Kuching – 7 Jun 2011
TEAM CROCS menepati status dan ramalan awal apabila berjaya menundukkan MIXED TEAM dengan 14-6 pada perlawanan minggu kelima Autoside League yang berlangsung malam tadi.
TEAM CROCS yang sepatutnya menurunkan barisan pemain seperti Noraishah, Fairoul Ashmey dan Mohd Azad terpaksa menyenaraikan Zaidin Dasukin sebagai pemain bagi mengantikan Fairoul Ashmey yang menarik diri atas sebab peribadi. Manakala MIXED TEAM telah menyenaraikan pemain seperti Nur Hermienisha (Nisha), Helmi dan Lily Roger bagi mencabar TEAM CROCS.
![]() |
| Noraisyah |
![]() |
| Nisha |
TEAM CROCS bermula dengan cemerlang apabila mengungguli game pertama dengan kemenangan 4-0. Mata pertama TEAM CROCS diperolehi daripada Noraishah yang menundukkan Nisha dengan 207-175. Walaupun di dalam keadaan yang tidak bersedia namun Zaidin masih mampu menundukkan Helmi dengan 186-160. Azad pula memberikan mata ketiga TEAM CROCS apabila menewaskan Lily Roger dengan 204-164. Mata keempat TEAM CROCS di perolehi hasil jatuhan pin berpasukan di game pertama apabila menjatuhkan 597 pin berbanding pasukan lawan dengan 503 pin, mendahului MIXED TEAM sebanyak 94 pin.
![]() |
| Zaidin Dasukin |
![]() |
| Helmi |
Kekalahan di game kedua telah membuka mata pemain-pemain TEAM CROCS untuk bangkit dan menaikkan semangat melawan apabila kembali bertenaga menewaskan MIXED TEAM sekali lagi dengan 4-0. Noraishah kelihatan tenang menyerap setiap asakan Nisha menang buat kali kedua apabila menewaskan Nisha dengan 199-172. Zaidin yang masih tercari-cari formula balingan terbaik agak bernasib baik apabila menang tipis 150-147 terhadap Helmi yang secara tiba-tiba gagal membuat balingan yang sempurna seperti di game kedua. Sungguhpun Azad mendapat dua split di game ketiga namun tiga split yang di terima oleh Lily Roger telah sedikit sebanyak membantu kemenangan beliau dengan 180-155 untuk mata ketujuh TEAM CROCS. TEAM CROCS memperolehi mata kelapan melalui jumlah pin berpasukan di game ketiga apabila menjarakkan kelebihan sebanyak 79 pin dengan kemenangan 529-474.
![]() |
| Azad Rashidi |
![]() |
| Lily Roger |
Noraishah yang berkelebihan 47 pin setakat ini meneruskan aksi cemerlang apabila membenam cabaran Nisha dengan kemenangan 209-189 bagi mata kesembilan TEAM CROCS. Noraishah turut menyumbangkan mata kesepuluh TEAM CROCS apabila menewaskan Nisha 67 pin di dalam kategori jumlah pin individu. MIXED TEAM berjaya mendapatkan mata kelima apabila Helmi mudah menjinakkan Zaidin dengan 161-149. Zaidin yang gagal meneruskan balingan yang baik seperti di game pertama turut tewas kepada Helmi dengan defisit 25 pin untuk mata keenam MIXED TEAM. Tentangan sengit MIXED TEAM berakhir apabila Azad mempamirkan aksi paling terbaik TEAM CROCS malam tadi setelah mudah menewaskan Lily Roger dengan 240-156 untuk mata kesebelas TEAM CROCS. Azad turut menyumbangkan mata kedua belas TEAM CROCS apabila mengalahkan Lily Roger dengan kelebihan sebanyak 129 pin. TEAM CROCS terus mendapakan mata ketiga belas apabila menewaskan MIXED TEAM 598-506 di game terakhir ini. Mata keempat belas TEAM CROCS berjaya di perolehi hasil kemenangan bergaya jumlah pin berpasukan apabila mudah menjinakkan MIXED TEAM dengan 2246-2075.
Kemenangan TEAM CROC yang ketiga daripada lima perlawanan turut akan mengangkat kedudukan liga mereka daripada kedudukan keempat belas sebelum perlawanan ini berlangsung.
“Permainan cemerlang dan balingan yang konsisten oleh Noraishah adalah penyumbang utama kemenangan ini”, kata penganalisis sukan berita TEAM CROCS – Sufian Othman. “Ketiadaan Fairoul Ashmey juga menyekat TEAM CROCS daripada memperolehi kemenangan yang lebih besar apabila pemain gentian beliau gagal melakukan balingan-balingan yang baik”, tambah beliau.
Pujian harus di berikan kepada semua pemain TEAM CROCS kerana berjaya menyerap segala tekanan yang di berikan MIXED TEAM terutama apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan di game kedua.
TEAM CROCS di jadualkan menentang RED SNAPPER pada 14hb Jun 2011 (Selasa) sementara MIXED TEAM akan berhadapan pula dengan TRANSFORMER pada 13hb Jun 2011 (Isnin) di minggu keenam Autoside Legue 2011.
ARENA SUKAN TEAM CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.









No comments:
Post a Comment