TEAM CROCS BENAM CABARAN EZONET
Kuching – 19 September 2011
TEAM CROCS yang tewas mengejut pada minggu lalu ketika melayan pasukan SPAM telah bangkit untuk mengecapi kemenangan bagi mengelakkan diri dari berada di kelompok bawahan liga. Kemenangan yang di capai menerusi gandingan Adrian Adam, Zaidin Dasukin dan Yusri Suhaimi itu telah menyaksikan kembali kelibat Yusri Suhaimi yang sebelum ini di landa kecederaan siku. EZONET yang menurunkan gandingan Siti Aishah, Dysya Hamdan dan Siti Hajar berjaya memperolehi 7 mata manakala TEAM CROCS mengumpul sebanyak 13 mata.
Adrian Adam yang di pilih oleh Arena Sukan CROCS bagi perlawanan ini telah mempamerkan permainan yang memukau apabila menang mudah ke atas Siti Aishah dengan mata penuh. Adrian Adam menewaskan Siti Aishah dengan keputusan 196-146 , 221-146 , 170-112 , 177-155 dan 764-559. Sepanjang perlawanan malam tadi Adrian Adam telah berjaya mengumpul sebanyak 684 pin bagi memperolehi purata jatuhan pin sebanyak 171 pin.
Zaidin Dasukin pula tidak mampu mendapatkan sebarang mata buat TEAM CROCS apabila di tumbangkan oleh Dysya Hamdan. Dysya Hamdan yang memperolehi purata sebanyak 151 pin sepanjang malam tadi sememangnya hebat ketika mendominasi perlawanan. Dysya Hamdan menang dengan keputusan 191-159 , 141-137 , 191-176 , 181-140 dan 704-612.
Yusri Suhaimi yang di sahkan boleh beraksi oleh pakar perubatan sakit tekak awal pagi semalam telah menerima cabaran yang amat hebat daripada lawannya Siti Hajar malam tadi. Di dalam keadaan yang masih berhati-hati akibat kecederaan yang di alami telah membuat permainan beliau tidak seperti yang di harapkan. Yusri tewas di game yang pertama dengan 167-179 sebelum berjaya membenam sebanyak 200 pin untuk muncul sebagai pemenang di game kedua. Namun kealpaan Yusri di frame yang terakhir sewaktu game yang ketiga membawa padah apabila bola balingannya memasuki longkang pada balingan bonus yang mengakibatkan kekalahan ke-2 beliau dengan keputusan 178-183. Akhirnya Yusri memperbaiki mutu balingannya selepas itu dan memenangi dua mata terakhir dengan keputusan 175-151 dan 720-646.
TEAM CROCS juga unggul apabila berjaya memenangi kesemua mata bagi kategori jatuhan pin berpasukan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2096 pin meninggalkan EZONET yang hanya memperolehi sebanyak 1996 pin.
SCORE SHEET TEAM CROCS vs EZONET
IN THE ZONE KEMBALI MENUJU MATLAMAT
Kuching – 18 September 2011
IN THE ZONE yang tewas kepada EX6 minggu lalu kembali menceriakan kem penyokong IN THE ZONE setelah berjaya menumbangkan cabaran pasukan TITAN malam tadi dengan keputusan 15-5.
IN THE ZONE yang menurunkan gandingan Noraishah , Habeeb dan Mohd Fazreen Fadzuan telah menunjukkan peningkatan yang amat baik tepat pada masanya untuk menumbangkan cabaran pemain dari TITAN seperti Firman Jamil , Faidilazhar Sedek dan Sahari Bujang.
Noraishah yang di turunkan semula setelah berhari raya agak lewat untuk panas. Permainan beliau yang agak merosot untuk dua game awal telah di tebus dengan agak baik pada dua game berikutnya. Tewas di dua game pertama kepada Firman Jamil dengan keputusan 153-196 dan 137-168 tidak mematahkan semangat waja di dalam diri Noraishah apabila bangkit dengan cemerlang di dua game berikutnya untuk kemenangan dengan keputusan 178-172 dan 207-142. Nasib tidak menyebelahi Noraishah apabila terpaksa akur tewas tipis sebanyak 3 pin pada jumlah keseluruhan di antara kedua-dua pemain ini dengan keputusan muktamad 675-678.
Habeeb yang di pilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan kedua-dua pasukan malam tadi oleh Arena Sukan CROCS telah mempamerkan permainan yang cemerlang apabila menewaskan Faidilazhar Sedek dengan keputusan 5-0. Bermula dengan agak hambar namun masih memperolehi kemenangan dengan 166-155, permainan lantas berubah di game yang kedua apabila kedua-dua pemain saling kejar mengejar mata di antara satu sama lain. Namun nasib memihak kepada Habeeb yang menewaskan Faidilazhar dengan 201-192. Di dua game yang seterusnya cabaran yang makin pudar di berikan oleh Faidilazhar telah memudahkan dari segi mental Habeeb dan meneruskan aksi menarik apabila menang dengan keputusan 200-154 , 203-158 dan 770-659. Dengan keputusan ini Habeeb muncul pemenang mutlak dan memperolehi purata sebanyak 172 pin bagi permainan beliau pada malam ini.
Mohd Fazreen yang sekali lagi di turunkan sebagai ANCHOR pasukan IN THE ZONE telah mengalas tanggungjawab dengan baik dan berjaya menewaskan cabaran Sahari Bujang dengan keputusan 4-1. Memulakan perlawanan dengan kemenangan 189-133 sebelum tumpas di game yang kedua dengan 169-202 telah mengubah penampilan diri Mohd Fazreen sama sekali di game yang ketiga. Di game yang ketiga Mohd Fazreen yang di heret oleh Sahari Bujang sepanjang perlawanan telah membenamkan tiga strike di frame terakhir untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 235-201. Mohd Fazreen sekali lagi memfokuskan dirinya untuk memenangi perlawanan di game terakhir dengan 177-167 dan akhirnya berjaya menundukkan Sahari Bujang dengan 770-703 di penjumlahan pin individu.
Daripada 5 mata di penjumlahan pin berpasukan TITAN hanya berjaya mencuri satu mata daripada game yang kedua selebihnya milik pasukan IN THE ZONE.
Dengan kemenangan ini IN THE ZONE masih mengekalkan kedudukan tangga ke-5 liga yang berbaki 4 perlawanan lagi. Tugas sukar menanti pasukan IN THE ZONE selepas ini apabila di jadualkan menentang pasukan TRANSFORMERS pada 25 September 2011 jam 8 malam di Crystal Bowl, BDC Kuching Sarawak.
Pengurus pasukan IN THE ZONE (Sufian Othman) ternyata berpuas hati dengan kemenangan yang di capai namun masih belum menepati misi yang di sasarkan. “Saya berharap dan berdoa agar tuah dan kemenangan berpihak kepada IN THE ZONE ketika menentang TRANSFORMERS nanti. Hanya kemenangan dapat memastikan salah satu misi pasukan dkan mampu di capai”.
SCORE SHEET IN THE ZONE vs TITAN
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.




No comments:
Post a Comment