Thursday, 22 September 2011

Liga Autoside Minggu Ke-16: TEAM CROCS vs TIDAL BORE & IN THE ZONE vs MIXED TEAM

TIDAL BORE HANYUT DI HEMPAS TEAM CROCS


Kuching – 24 Ogos 2011

Hasrat TEAM CROCS untuk mencari mata kemenangan setelah memenangi perlawanan minggu lalu berhasil apabila berjaya membenam cabaran yang di bawa pemain-pemain TIDAL BORE malam semalam.

TEAM CROCS yang menurunkan Noraishah, Zaidin Dasukin dan Habeeb bagi menentang gadingan Mohd Yusup, Faizul dan Syed Sarbani yang mewakili pasukan TIDAL BORE telah mempamerkan aksi yang baik bagi mengecapi kemenangan ini.

Noraishah yang di turunkan selaku pemain pertama telah berjaya menghasilkan empat mata buat pasukan TEAM CROCS. Walaubagaimanapun Noraishah yang menerima tekanan daripada Mohd Yusup di game pertama telah mengugurkan satu mata kepada pihak lawan setelah tumpas dengan keputusan 158 – 180. Namun kekalahan tersebut tidak sedikitpun menjejaskan penumpuan beliau di game yang kedua. Noraishah telah mempamerkan persembahan yang terbaik di game kedua setelah menewaskan Mohd Yusup dengan 229 – 204 walaupun tekanan yang di berikan pihak lawan amat hebat. Noraishah terus memunggut baki mata apabila menewaskan lawannya dengan 178 – 162 dan 183 – 156 seterusnya mendapat mata ke-4 setelah menjatuhkan sebanyak 748 pin secara keseluruhan berbanding Mohd Yusup yang menjatuhkan sebanyak 692 pin.

Pemain kedua TEAM CROCS Zaidin Dasukin bermula dengan cemerlang apabila berjaya menundukkan Faizul dengan 160 – 154. Namun begitu permainan tidak konsisten Zaidin kembali menghantui dirinya apabila tewas baki 4 mata yang ada di tangan Faizul. Faizul menang setelah mencatatkan keputusan 178 , 188 dan 194 bagi mengumpul sebanyak 714 pin untuk mencapai 4 mata terbabit. Zaidin pula hanya menjatuhkan sebanyak 150 , 168 dan 156 untuk jumlah jatuhan pin keseluruhan beliau sebanyak 634 pin sahaja.

Habeeb yang di turunkan selaku tonggak TEAM CROCS tidak berdepan masalah yang besar apabila bertemu dengan Syed Sarbani. Habeeb menang semua 5 mata apabila mengenepikan cabaran Syed dengan keputusan 192 – 149 , 207 – 153 , 149 – 127 , 194 – 155 dan 742 – 584.

TEAM CROCS juga memenangi semua mata bagi jumlah pin berpasukan untuk menjadikan keputusan penuh TEAM CROCS menang selesa dengan 15-5. Noraishah telah di nobatkan selaku pemain terbaik malam tadi hasil punggutan tertinggi di kalangan semua pemain yang terbabit.


SCORE SHEET TEAM CROCS vs TIDAL BORE


IN THE ZONE KEMBALI KE LANDASAN KEMENANGAN

Kuching – 23 Ogos 2011

Perlawanan minggu ke-16 telah berlangsung malam semalam dan merupakan perlawanan terakhir sebelum Liga di tunda selama dua minggu bagi merayakan Perayaan “Hari Raya Aidilfitri” yang di jangka jatuh pada hari KEMERDEKAAN Malaysia iaitu 31 Ogos 2011.

IN THE ZONE membariskan pemain seperti Mohd Fazreen Fadzuan, Alvin Sijore dan Sufian Othman untuk memastikan kemenangan bertemu pasukan MIXED TEAM yang menyenaraikan pemain seperti Nur Hermienisha, Elza dan Helmi.

Perlawanan bermula sedikit lewat kerana menunggu kehadiran Mohd Fazreen yang terkandas di dalam kesesakan lalulintas. Walaupun Mohd Fazreen hanya sempat membuat 5 kali balingan percubaan namun beliau masih mampu membaca keadaan lane dengan baik dan menewaskan Nur Hermienisha dengan keputusan 165 – 146 untuk mata pertama IN THE ZONE. Alvin Sijore juga tidak mengecewakan apabila berjaya menjinakkan Elza dengan kemenangan 163 – 145 bagi mata kedua IN THE ZONE. Sufian Othman yang di ramal mampu mengalahkan Helmi juga berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan mencipta kemenangan ketiga IN THE ZONE dengan keputusan 183 – 169. IN THE ZONE mengutip mata penuh di game pertama apabila mendahului MIXED TEAM dengan 511 – 460 bagi jumlah pin di game ini.

