Sunday, 25 September 2011

Liga Autoside Minggu Ke-18: TEAM CROCS vs GEFORCE dan IN THE ZONE vs STRIKER X

IN THE ZONE MENYERLAH
Menundukkan STRIKER X
Kuching – 20 September 2011

Perlawanan minggu ke-18 telah berlangsung dengan jayanya di Crystal Bowl, BDC Kuching Sarawak. Pertemuan IN THE ZONE menentang STRIKER X adalah sebahagian perlawanan yang di adakan semalam.

IN THE ZONE yang menurunkan pemain yang semakin meningkat naik seperti Mohd Fazreen Fadzuan aka Boi, Marzuki aka Sapa Ghenzou dan Alvin Sijore menentang pemain STRIKER X seperti Rahimi, Mathan Andrew dan Shaiffudin.

IN THE ZONE tidak menunggu lama untuk menyerlah apabila mendominasi game yang pertama dengan kemenangan bergaya 4-0. Mata-mata IN THE ZONE di sumbangkan oleh Mohd Fazreen yang menggunakan bola BRUNSWICK SIEGE menundukkan tentangan sengit dari Rahimi dengan 210-193. Mata kedua di hasilkan oleh Marzuki yang bermain dengan baik menghapuskan cabaran yang di berikan oleh Mathan Andrew dengan keputusan 207-152. Mata ketiga IN THE ZONE di perolehi hasil kemenangan bersahaja oleh Alvin yang menewaskan Shaiffudin dengan 180-158. Mata keempat di dapati hasil kemenangan jumlah pin berpasukan di game pertama dengan 597-503.

Barisan pemain IN THE ZONE terus bermain dengan cemerlang namun berita sedih di wartakan setelah cabaran Mohd Fazreen berakhir di frame kesepuluh dengan open frame walaupun memiliki kelebihan sesudah menjahanamkan frame ke-7, 8 dan 9 dengan strike. Akhirnya Mohd Fazreen akur tewas di tangan Rahimi dengan 220-236. Marzuki menceriakan kembali suasana di kem IN THE ZONE setelah mengenepikan cabaran Mathan dengan kemenangan 225-177. Alvin pula tidak menghadapi masalah menewaskan Shaiffudin dengan 195-138. Jumlah pin berpasukan juga berpihak kepada IN THE ZONE dengan keputusan 640-541. Sesudah tamat game ke-2, IN THE ZONE mendahului STRIKER X dengan 7-1.

Di game yang ketiga, Mohd Fazreen kembali bertenaga dan berjaya menewaskan Rahimi dengan 193-185. Marzuki pula tidak bernasib baik setelah mendapat Split di frame yang terakhir. Ini membolehkan Mathan mengejar dan menghukum Marzuki dengan kemenangan pertama beliau yang berkesudahan 196-178. Alvin tidak menghadapi masalah setelah permainan Shaiffudin agak hambar. Alvin menang dengan keputusan 185-158. IN THE ZONE mengutip mata sekali lagi menerusi jumlah pin berpasukan setelah menewaskan STRIKER X dengan 556-539. Kini IN THE ZONE mendahului STRIKER X dengan 10-2.

Di game yang terakhir Mohd Fazreen telah mengalami sedikit kesakitan pada tulang bahu beliau yang teralih semasa melakukan balingan. Beliau terpaksa meneruskan permainan dengan hati-hati agar kesakitan itu tidak bertambah parah. Akibatnya Mohd Fazreen hanya mampu mengigit kuku setelah tumbang di game terakhir dengan keputusan 155-175. Mohd Fazreen juga tunduk di penjumlahan pin individu dengan 778-789. Secara keseluruhannya Mohd Fazreen tumpas di tangan Rahimi dengan 3-2 dan STRIKER X berjaya merapatkan jurang kepada 4-10.

Marzuki ternyata tidak menghampakan harapan penyokong IN THE ZONE malam semalam apabila berjaya mengesahkan kemenangan IN THE ZONE dengan dua lagi mata hasil kemenangan cemerlang ke atas Mathan Andrew dengan keputusan 212-141 dan 822-666 secara keseluruhan. Dengan kemenangan Marzuki telah membawa IN THE ZONE sah sebagai pemenang dengan kedudukan terkini IN THE ZONE mendahului STRIKER X dengan 12-4.

