mata beliau. Balingan yang konsisten serta keyakinan yang tinggi daripada Razif Safini memberikan kemenangan keempat beliau terhadap Marzuki dengan 224-139. GEFORCE sekali lagi membolot mata berpasukan apabila meninggalkan IN THE ZONE dengan jurang 457 pin.
GEFORCE telah di umumkan sebagai pemenang setelah membenam cabaran IN THE ZONE dengan keputusan penuh 43.66 berbalas 21.09. Perlawanan seterusnya buat GEFORCE menentang G6 TEAM sementara IN THE ZONE bakal bertemu sebuah lagi pasukan gergasi dan di ramal berhadapan saat-saat yang sukar apabila di jadualkan menentang MSRC.
Pemerhati sukan yang di temui semasa perlawanan ini berlangsung menyifatkan kelemahan ketara pasukan IN THE ZONE ialah kurangnya keyakinan namun semangat melawan pemain wajar di puji.
![]() |
| Keputusan Penuh |
![]() |
| Statistik In The Zone |
ARENA SUKAN TEAM CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.









No comments:
Post a Comment