Thursday, 22 September 2011

Liga Autoside Minggu Ke-15: TEAM CROCS vs SARAMART BOWLERS & IN THE ZONE vs TALL BUILDING

AKSI TEAM CROCS TIDAK MENGECEWAKAN


Kuching – 15 Ogos 2011

TEAM CROCS yang melalui detik-detik pahit kebelakangan ini akhirnya berjaya menamatkan badi kekalahan tiga kali berturut-turut dengan menumbangkan pasukan SARAMART BOWLERS dengan keputusan 13.5 berbalas 6.5.

TEAM CROCS yang kembali menyenaraikan Fairoul Ashmey yang baru pulih daripada kecederaan berganding bersama Zaidin Dasukin dan Habeeb Muhd Hamid ternyata berhak menerima pujian hasil kemenangan ini. SARAMART BOWLERS pula membariskan pemain seperti Solomon Aaron, Andrew dan Philip Gawing tidak mampu menambahkan luka di dalam pasukan TEAM CROCS.

Di game yang pertama Fairoul Ashmey yang baru kembali bermain telah cuba mendapatkan kembali rentak permainan beliau yang terdahulu. Beliau ternyata masih di dalam proses mendapatkan kembali rentak dan hanya berjaya menjatuhkan sebanyak 144 pin. Namun begitu beliau bernasib baik kerana Solomon Aaron juga mendapat jatuhan pin yang sama untuk keputusan seri. Zaidin pula bertindak ganas sejurus perlawanan berlangsung. Beliau tidak memberikan ruang bagi Andrew untuk menewaskan beliau. Zaidin menang dengan keputusan 212 – 180. Habeeb juga tidak mengecewakan setelah mudah menewaskan Philip Gawing dengan keputusan 203 – 142. TEAM CROCS juga menang setelah jumlah pin berpasukan memihak kepada TEAM CROCS dengan keputusan 559 – 466.

Di game yang kedua Fairoul Ashmey telah memperbaiki teknik balingan beliau dan kali ini berjaya menang dengan 193 – 160. Zaidin pula meneruskan keganasan beliau dengan mempamerkan aksi yang menghiburkan. Walaupun di tentang hebat oleh Andrew namun Zaidin masih mampu melakarkan kemenangan dengan 243 – 209. Habeeb yang sedikit merosot persembahan beliau di game kali ini bernasib baik kerana memiliki kelebihan handicap yang membolehkan beliau mencatat kemenangan seterusnya terhadap Philip Gawing dengan keputusan 166 – 162. TEAM CROCS terus memenangi jumlah pin berpasukan game kedua dengan 602 – 531.

Game yang ketiga kemenangan masih berpihak kepada Fairoul Ashmey walaupun tidak bermain seperti di game sebelumnya. Fairoul menang tipis 158 – 155. Keganasan yang di tunjukkan oleh Zaidin sebelum ini tidak dapat di teruskan akibat tekanan yang di berikan oleh Andrew. Zaidin tewas 151 – 202. Habeeb juga mengikuti jejak langkah Zaidin apabila tumbang di tangan Philip Gawing dengan keputusan 175 – 182. SARAMART kembali menghidupkan sisa perjuangan dengan kemenangan pin berpasukan.

SARAMART yang memerlukan mata penuh di game terakhir ini untuk mencipta kemenangan ternyata gagal kerana Fairoul Ashmey dan Habeeb telah berjaya meningkatkan persembahan masing-masing. Fairoul menang dengan 196 – 191 manakala Habeeb menewaskan lawannya dengan 187 – 174. Zaidin pula terpaksa mengigit bibir kerana sekali lagi tumpas di tangan Andrew dengan 193 – 174. Keputusan di game terakhir terikat 2-2 setelah SARAMART berjaya menewaskan TEAM CROCS dengan 558 – 557 bagi jumlah pin berpasukan.

Secara keseluruhan Fairoul Ashmey menang sebanyak 4.5 berbalas 0.5 terhadap Solomon Aaron setelah mengumpul sebanyak 691 pin. Walaupun Zaidin pada mulanya kelihatan agak hebat namun terpaksa akur tumbang di tangan Andrew dengan 2 – 3 setelah tewas bagi pin keseluruhan dengan tipis 784 – 780. Habeeb pula berjaya menumbangkan Philip Gawing dengan 4 – 1 setelah menewaskan lawannya di penjumlahan pin individu dengan 731 – 660. TEAM CROCS berjaya mendapat mata terakhir setelah menjatuhkan sebanyak 2202 pin berbanding SARAMART yang hanya menjatuhkan sebanyak 2094 pin.

