Wednesday, 8 June 2011

Liga Autoside Minggu Ke-Lima : MSRC Vs In The Zone

IN THE ZONE HAMPIR MEMBUAT KEJUTAN

Kuching – 7 Jun 2011
    Setelah tumpas pada empat perlawanan sebelum ini, IN THE ZONE hadir beraksi di minggu kelima dengan harapan dapat melakukan sesuatu walaupun sukar apabila menentang pasukan di tangga keempat liga setakat ini MSRC.

    Menurunkan barisan seperti Mohd Fazreen, Marzuki dan Sufian Othman (purata jatuhan pin sebanyak 152.21) di harap mampu melakukan kejutan menentang pemain-pemain MSRC yang mempunyai purata jatuhan pin yang lebih baik seperti Peter Soh, Daniel Vun dan Ling Sing Mean dengan 168.42).

    Di game pertama Mohd Fazreen telah membuat satu peningkatan dari segi keyakinan diri dan balingan-balingan yang baik. Mohd Fazreen yang mempunyai purata 131.25 melakukan kejutan dengan menumbangkan Peter Soh  yang mempunyai purata 161.10 dengan 203-188 untuk mata pertama IN THE ZONE. Marzuki juga melakukan kejutan apabila berjaya memenangi perlawanan game pertama bertemu Daniel Vun untuk mata kedua IN THE ZONE. Kemenangan Marzuki banyak di bantu oleh kesilapan Daniel Vun yang pada ketika itu hanya memerlukan 9 pin untuk menyamakan kedudukan di balingan terakhir beliau dan strike untuk memenangi perlawanan namun hanya menjatuhkan 8 pin, sekaligus membolehkan Marzuki menang tipis 169-168 berkelebihan 1 pin sahaja. Sufian Othman yang menjadi tulang belakang IN THE ZONE gagal menjalankan kewajipan beliau setelah tewas mudah kepada Ling Sing Mean dengan 162-192. MSRC berjaya memperolehi mata kedua dan menyamakan kedudukan setelah tamat game pertama dengan kemenangan pin berpasukan di game pertama setelah menjatuhkan 548 pin berkelebihan sebanyak 14 pin.
Mohd Fazreen Fadzuan

Peter Soh

    Mohd Fazreen telah berjaya mengawal emosi dan tekanan di game kedua sekaligus mencipta satu lagi kejutan apabila menghadiahkan mata ketiga untuk IN THE ZONE setelah menang tipis 173-162. Semangat yang di tunjukkan Mohd Fazreen gagal di ikuti oleh Marzuki dan Sufian Othman apabila kedua-dua pemain ini tunduk kepada lawan masing-masing. Marzuki tewas 168-190 manakala Sufian Othman tumbang 149-158 kepada Ling Sing Mean. MSRC berjaya menamatkan game kedua dengan kemenangan 3-1 setelah menang 510-490 bagi jatuhan pin berpasukan game kedua. MSRC mendahului IN THE ZONE dengan 5-3.

    Mohd Fazreen merupakan pemain yang paling cemerlang bagi IN THE ZONE pada malam tadi apabila sekali lagi berhasil mencapai kemenangan terhadap Peter Soh. Mohd Fazreen menjatuhkan sebanyak 188 pin manakala Peter Soh menjatuhkan sebanyak 166 pin. Mohd Fazreen mendahului jumlah pin individu dengan kelebihan 48 pin. Marzuki berjaya menghalang Daniel Vun daripada memperolehi kemenangan apabila menumpaskan lawannya itu dengan 180-161 bagi mata kelima IN THE ZONE. Walaupun Marzuki mendahului lawan beliau dengan 2-1 namun kelebihan pin individu berpihak kepada Daniel Vun dengan 2 pin sahaja. Sufian Othman yang bergelut di dalam balingan beliau sebelum ini telah mengambil keputusan menukar baju kuning Autoside kepada baju hijau IN THE  ZONE dan mengubah langkah serta cara balingan bagi mengimbangi kejutan demi kejutan yang telah di lakukan oleh Mohd Fazreen dan Marzuki. Perubahan drastik yang di lakukan beliau mendatangkan hasil apabila kembali mengegarkan arena dengan kemenangan pertama beliau terhadap Ling Sing Mean dan mata keenam IN THE ZONE. Sufian Othman mengalahkan Ling Sing Mean dengan 224-198. Walaubagaimanapun Ling Sing Mean mendahului Sufian Othman dengan kelebihan 13 pin bagi jumlah pin individu. IN THE ZONE mendapat mata ketujuh apabila mengungguli pin berpasukan game ketiga dengan 592-525. IN THE ZONE mendahului MSRC dengan kelebihan 33 pin bagi jatuhan pin keseluruhan. Tamat game ketiga IN THE ZONE melakukan kejutan mendahului buat kali pertama dengan 7-5.
Marzuki