Di game kedua, Mohd Fazreen menunjukkan belang sebenar beliau apabila sering berjaya membuat balingan yang konsisten. Beliau dengan mudah menewaskan Nur Hermienisha dengan 203 – 164 dan kini mendahului lawannya sebanyak 53 pin. Walaupun Alvin Sijore berjaya meningkatkan persembahan beliau namun terpaksa akur tunduk apabila Elza mula mendapat rentak. Elza menewaskan Alvin Sijore dengan 186 – 167. Kini Elza mendahului Alvin hanya dengan kelebihan 1 pin sahaja. Sufian Othman pula terpaksa berhempas pulas di sepanjang game kali ini setelah di hambat hingga ke penghujung permainan oleh Helmi. Kelebihan handicap sebanyak 11 pin oleh Helmi telah sedikit sebanyak menyukarkan tugas Sufian Othman mendapat kemenangan lebih awal. Walaubagaimanapun Sufian tetap muncul sebagai pemenang setelah menang tipis 198 – 195 dan mendahului Helmi dengan kelebihan sebanyak 17 pin. IN THE ZONE meraih mata ke-7 menerusi jumlah pin berpasukan dengan kemenangan 568 – 545 dan mendahului sebanyak 74 pin. Setelah tamat game kedua IN THE ZONE mendahului MIXED TEAM dengan 7-1.

Apa yang boleh di katakan lagi apabila permainan masuk game ke-3 persembahan IN THE ZONE mula longgar. Mohd Fazreen tidak mampu membenam strike walaupun bola sudah mengenai target (pocket). Nurhermienisha pula secara perlahan mengumpulkan kekuatan mental dan akhirnya berjaya menumbangkan Mohd Fazreen dengan keputusan 193 – 174. Nur Hermienisha berjaya mengurangkan defisit kepada hanya 34 pin. Malam ini sememangnya bukan malam Alvin Sijore. Semua balingan beliau tidak seperti yang di harap-harapkan. Beliau tunduk sekali lagi di tangan Elza dengan keputusan 142 – 183 dan Elza selesa mendahului Alvin dengan kelebihan 42 pin. Sufian Othman pula tidak memberikan ruang yang luas buat Helmi sepertimana di game kedua dan terus menjarakkan diri seawall frame pertama dan mendapat kemenangan ketiga dengan keputusan 201 – 156. Sufian Othman juga berjaya menjarakkan lagi diri dengan kelebihan 62 pin. MIXED TEAM memperolehi mata ke-4 setelah berjaya menewaskan IN THE ZONE di penjumlahan pin berpasukan dengan 532 – 519 dan mengurangkan defisit kepada 61 pin. MIXED TEAM masih ketinggalan dengan 4-8 setelah tamat game ketiga.

IN THE ZONE mula membuka ruang buat pasukan MIXED TEAM di game terakhir ini. Mohd Fazreen bangkit semula untuk bangkit memenangi perlawanan dengan keputusan 189 – 173 dan seterusnya memunggut mata ke-4 buat dirinya setelah mempunyai kelebihan sebanyak 55 pin setelah menjatuhkan sebanyak 731 pin. Alvin Sijore terus di landa kemarau apabila sekali lagi tunduk di tangan Elza yang memenangi game terakhir dengan keputusan 193 – 167 seterunya memunggut mata ke-4 buat dirinya setelah menjatuhkan sebanyak 707 pin untuk berkelebihan 68 pin. Sufian Othman juga tidak bermain dengan baik kerana sudah menconggak kemenangan pasukan IN THE ZONE lalu leka dan tewas mengejut di tangan Helmi dengan 145 – 168. Walaubagaimanpun Sufian Othman tetap pulang dengan 4 mata setelah menundukkan Helmi pada pin keseluruhan individu dengan 727 – 688. MIXED TEAM menambah mata menerusi jumlah pin berpasukan game terakhir dengan keputusan 534 – 501, namun belum mampu menidakkan kemenangan IN THE ZONE pada jumlah pin keseluruhan apabila tewas dengan keputusan 2071 – 2097. Dengan ini IN THE ZONE muncul pemenang malam tadi setelah menewaskan MIXED TEAM dengan keputusan penuh 12 – 8.

Pemain terbaik di serahkan kepada Mohd Fazreen Fadzuan yang menjatuhkan lebih banyak pin dari peserta lain.

SCORE SHEET IN THE ZONE vs MIXED TEAM



 
ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh P3m@in l3owling.

No comments:

Post a Comment