Pemain terbaik perlawanan di serahkan kepada Andrew dari SARAMART kerana berjaya mengumpul jatuhan pin tertinggi di kalangan pemain bertanding.


SCORE SHEET TEAM CROCS vs SARAMART BOWLERS







ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh P3m@n l3owling.





IN THE ZONE TERSUNGKUR DI GARIS PENAMAT
Abu Seman berjaya membantu Tall Building bangkit di saat-saat akhir

Kuching – 20 Ogos 2011
                             
TALL BUILDING yang menduduki tangga kedua liga Autoside di belakang pasukan 90’s di lihat sebagai calon pemenang sebelum perlawanan menentang IN THE ZONE malam tadi di Crystal Bowl, BDC Kuching Sarawak telah terpaksa berhempas pulas di saat-saat akhir perlawanan untuk pulang dengan kemenangan. IN THE ZONE yang menghuni tangga ke-11 liga daripada 20 buah pasukan pula di anggap sebagai pasukan UNDERDOG telah bermula dengan baik namun kemerosotan prestasi pemain telah menganugerahkan kemenangan bermakna kepada Tall Building.

Di game yang pertama, Marzuki (IN THE ZONE) yang tidak berpeluang membuat balingan percubaan kerana lewat telah mencuba sedaya upaya menyaingi pesaing beliau dari TALL BUILDING iaitu Richard Lon. Richard Lon memulakan perlawanan dengan baik dan mendahului Marzuki sehingga frame ke-5 sebelum dipintas oleh Marzuki setelah Richard Lon mendapat dua split berturut-turut di frame yang ke-6 & 7. Namun begitu Richard Lon sekali lagi mendahului lawannya itu di frame yang ke-9 dengan kelebihan spare. Satu kesilapan daripada Richard Lon di frame yang ke-10 membawa padah apabila gagal menjatuhkan spare. Peluang yang terbuka ini di ambil sepenuhnya oleh Marzuki yang berjaya membenam 2 strike dan di akhiri dengan 8 pin di frame ke-10 ini. Dengan ini Marzuki telah berjaya menewaskan Richard Lon dengan keputusan 186-161.

Sufian Othman yang bertukar posisi dengan Ahmad Fikri telah mempamerkan permainan yang baik. Bermula dengan dua spare dan tiga strike berturut-turut sedikit sebanyak telah menganggu emosi Hipni Morni yang mendapat dua split berturut-turut sebelum berjaya mengelakkan open frame sehingga ke penghujung perlawanan. Sufian Othman hampir mencetuskan kebimbangan selepas balingan pertama di frame yang ke-8 memasuki longkang akibat terganggu dengan corak permainan peserta di lane yang bersebelahan. Namun Sufian Othman berjaya menutup kesilapan itu itu dengan membenam spare dan berjaya menyudahkan game pertama dengan “Clean Game”. Sufian Othman menewaskan Hipni Morni dengan 242-197.

Ahmad Fikri yang di turunkan selaku “ANCHOR” berhadapan dengan tugas yang sukar menentang pemain berpengalaman dari TALL BUILDING iaitu Fairul Adenan. Ahmad Fikri bermula dengan baik namun balingan beliau sering tidak memasuki poket yang diinginkan. Namun begitu beliau sering mendahului Fairul Adenan sejak di frame yang ke-2 telah hilang kelebihan setelah mendapat dua open frame di frame yang ke-8 & 9. Fairul Adenan cuba mengasak mentaliti Ahmad Fikri dengan menyudahkan game pertama dengan 3 strike berturut-turut di frame yang terakhir untuk memunggut sebanyak 177 jatuhan pin. Ahmad Fikri yang perlu menumbangkan Strike di frame yang terakhir berjaya melakukannya dan akhirnya berjaya memenangi game pertama dengan keputusan 179-177. IN THE ZONE juga melengkapkan kegilangan game pertama setelah muncul pemenang penjumlahan pin berpasukan dengan 607-535. IN THE ZONE mendahului TALL BUILDING dengan 4-0.

