Wednesday, 27 July 2011

Liga Autoside Minggu Ke-12 : IN THE ZONE vs RED SNAPPER

IN THE ZONE TIMBA PENGALAMAN BERHARGA

Kuching – 27 Julai 2011

          IN THE ZONE yang terpaksa menurunkan barisan yang tidak bersedia akibat penjadualan semula permainan yang sepatutnya di adakan pada hari Isnin di tambah lagi dengan penarikan diri pemain seperti Ahmad Fikri, Marzuki dan Sufian Othman telah mengalami kekalahan pada perlawanan yang diadakan malam semalam.

          Ketua pasukan IN THE ZONE Alvin Sijore terpaksa memanggil Adrian Adam dan Mohd Fazreen akibat penarikan diri dua pemain di saat akhir iaitu Marzuki dan Sufian Othman. Walaupun berada di dalam keadaan yang tidak bersedia, pujian patut di berikan kepada semua pemain IN THE ZONE malam tadi kerana sekurang-kurang berjaya menyaingi dan memperbaiki permainan sendiri ketika bertemu dengan pasukan yang lebih kuat. 

          Di game pertama, RED SNAPPER terus mengganas di kala pemain IN THE ZONE tercari-cari rentak permainan masing-masing. RED SNAPPER memperoleh mata pertama menerusi Jefry yang mudah menundukkan ketua pasukan IN THE ZONE Alvin Sijore dengan 181-138 (206-163). Adrian Adam yang kelihatan keletihan akibat terpaksa hadir mengantikan pemain lain juga tidak mampu menyaingi Awg Kasti dari pasukan RED SNAPPER apabila tunduk dengan keputusan 130-225 (155-250). Mohd Fazreen menceriakan kem IN THE ZONE setelah berjaya menewaskan Abg Azman menerusi kelebihan handicap. Mohd Fazreen mendapatkan mata pertama buat IN THE ZONE dengan keputusan 148-155 (173-170). RED SNAPPER mendapatkan mata ke-3 di game pertama ini melalui jumlah pin berpasukan dengan keputusan 561-416 (626-491) dan berkelebihan sebanyak 135 pin.

          RED SNAPPER meneruskan rentak kemenangan di game ke-2 ini setelah berjaya memunggut kesemua 4 mata. Mata pertama hadir setelah Jefry sekali lagi tidak memberikan ruang buat Alvin Sijore untuk menyekat kemenangan beliau dan menang dengan 181-144 (206-169). Awg Kasti juga tidak mempunyai masalah untuk menundukkan Adrian Adam setelah menang dengan keputusan 172-148 (197-173). Abg Azman bernasib baik di game kali ini setelah tewas di game yang pertama tadi. Mohd Fazreen yang mendapat split di frame pertama dan open frame di frame ke-2 telah memperbaiki balingan beliau yang seterusnya dengan spare dan strike. Usaha beliau hampir membuahkan hasil setelah Abg Azman yang sedikit tertekan dengan saingan yang di berikan kepada beliau telah menghasilkan open frame di frame ke-9. Abg Azman bernasib baik kerana berjaya menyudahkan game ke-2 ini dengan strike dan spare pada frame ke-10 sekaligus menewaskan Mohd Fazreen dengan kelebihan 1 mata sahaja. Abg Azman menang dengan 202-191 (217-216). RED SNAPPER sekali lagi mendominasi pin berpasukan di game ke-2 dengan kelebihan 62 pin setelah menjatuhkan sebanyak 555 (620 pin). Sehingga tamat game ke-2 IN THE ZONE ketinggalan dengan 7-1 dan RED SNAPPER mendahului dengan 197 pin keseluruhan.

          Di game ke-3 pemain IN THE ZONE terus mencuba melakukan yang terbaik untuk menyaingi pasukan RED SNAPPER. Alvin berjaya melakukannya dan menjatuhkan jumlah pin di atas average beliau namun kelemahan di dalam membuat spare terutamanya di frame ke-9 telah mengakibatkan kekalahan tipis beliau kepada Jefry dengan 168-170 (193-195). Adrian Adam pula terpaksa bergelut dengan kecederaan jari di game ke-3 ini. Walaupun cuba melupakan kesakitan beliau namun tidak termampu menanggungnya lalu tewas sekali lagi kepada Awg Kasti dengan keputusan 143-168 (168-193). Mohd Fazreen yang sebelum ini tewas tipis telah berusaha sekali lagi bagi mencapai permainan terbaik beliau berhadapan dengan pemain bertaraf “B” Abg Azman. Ternyata usaha Mohd Fazreen tidak sia-sia apabila berjaya menewaskan buat kali ke-2 terhadap Abg Azman dengan keputusan 164-159 (189-174). RED SNAPPER semakin hampir bergelar pemenang setelah mendapatkan mata ke-10 menerusi pin berpasukan game ke-3 dengan kelebihan hanya 12 pin setelah menjatuhkan sebanyak 497 (562 pin). Setelah tamat game ke-3 RED SNAPPER kini mendahului IN THE ZONE dengan 10-2.