Daniel Vun

    Berdasarkan kepada permainan terkini dan kedudukan semasa IN THE ZONE di lihat mampu melakarkan kemenangan pertama di kejohanan ini namun tekanan yang di berikan MSRC membuatkan para pemain IN THE ZONE kehilangan punca. Mohd Fazreen secara tiba-tiba bergelut mendapatkan strike walaupun bola beliau telah menepati sasaran. Walaupun beliau mencuba habis-habisan di empat frame terakhir akhirnya Mohd tunduk buat kali pertama di tangan Peter Soh dengan 168-188. Mohd Fazreen mencipta kejayaan buat dirinya dan pasukan apabila beliau memenangi perlawanan menentang Peter Soh dengan 4-1 setelah berjaya menewaskan lawannya 732-704 di kategori jumlah pin individu. IN THE ZONE masih mendahului MSRC dengan 8-6.

Marzuki menghadapi tekanan paling hebat apabila cuba sekurang-kurangnya mengekalkan kelebihan 2 pin yang beliau ada namun Daniel Vun mempamerkan kehebatannya setelah menjatuhkan lima strike berturut-turut bermula di frame kelima membolehkan beliau memenangi perlawanan ini dengan selesa. Daniel Vun mengalahkan Marzuki dengan 217-153. Beliau juga mengalahkan Marzuki bagi jumlah pin individu setelah menjatuhkan 736-670. Kedudukan terkini terikat dengan 8-8.
Sufian Othman

Ling Sing Mean

Kini semua mata terarah kepada Sufian Othman dan Ling Sing Mean. Sufian Othman perlu menang terhadap Ling Sing Mean dengan kelebihan 52 pin bagi membolehkan IN THE ZONE menang dalam perlawanan ini. Semuanya tampak berjalan dengan baik apabila Sufian Othman menjatuhkan 3 strike dan dua spare di lima frame pertama manakala Ling Sing Mean menjatuhkan 2 strike, 2 spare dan 1 open frame memberikan kelebihan 20 pin buat Sufian Othman. Namun empat balingan Sufian Othman seterusnya hanya menjatuhkan 9 pin dengan pin 10 menjadi batu penghalang ke arah strike yang di hajati. Walaupun menjatuhkan semua spare dan memenangi game keempat serta jumlah jatuhan pin individu namun beliau gagal menghadiahkan mata yang amat penting bagi IN THE ZONE mecapai kemenangan pertama. Sufian Othman menewaskan Ling Sing Mean dengan 195-181 bagi game terakhir dan mendapatkan mata kesepuluh buat IN THE ZONE melalui jumlah pin individu dengan 730-729.
MSRC mendapatkan mata kesembilan dari kategori pin berpasukan game terakhir dengan 586-516. Akhirnya MSRC berjaya mengelak daripada kekalahan setelah menerima mata kesepuluh melalui jumlah pin keseluruhan dengan 2169-2132. Keputusan akhir IN THE ZONE berjaya mengikat MSRC dengan 10-10.

    “Keputusan yang baik di perolehi oleh IN THE ZONE walaupun gagal mencatatkan kemenangan. Di harap pada perlawanan akan datang IN THE ZONE akan lebih bernyawa dan lebih bersemangat serta dapat mencatatkan kemenangan sekaligus menjadi pencabar yang di segani”, kata Alvin Sijore ketua pasukan IN THE ZONE.

    IN THE ZONE akan menentang satu lagi pasukan pilihan kejohanan iaitu 90’s pada 13hb Jun 2011 (Isnin) manakala MSRC bakal menentang TITANIUM pada hari yang sama.

    Perlawanan menentang 90’s yang berada di bawah jagaan jurulatih skuad Sarawak Angelo Koay amat penting bagi IN THE ZONE kerana inilah masanya membuktikan kemampuan pasukan. Sekiranya kemenangan dapat di cipta maka akan bertambahlah tumpuan kepada pasukan IN THE ZONE setelah berjaya mengikat MSRC dan mata sesetengah jurulatih seperti Myron Kho. “Selamat Maju Jaya IN THE ZONE”. –KASI PECAH ITU PIN--




Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.

No comments:

Post a Comment