Alvin juga berjaya mengalas tugas selaku pemain terakhir pasukan apabila memperolehi kemenangan 100% terhadap Shaiffudin dengan kemenangan game terakhir 181-139 dan kemenangan jatuhan pin individu keseluruhan dengan 741-593. Kemenangan 100% Alvin juga telah banyak membantu IN THE ZONE untuk mencapai kemenangan 100% di dalam kategori jumlah jatuhan pin berpasukan dengan keputusan yang amat membanggakan setelah menjatuhkan sebanyak 2341 pin sepanjang perlawanan malam tadi.

Keputusan akhir IN THE ZONE menjinakkan STRIKER X dengan 16-4. Marzuki dan Alvin Sijore telah di pilih sebagai pemain terbaik malam tadi berdasarkan kepada jumlha jatuhan pin dan kesungguhan memenangi permainan mereka.

IN THE ZONE akan menentang UNIMAS pada minggu hadapan yang merupakan perlawanan terakhir sebelum di adakan perlawanan “Positioning Round” pada minggu yang berikutnya.
SCORE SHEET IN THE ZONE vs STRIKER X




ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh P3m@in l3owling.

TEAM CROCS TENGGELAM


Kuching – 20 September 2011

Perlawanan yang di jangka sengit di antara TEAM CROCS dan GEFORCE tidak menjadi kenyataan apabila GEFORCE menamatkan cabaran TEAM CROCS dengan kemenangan 12-8 malam semalam.

TEAM CROCS yang turun dengan gandingan Fairoul Ashmey, Zaidin Dasukin serta Mohd Azad kelihatan bersemangat membawa cabaran menentang pemain yang lebih unggul dari GEFORCE yang terdiri daripada jurugambar terkemuka Jason Ling, jurulatih pasukan pelapis Sarawak Myron Kho dan pemain muda yang sedang meningkat naik Jeff Jerry Hii.

Fairoul Ashmey yang di turunkan selaku pemain pertama telah membuktikan kehebatan beliau apabila berjaya melakukan kejutan menewaskan Jason Ling dengan 4-1 hasil kemenangan 190-176 (Game Pertama), 211-175 (Game Kedua), 210-185 (Game Ketiga) dan 807-763 (Keseluruhan). Jason Ling hanya mampu mencuri satu mata hasil kemenangan di game yang ketiga dengan 227-196. Fairoul Ashmey berjaya mengumpul purata sebanyak 176 pin sepanjang malam ini berbanding 154 pin yang di milikinya sepanjang musim ini.

Kehebatan Fairoul Ashmey tidak berjaya di teruskan oleh pemain kedua TEAM CROCS Zaidin Dasukin apabila tumpas 1-4 kepada Myron Kho. Permainan Zaidin yang agak tidak menentu kebelakangan ini terus menghantui beliau walaupun pada satu ketika di lihat mampu bersaing dengan jurulatih pasukan pelapis Sarawak itu. Zaidin hanya mampu mendapat satu mata hasil kemenangan beliau di game yang ketiga dengan 163-152. Beliau tunduk di game pertama dengan 111-201. game yang kedua dengan 170-187, game yang keempat dengan 203-224 dan jumlah keseluruhan dengan 647-764.

Terikat dengan 4-4, kini semua tumpuan di berikan kepada Mohd Azad (TEAM CROCS) dan Jeff Jerry Hii (GEFORCE). Walaupun pada satu ketika TEAM CROCS di lihat mampu memenangi perlawanan setelah Mohd Azad memenangi dua game awal dengan keputusan 176-169 dan 207-155, namun persembahan yang baik tidak dapat di teruskan setelah Jeff Jerry Hii telah mula panas dan mempertingkatkan persembahan beliau. Tidak tahan dengan tekanan yang di berikan Mohd Azad tumbang pada baki 3 mata yang terakhir dengan keputusan 125-203 , 135-177 dan 643-704.

TEAM CROCS menamatkan perlawanan dengan satu kemenangan daripada jumlha pin berpasukan di game yang ke-2. Fairoul Ashmey telah di nobatkan selaku pemain terbaik perlawanan setelah memunggut jumlah jatuhan pin tertinggi di kalangan enam pemain ini.

Keputusan muktamad GEFORCE menumbangkan TEAM CROCS dengan 12-8.

SCORE SHEET TEAM CROCS vs GEFORCE





ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh P3m@in l3owling.

No comments:

Post a Comment