TEAM CROCS TUMBANG KALI KETIGA
Kuching – 21 Jun 2011
TEAM CROCS yang menurunkan gandingan yang sama ketika menewaskan EZONET di minggu keempat (Noraishah, Fairoul Ashmey dan Yusri Suhaimi) gagal mengulangi pencapaian tersebut apabila tumbang kepada pasukan RED SNAPPER malam tadi. Perlawanan ini yang sepatutnya di adakan pada 14 Jun 2011 telah di tunda sehingga semalam kerana kebanyakan pemain dari TEAM CROCS menyertai pertandingan bowling Sarawak Closed di Miri minggu lalu.
TEAM CROCS bermula dengan hambar apabila Noraishah gagal memberikan persembahan terbaiknya malam tadi. Di game pertama Noraishah tumpas di tangan Jeffry dengan 128-189 (158-214). Fairoul Ashmey yang di harap dapat meneruskan aksi terbaik ketika menyertai Sarawak Closed juga gagal apabila mendapat tekanan daripada Awg Kasti yang mendapat empat strike pada lima balingan pertama beliau dan memenangi game pertama dengan 164-142 (189-167). TEAM CROCS bernasib baik apabila Yusri Suhaimi mempamerkan persembahan yang mantap di game pertama dan berjaya menundukkan Abg Azman dengan 171-168 (196-183). RED SNAPPER menang sekali lagi bagi jatuhan pin berpasukan di game pertama dengan kelebihan 65 pin setelah menumbangkan sebanyak 586 pin termasuk handicap. RED SNAPPER mendahului TEAM CROCS dengan 3-1.
TEAM CROCS kembali ke landasan kemenangan apabila menyamakan kedudukan 4-4 setelah tamat game kedua. Noraishah yang memulakan game kedua kelihatan bergelut dengan permainannya sendiri apabila gagal memperolehi sebarang strike sepanjang game ini. Balingan Noraishah juga sering tersasar terutama pada setiap balingan pertama beliau. Noraishah tumpas buat kali kedua di tangan Jeffry dengan 122-141 (152-166). Fairoul Ashmey menceriakan kem TEAM CROCS apabila kembali mempamerkan aksi seperti biasa beliau. Dengan hanya dua open frame sepanjang game ini, beliau berjaya menewaskan Awg Kasti dengan 166-147 (191-172). Yusri Suhaimi bernasib baik pada game kedua apabila hanya menang keatas Abg Azman dengan kelebihan handicap. Walaupun beliau tumpas 160-168 namun kelebihan handicap sebanyak 10 pin membantu beliau untuk memenangi perlawanan dengan 185-182. TEAM CROCS juga memperolehi mata keempat hasil jatuhan pin berpasukan di game kedua dengan hanya kelebihan 7 pin sahaja.
Ramai yang menjangkakan TEAM CROCS akan bangkit selepas tamat game kedua. Ternyata semua ramalan itu tidak menjadi kenyataan apabila sekali lagi TEAM CROCS tumpasa dengan mata yang sama 3-1. Noraishah yang masih bergelut dengan corak balingan beliau tumpas sebanyak 3 pin apabila Jeffry menjatuhkan 150 pin. Walaubagaimanapun nasib berpihak kepada Noraishah yang memiliki kelebihan handicap sebanyak 5 pin dan memenangi perlawanan di game yang ketiga ini dengan 177-175. Fairoul Ashmey yang di harapkan dapat meneruskan aksi terbaik beliau secara tiba-tiba kehilangan rentak dan membuat balingan yang tidak konsisten. Peluang ini di ambil sepenuhnya oleh Awg Kasti yang menewaskan Fairoul Ashmey dengan 141-118 (166-143). Di sepanjang game ketiga ini Yusri Suhaimi telah di asak hebat oleh Abg Azman. Yusri sentiasa mendahului mata sehingga frame kelapan dengan perbezaan 4 mata dan kedua-dua pemain melakukan open frame di frame tersebut. Semua mata tertumpu kepada kedua-dua pemain ketika melakukan balingan di frame kesembilan dan tekanan makin terasa apabila kedua-dua pemain melakukan spare. Detik-detik hangat yang penuh dengan drama dapat di saksikan apabila kedua-dua pemain melakukan balingan terakhir. Abg Azman yang memulakan balingan mendapat strike di balingan pertama. Yusri yang kelihatan sedikit tertekan gagal menyerap semua tumpuan yang di berikan kepadanya apabila hanya menjatuhkan 4 pin di balingan pertama. Abg Azman sekali lagi mendapat strike di balingan kedua dan menambah tekanan kepada Yusri Suhaimi. Abg Azman meneruskan balingan terakhir dengan 8 jatuhan pin menjadikan mata beliau 192 pin (207 pin). Yusri kini memerlukan satu keajaiban dengan menjatuhkan spare 6 pin di balingan kedua dan strike di balingan terakhir untuk keputusan seri setelah di campur dengan kelebihan handicap 10 pin yang ada pada beliau. Suasana menjadi sunyi seketika dan semua mata tertumpu kepada balingan kedua Yusri yang memerlukan spare terlebih dahulu. Akibat tekanan yang begitu memuncak Yusri gagal mendapat spare apabila hanya menjatuhkan 4 pin sahaja dan hanya menjatuhkan sebanyak 170 pin (195 pin). RED SNAPPER telah menjatuhkan sebanyak 548 pin sepanjang game ketiga juga menang apabila TEAM CROCS hanya menjatuhkan 515 pin pada jatuhan pin berpasukan game ketiga. RED SNAPPER berkelebihan sebanyak 91 pin setelah tamat game ketiga ini.
