TEAM CROCS KEMBALI BERSAING
Kuching – 24 Jun 2011
TEAM CROCS kembali menemui rentak kemenangan setelah berjaya menundukkan TITANIUM dengan 15-5 malam tadi. TITANIUM yang menduduki tangga ke-9 liga sebelum perlawanan berbanding TEAM CROCS yang berada 4 anak tangga di bawah gagal mengukuhkan kedudukan setelah tamat perlawanan minggu ketujuh ini. TEAM CROCS berjaya merapatkan mata daripada 11.57 mata kepada 1.45 mata terhadap TITANIUM.
TEAM CROCS yang menurunkan barisan pemain seperti Habeeb, Zaidin dan Mohd Azad bermain dengan baik di game pertama dan berjaya menundukkan pemain TITANIUM seperti Azri Nazarudin, Awg Hasbi dan Fadilah Sam dengan 4-0. Pemain terbaik di game pertama adalah Zaidin Dasukin yang berjaya menumbangkan 6 strike berturut-turut di frame ke 6 hingga balingan bonus kedua di frame ke 10. Zaidin berjaya menjatuhkan sebanyak 207 pin (232 pin).
Di game kedua TEAM CROCS terus mendominasi permainan setelah berjaya menewaskan TITANIUM dengan 3-1. TITANIUM berjaya mencuri satu mata hasil kemenangan Awg Hasbi terhadap Zaidin Dasukin yang gagal melakukan 5 spare sepanjang game kedua ini. Awg Hasbi muncul pemain terbaik di game kedua ini dengan jatuhan pin sebanyak 171 (196).
Di game ketiga TITANIUM telah melipat gandakan usaha di dalam menyaingi TEAM CROCS dan berhasil apabila berjaya mengikat TEAM CROCS dengan 2-2. TITANIUM berjaya mendapatkan mata menerusi Azri Nazarudin yang juga muncul sebagai pemain terbaik game kali ini mudah menewaskan Habeeb dengan 179-129 (204-154). Persembahan terburuk Habeeb itu juga mengakibatkan TEAM CROCS tewas sebanyak 35 pin bagi kategori jumlah pin berpasukan game ketiga ini. Setelah tamat game ke 3 TEAM CROCS mendahului TITANIUM dengan 9-3.
Berbaki 8 mata yang tinggal TITANIUM perlu menang semua baki mata tersebut untuk muncul sebagai pemenang, gagal melaksanakan misi apabila di tewaskan dengan keputusan 2-6. Enam mata terakhir TEAM CROCS di sumbangkan oleh Habeeb dan Mohd Azad manakala Zaidin tewas di kedua-dua mata dengan Awg Hasbi. Mohd Azad muncul sebagai pemain terbaik di game terakhir ini dan juga muncul pemain terbaik pada perlawanan di antara kedua-dua pasukan. Mohd Azad telah berjaya menjatuhkan sebanyak 680 pin (756 pin) di sepanjang perlawanan. Mohd Azad yang mempunyai purata jatuhan pin sebanyak 168.60 setakat ini juga berkemungkinan akan di tolak 1 mata handicap daripada 19 mata handicap yang beliau terima sebelum perlawanan menentang TITANIUM.
Penganalisis sukan mendapati bahawa Habeeb dan Zaidin perlu melipatgandakan usaha di dalam latihan melakukan jatuhan spare kerana kelemahan ini amat ketara di dalam permainan mereka. Kelemahan ini perlu di perbaiki untuk menjadikan mereka pemain yang lebih konsisten.
Pertemuan TEAM CROCS selepas ini di jangka tidak sukar apabila di jadualkan menentang STRIKER X yang kini menghuni tangga ke 17 pada 27/06/2011 manakala TITANIUM akan menentang PARAGON pada 28/06/2011.
Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh @N2PuCHoNG.







No comments:
Post a Comment