TEAM CROCS KALAH MENGEJUT
Kuching – 12 Sept 2011
TEAM CROCS yang turun menentang pasukan SPAM malam semalam gagal menepati status mereka sebagai pasukan pilihan apabila dikejutkan dengan kekalahan walaupun di permulaan dua game TEAM CROCS tampil dengan garang. SPAM yang turun tanpa sebarang tekanan walaupun ketinggalan 2-6 ketika berakhirnya game yang ke-2 telah berjaya mengubah skrip perlawanan apabila berjaya mengatasi TEAM CROCS pada baki dua game malam semalam.
Kemenangan SPAM banyak di bantu oleh kemerosotan prestasi dua pemain TEAM CROCS iaitu Zaidin Dasukin dan Marzuki pada dua game terakhir.
Zaidin yang masih belum berada di puncak prestasi beliau telah hanya berjaya membutirkan satu mata buat TEAM CROCS apabila memenangi perlawanan di game yang ke-2. Lawan beliau Dayang Maslia berjaya memenangi 4 mata ke atas Zaidin walaupun tidak bermain dengan mata yang tinggi. Lebih mengecewakan lagi Zaidin hanya mampu melakarkan sebanyak 82 pin (tidak termasuk handicap) pada game yang terakhir.
Adrian Adam menepati statusnya sebagai pemain yang mampu membuat jatuhan pin yang tinggi apabila mudah menumbangkan Awangku S dari pasukan SPAM dengan kemenangan 4-1. Adrian Adam hampir memenangi semua mata namun di game yang terakhir beliau gagal membuat spare mudah di frame yang ke-9 telah mengakibatkan kekalahan hanya dengan perbezaan 2 pin. Adrian Adam telah mengumpul sebanyak 663 pin (tidak termasuk handicap) sepanjang perlawanan untuk memperolehi average sebanyak 166 pin.
Marzuki yang di harap mampu menyelamatkan TEAM CROCS daripada menanggung kekalahan ternyata masih di dalam mood berhari raya. Walaupun melakarkan kemenangan di game yang pertama namun di game yang seterusnya beliau gagal bermain dengan baik dan tumpas dengan keputusan 1 – 4. Lawan beliau Suit Boji pula telah berjaya membenam sebanyak 594 pin (tidak termasuk handicap) untuk purata sebanyak 149 pin untuk memperolehi 4 mata berharga SPAM.
Jumlah jatuhan pin berpasukan juga berpihak kepada SPAM setelah menang 3-1 hasil kemenangan di game yang ketiga, empat dan keseluruhan.
Dengan ini termaktublah keputusan rasmi di mana SPAM membuat kejutan dengan menumpaskan TEAM CROCS dengan 12 – 8.
Kesemua pemain SPAM telah di berikan penghormatan sebagai pemain terbaik setelah berjaya berganding bahu menundukkan pasukan hebat seperti TEAM CROCS.
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.
IN THE ZONE GAGAL DI DALAM MISI PENTING
Kuching – 12 September 2011
IN THE ZONE yang berpeluang cerah berada di kelompok calon juara telah gagal di dalam misi terpenting malam semalam. Walaupun menentang pendahulu liga EX6 pada hakikatnya jika pemain IN THE ZONE benar-benar berada di dalam permainan tersendiri kemenangan memang mampu di capai.
IN THE ZONE menurunkan barisan terbaik mereka malam semalam dengan gandingan Mohd Fazreen Fadzuan , Fairoul Ashmey dan Habeeb tidak berjaya mempamerkan persembahan yang di harap-harapkan. EX6 juga menurunkan di antara barisan terkuat mereka dengan Sazali, Saiful Bahari dan Taufiq menjalankan tugas dengan baik.
Sazali yang mempunyai average sebanyak 154 pin menentang Habeeb yang juga mempunyai average yang sama telah bertindak bijak mengawal segala pergerakan di dalam mengekalkan jumlah jatuhan pin. Habeeb walaupun bermain dengan baik namun tidak berupaya melakukan yang lebih baik. Akhirnya Sazali telah berjaya menumbangkan Habeeb dengan 3-2 hasil kemenangan di game yang pertama, ketiga dan keempat manakala Habeeb mencuri dua mata hasil kemenangan di game yang kedua dan keseluruhan. Habeeb yang memenangi perlawanan di game yang ke-2 dengan 257 – 209 (termasuk handicap) telah berjaya mengumpul sebanyak 806 pin berbanding Sazali yang hanya menjatuhkan sebanyak 786 pin.
Fairoul Ashmey yang baru sembuh dari kecederaan lutut telah berjaya menghadiahkan kemenangan kepada IN THE ZONE setelah menumpaskan Saiful Bahari dengan 3 – 2. Tewas di dua game yang pertama, Fairoul Ashmey telah bangkit dan memenangi perlawanan di game yang ketiga, keempat dan keseluruhan.
Mohd Fazreen yang di letakkan sebagai tunggak pasukan ternyata gagal bertindak selaku pemain tunggak. Beliau yang di berikan kepercayaan oleh pihak pengurusan IN THE ZONE tidak berjaya melaksanakan tugas seperti yang di harapkan. Mohd Fazreen tewas 1 – 4 kepada Taufiq yang tidak bermain dengan begitu baik setelah mencatatkan purata sebanyak 152 pin sepanjang malam semalam. Mohd Fazreen mendapat mata menerusi kemenangan di game yang pertama namun di game-game seterusnya beliau tidak berjaya menjatuhkan pin mengikut average semasa beliau.
EX6 memenangi mata sebanyak 3.5 hasil jumlah jatuhan pin berpasukan. IN THE ZONE hanya mampu mendapat 1.5 daripada itu.
Pengurus IN THE ZONE berkata “Secara logiknya berdasarkan keputusan yang di perolehi malam semalam sebenarnya IN THE ZONE mampu menumbangkan EX6 namun terdapat beberapa kelemahan dan kesilapan teknikal yang telah mengakibatkan kekalahan tersebut”. Kesilapan meletakkan posisi pemain oleh pihak pengurusan, kelemahan mental pemain serta kegagalan membuat spare di kenalpasti sebagai punca kekalahan yang seterusnya mengurangkan peluang IN THE ZONE untuk bersaing dengan lebih hebat bagi menjuarai pertandingan kali ini. “Saya amat bangga dengan setiap pemain IN THE ZONE yang saya percaya sudah mencuba yang terbaik walaupun mampu melakukan yang lebih baik lagi”, tambah beliau.
EX6 di umukan sebagai pemenang dengan keputusan rasmi 12.5 – 7.5. Habeeb dari IN THE ZONE telah di pilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan malam tadi.
SCORE SHEET IN THE ZONE vs EX6
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN l3oWLiNG.




No comments:
Post a Comment