Memasuki game kedua pemain TALL BUILDING seakan telah melihat bayangan kekalahan jika tidak meningkatkan permainan masing-masing. Hasilnya kesemua pemain TALL BUILDING telah berjaya mempertingkatkan mutu permainan mereka dan ianya mendatangkan hasil yang lumayan. Bermula dengan Richard Lon yang konsisten sehingga frame yang ke-7 kerana mendapat 2 open frame di frame ke-8 & 9 sebelum menyudahkannya dengan satu spare dan strike. Lawan beliau Marzuki pula agak tumpul di game ke-2 setelah sering gagal mendapatkan balingan pertama yang memasuki poket. Akhirnya Richard Lon berjaya menebus kekalahan di game pertama tadi dengan kemenangan pertama keatas Marzuki dengan keputusan 185-174. Marzuki masih berkelebihan 14 pin terhadap Richard Lon di jumlah pin keseluruhan individu.

Agak malang sedikit dengan apa yang menimpa Hipni Morni di game kedua ini. Setelah menjatuhkan strike di frame yang pertama, beliau di kehutkan dengan dua split berturut-turut sebelum menyudahkan balingan yang lain dengan satu strike dan enam spare untuk mengumpul sebanyak 177 jatuhan pin. Lawan beliau Sufian Othman sekali lagi hampir melakukan “Clean Game” namun split di frame yang ke-9 telah menghampakan beliau. Menyudahkan perlawanan game ke-2 ini dengan stike dan spare dan memunggut sebanyak 207 jatuhan pin telah sekali lagi berjaya menewaskan Hipni Morni dengan kelebihan 30 pin. Sufian Othman juga sedang mendahului pin keseluruhan individu bagi kedua-dua pemain dengan kelebihan sebanyak 75 pin.

Fairul Adenan juga telah bermain dengan baik sama seperti rakan sepasukan yang lain dan hanya melepaskan 2 open frame sepanjang game yang ke-2 ini. Lawan beliau Ahmad Fikri pula seperti kehilangan arah setelah mendapati balingan beliau sering tersasar jauh dari target. Semua percubaan untuk memperbaiki balingan di game ini terus menghukum beliau dengan open frame. Fairul Adenan menang mudah dengan keputusan 195-154. Fairul Adenan berjaya menghapuskan kelebihan yang di miliki oleh Ahmad Fikri di game pertama dan mendahului dengan 39 pin. TALL BUILDING mendapatkan mata ke-3 apabila menang pada jumlah pin berpasukan game ke-2 dengan 557-535. Namun begitu TALL BUILDING masih ketinggalan dengan jumlah 50 pin bagi penjumlahan keseluruhan pin berpasukan. Kedudukan terkini IN THE ZONE masih mendahului TALL BUILDING dengan 5-3.

Kedua-dua pasukan berentap hebat di game yang ketiga ini. Masing-masing cuba untuk mencipta jurang yang ada namun kedua-dua pasukan terpaksa berpuashati dengan ketusan seri 2-2 dan menjadikan kedudukan setelah tamat game ketiga IN THE ZONE mendahului dengan 7-5. IN THE ZONE memperolehi dua mata menerusi Marzuki yang menewaskan Richard Lon sekali lagi dengan kelebihan handicap setelah mencipta sebanyak 184 pin berbanding Richard Lon yang mendapat 181 pin. Kehadiran split di frame terakhir oleh Richard Lon telah mengakibatkan kekalahan beliau terhadap Marzuki. Marzuki masih mendahului pin keseluruhan individu dengan 17 pin sahaja. Mata kedua IN THE ZONE di sumbangkan oleh Sufian Othman sekali lagi menewaskan Hipni Morni dengan 213-192. Sufian Othman juga terus menjarakkan pin keseluruhan individu dengan 96 pin. Sementara mata pertama TALL BUILDING telah di hasilkan oleh Fairul Adenan yang cemerlang di game ke-3 dengan mudah menewaskan Ahmad Fikri dengan keputusan 226-182. Fairul Adenan turut menjarakkan punggutan pin individu dengan kelebihan kini sebanyak 83 pin. Mata terakhir game kali ini di perolehi oleh TALL BUILDING di penjumlahan pin berpasukan dengan keputusan 599-579. TALL BUILDING kini berjaya mengurangkan defisit kelebihan pin oleh IN THE ZONE kepada 30 pin sahaja.

SCORE SHEET IN THE ZONE vs TALL BUILDING





No comments:

Post a Comment