Thursday, 22 September 2011

2nd Novice Trios League Week#10

TEAM CROCS MENANG MUDAH

Kuching –  22 Ogos 2011

TEAM CROCS menang mudah ke atas pasukan BLIND SCORE TEAM dengan 20-0 dan mengumpul sebanyak 41.71 mata hasil daripada kemenangan terbabit.

Dengan gandingan seperti Adrian Adam, Marzuki dan Yusri telah berjaya mengelakkan daripada menjatuhkan sebanyak 100 pin ke bawah bagi mencipta kemenangan ini.

Adrian Adam menjatuhkan sebanyak 190 , 191 , 178 dan 192 pin bagi jatuhan keseluruhan sebanyak 751 pin.

Marzuki pula menjatuhkan sebanyak 158 , 192 , 179 dan 168 pin bagi jumlah keseluruhan sebanyak 697 pin.

Yusri Suhaimi pula membenam 166 , 188 , 187 dan 182 pin bagi mengumpul sebanyak 723 pin.


SCORE SHEET TEAM CROCS vs BLIND SCORE TEAM




Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.

IN THE ZONE MENERUSKAN TEKANAN KEPADA PENDAHULU LIGA

Kuching – 22 Ogos 2011

IN THE ZONE berjaya mencipta kemenangan apabila menentang Tall Building SXX petang semalam.

Menurunkan barisan pemain seperti Mohd Fazreen Fadzuan, Alvin Sijore dan Habeeb telah berjaya meneruskan tekanan kepada pendahulu liga setakat ini.

Mohd Fazreen yang turun selaku pemian pertama telah menghadiahkan 3 mata kepada IN THE ZONE. Tewas di game pertama dengan 141 – 210 di tangan Ronald , beliau telah bangkit di tiga game seterusnya dengan kemenangan apabila menjatuhkan sebanyak 165 , 176 dan 188 pin manakala lawannya pula menjatuhkan sebanyak 154 , 143 dan 181 pin. Walaupun telah mencapai tiga kemenangan namun Mohd Fazreen terpaksa akur kalah di penjumlahan pin individu dengan keputusan 670 – 688. Jurang mata yang jauh di game pertama menjadi punca kekalahan beliau di penjumlahan pin ini.

Alvin Sijore pula tidak menghampakan IN THE ZONE apabila menang 4-1 ke atas Faizul. Memenangi perlawanan di game yang pertama, kedua dan ketiga sebelum tewas di game terakhir namun kelebihan pin keseluruhan melayakkan beliau mendapat mata ke-4. Alvin menjatuhkan sebanyak 174 , 166 , 202 , 174 dan mengumpul sebanyak 716 pin manakala Faizul menjatuhkan sebanyak 145 , 148 , 170 , 182 dan mengumpul sebanyak 645 pin sahaja.

Habeeb mengikuti jejak langkah Alvin dan mengugurkan satu mata di game terakhir. Empat mata yang di perolehi oleh Habeeb terhasil dari game pertama, kedua, ketiga dan penjumlahan pin individu. Habeeb menjatuhkan sebanyak 157 , 166 , 164 , 167 dan mengumpul sebanyak 654 pin. Sementara lawan beliau Ramadhan pula menjatuhkan sebanyak 151 , 163 , 143 , 188 dan mengumpul sebanyak 645 pin.

IN THE ZONE berjaya mendapat 3 mata daripada jatuhan pin berpasukan di game kedua, ketiga dan jumlah pin keseluruhan manakala Tall Building SXX berjaya mencuri dua mata hasil jumlah pin berpasukan di game pertama dan ke-4.

Alvin Sijore telah di pilih sebagai pemain terbaik petang semalam dan di harap mampu meneruskan aksi seperti ini di masa-masa akan datang.


SCORE SHEET IN THE ZONE vs TALL BUILDING SXXX



Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.

No comments:

Post a Comment