          Berdepan kemungkinan kekalahan teruk bakal di terima, pemain IN THE ZONE Telah melipatgandakan usaha mengejar mata pemain RED SNAPPER. Walaupun Alvin Sijore sekali lagi bertindak cemerlang menjatuhkan pin di atas average beliau namun belum cukup untuk menjinakkan Jefry yang konsisten dengan semua balingan beliau. Alvin terpaksa akur tunduk sekali lagi dengan keputusan 164-174 (189-199). Alvin Sijore sekali lagi tunduk buat kali ke-5 setelah tewas di penjumlahan pin individu kepada Jefry dengan 619-706 (714-806).

          Walaupun sudah sah kini RED SNAPPER memenangi perlawanan dengan kemenangan ke-12 oleh Jefry namun pemain IN THE ZONE tidak mahu mengaku kalah. Hasilnya Adrian Adam akhirnya memecahkan kebuntuan kemenangan dengan mencatat kemenangan pertama beliau terhadap Awg Kasti dengan keputusan 171-154 (196-179). Adrian Adam hanya mampu membutirkan 1 mata buat IN THE ZONE setelah tumpas di penjumlahan pin individu dengan 592-719 (692-819) kepada Awg Kasti.

          Mohd Fazreen pula telah mempamerkan persembahan yang baik sepanjang perlawanan ini berlangsung dan berjaya mengalahkan Abg Azman buat kali ke-3 dengan kelebihan handicap setelah menjatuhkan sebanyak 164 (189 pin) berbanding lawan beliau yang menjatuhkan sebanyak 169 (184 pin). Mohd Fazreen telah di angkat sebagai pemenang sekali lagi setelah menewaskan Abg Azman di penjumlahan pin individu juga menerusi kelebihan handicap. Mohd Fazreen menang dengan 667-685 (767-745) bagi mata ke-4 buta dirinya dank e-5 untuk pasukan IN THE ZONE.

          IN THE ZONE memunggut mata ke-6 malam tadi menerusi jumlah pin berpasukan game ke-4 setelah menewaskan buat kali pertama RED SNAPPER di kategori ini dengan keputusan 499-497 (574-562). RED SNAPPER yang telah sah bergelar pemenang menang sekali lagi bagi jumlah pin keseluruhan dengan keputusan 2110-1873 (2370-2173). Setelah tamat perlawanan RED SNAPPER di julang sebagai pemenang dengan keputusan 14-6. “Walaupun tewas sikap dan kekuatan mental pemain IN THE ZONE wajar di puji. Alvin Sijore telah melakukan purata sebanyak 153.5 pin berbanding secara kebiasaan beliau hanya mendapat sebanyak 140 pin. Perlawanan seperti ini amat baik buat diri Alvin untuk menaikkan lagi average semasa beliau. Adrian Adam pula walaupun bergelut dengan kecederaan jari masih tekad untuk bermain tanpa mengalah sehinggakan berjaya mendapatkan satu mata di game terakhir. Mohd Fazreen pula boleh di anggap sebagai berjaya pada malam ini setelah menundukkan pemain berkaliber seperti Abg Azman. Ternyata beliau tidak lagi terlalu gugup apabila menentang pemain yang lebih baik daripadanya”, begitulah ulasan yang dapat di berikan oleh penganalisis sukan CROCS.

          IN THE ZONE akan berhadapan dengan EZONET pada 2 Ogos 2011 manakala RED SNAPPER pula akan menentang G6 TEAM kendalian Pn Rakiah Ali di hari dan waktu yang sama.

SCORE SHEET IN THE ZONE vs RED SNAPPER

STATISTIK PEMAIN IN THE ZONE MINGGU KE-12


STATISTIK KESELURUHAN PEMAIN IN THE ZONE SEHINGGA MINGGU KE-12


 
ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh P3m@in l3owling.

No comments:

Post a Comment