Di game terakhir ini Noraishah yang masih tidak menunjukkan sebarang peningkatan bernasib baik apabila Jeffry secara tiba-tiba kehilangan rentak. Noraishah menumpaskan Jeffry dengan 138-117 (168-142). Namun begitu Jeffry berjaya menumpaskan Noraishah 3-2 setelah menang bagi kategori jatuhan pin keseluruhan individu dengan 597-535 (697-655). Fairoul Ashmey gagal sekali lagi mengulangi pencapaian sewaktu game kedua apabila tunduk di tangan Awg Kasti dengan 115-166 (140-191). Fairoul Ashmey juga di lihat kehilangan fokus terhadap permainan setelah balingan-balingan beliau sering tersasar selain memasuki longkang. Awg Kasti juga mendapatkan mata keempat untuk dirinya dan kesepuluh untuk RED SNAPPER setelah menjatuhkan sebanyak 618 pin (718 pin). Fairoul Ashmey hanya memperolehi 541 pin (641 pin) di sepanjang perlawanan ini. Yusri yang tewas tipis di game ketiga juga di paksa keras oleh Abg Azman di sepanjang game terakhir ini. Babak yang hampir sama di lakonkan oleh kedua-dua pemain apabila mata di antara kedua-dua pemain tidak begitu jauh hingga ke akhir permainan. Yusri kembali mendahului mata di frame kedua tetapi kehilangan kelebihan tersebut di frame kelima setelah mendapat split yang gagal disempurnakannya. Namun begitu Yusri kembali mendahului di frame keenam apabila berjaya membenamkan tiga strike berturut-turut. Yusri kelihatan selesa mendahului Abg Azman mendapati dirinya berada di situasi yang sama seperti game sebelumnya akibat kesilapan beliau yang gagal melakukan spare mudah di frame kesembilan. Abg Azman yang melihat peluang yang ada di depan mata begitu bersemangat dan berjaya melakukan spare di frame kesembilan dan strike di balingan pertama frame kesepuluh. Yusri masih terasa kehangatan dan tekanan yang di rasai sebelum ini ternyata gagal mengawal emosi setelah balingan beliau di frame kesepuluh mendapat split yang akhirnya gagal di sudahkan oleh beliau. Yusri menjatuhkan sebanyak 152 pin (177 pin) di game terakhir ini. Abg Azman yang memperolehi 135 pin di frame kesembilan dan mempunyai strike di balingan pertama frame kesepuluh mempunyai peluang untuk memenangi game terakhir ini jika mampu menjatuhkan satu lagi strike dan hanya perlu menjatuhkan lapan pin di balingan bonus. Kini semua mata tertumpu kearah Abg Azman dan ini sedikit sebanyak menganggu rentak balingan beliau. Abg Azman gagal menyerap tekanan itu dan hanya menjatuhkan 6 pin tanpa dapat melakukan spare untuk memberikan kemenangan kepada Yusri dengan 151-152 (166-177). Yusri juga menewaskan Abg Azman di kategori jatuhan pin individu setelah menajatuhkan 653 pin (753 pin) berbanding Abg Azman yang mendapat 679 pin (739 pin). TEAM CROCS turut tumbang apabila jumlah jatuhan pin berpasukan game terakhir dan jumlah keseluruhan di menangi oleh RED SNAPPER.
RED SNAPPER berjaya menundukkan TEAM CROCS dengan 12-8 dan setelah di campurkan dengan mata Peterson RED SNAPPER memperolehi 33.5 mata berbanding TEAM CROCS yang mendapat 28.5 mata. “Permainan saya tidak begitu baik dan saya sedikit kecewa dengan mutu permainan saya hari ini”, kata Fairoul Ashmey yang di temui setelah tamat perlawanan tersebut. “Walaupun TEAM CROCS tewas namun saya percaya kami akan bangkit semula pada perlawanan akan datang”, tambah Yusri Suhaimi yang di lihat sedang bergurau senda dengan seseorang.
Perlawanan seterusnya TEAM CROCS selepas ini akan bertemu salah satu pasukan yang kuat iaitu TITANIUM manakala RED SNAPPER di jadualkan menentang PARAGON.
Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.







No comments:
Post a Comment