Thursday, 2 June 2011

Liga Autoside Minggu Ke-Empat : Ezonet Vs Team Crocs

TEAM CROCS KEMBALI MENCABAR

Kuching – 31 Mei 2011

    Team Crocs yang menurunkan Noraishah, Yusri Suhaimi dan Fairoul Ashmey telah mengembalikan rentak kemenangan TEAM CROCS apabila berjaya menewaskan pasukan EZONET dengan 11.5 - 8.5 malam tadi di Crystal Bowl, BDC.

    Walaupun mencatatkan kemenangan namun bukan mudah bagi TEAM CROCS menjinakkan EZONET yang pada satu ketika di lihat mampu mencatatkan kemenangan. Debaran bermula pada game pertama apabila ketiga-tiga pemain TEAM CROCS tidak menunjukkan prestasi yang di sepatutnya. Walaupun Noraishah berjaya menjatuhkan pin lebih daripada average beliau namun tewas apabila lawannya Azman telah berjaya menjatuhkan sebanyak 257 pin. Noraishah yang menjatuhkan 198 pin tergamam seketika kerana di belasah sebegitu rupa. Yusri yang di jangka menang bertemu Dolhadi melakukan banyak kesilapan apabila mendapat tiga split dan melepaskan dua spare mudah di game pertama. Akibatnya Yusri tewas 151-166. Fairoul Ashmey yang turun sebagai pemain pilihan juga agak menghampakan di game pertama ini. Setelah berjaya membuat tiga strike dan satu spare di empat frame pertama, beliau mula melakukan kesilapan di frame kelima apabila tidak berjaya menjatuhkan spare. Namun beliau bangkit dengan spare di frame keenam dan mendahului Zainuddin dengan perbezaan 25 pin. Satu malapetaka hadir di frame ketujuh apabila kedua-dua balingan beliau masuk ke dalam longkang dan seterusnya beliau gagal mengawal emosi serta menjejaskan balingan beliau seterusnya. Nasib Fairoul Ashmey agak baik apabila Zainuddin yang hanya memerlukan 9 pin untuk menewaskan beliau hanya mampu menjatuhkan 8 pin untuk keputusan terikat dengan jatuhan pin yang sama iaitu 161. EZONET mendahului TEAM CROCS 3.5 berbalas 0.5.


    TEAM CROCS memulakan game kedua dengan harapan dapat meningkatkan persembahan agar kemenangan dapat di capai. TEAM CROCS berjaya melakukannya di mulakan dengan kemenangan Noraishah terhadap Azman yang merosot mutu permainan beliau dengan 172-128. Namun begitu Azman masih mendahului sebanyak 15 pin. Yusri yang mendapat suntikan semangat daripada persembahan Noraishah telah membuktikan kehebatan beliau. Walaupun Dolhadi berjaya menekan dan mengasak Yusri namun kelebihan berpihak kepada pemain TEAM CROCS itu apabila menewaskan Dolhadi dengan 199-183. Fairoul Ashmey yang pada lima frame pertama membuat balingan yang baik namun akibat kealpaan dan sikap terlalu yakin telah membawa padah setelah balingan pertama di frame kesepuluh sekali lagi memasuki longkang walaupun telah melakukan spare di frame kesembilan. Zainuddin menang tipis dengan 183-176. Walaubagaimanapun TEAM CROCS berjaya memperolehi mata ketiga hasil jatuhan pin sebanyak 547 di game kedua ini. Kedudukan semasa EZONET masih mendahului TEAM CROCS dengan 4.5 berbalas 3.5.
    Azman kembali menemui rentak dan kali ini mudah menjinakkan Noraishah dengan 195-160. Azman juga menjarakkan diri dengan jurang 50 pin. Yusri yang melihat keadaan TEAM CROCS di ambang kekalahan telah memulakan rentak apabila melakukan lima strike berturut-turut bermula di frame ketiga. Walaupun balingan pertama beliau di frame kesepuluh memasuki longkang namun beliau tetap mencatatkan kemenangan ke atas Dolhadi dengan 234-158. Yusri kini mendahului lawan beliau dengan perbezaan 77 pin. Walaupun Zainuddin tidak bermain dengan begitu baik pada malam tadi namun Fairoul Ashmey tidak dapat mengambil kesempatan malah tidak berupaya mencabar mata lawan dan tewas 169-131. Keputusan masih berpihak EZONET dengan 6.5 berbalas 5.5.


    Game terakhir berlangsung dengan penuh drama dan sengit. TEAM CROCS memerlukan kemenangan di game terakhir untuk muncul sebagai pemenang. Noraishah dan Azman memulakan detik drama dengan tekanan di rasai oleh kedua-dua pemain. Noraishah yang mendahului Azman di frame kesembilan dengan kelebihan 15 pin mendapat split di frame kesepuluh manakala Azman berjaya mendapatkan tiga strike di frame kesepuluh dan mendapat 175 jatuhan pin. Noraishah yang memerlukan spare bagi menghidupkan peluang kemenangan di cipta akhirnya berjaya melakukannya sambil menerima sorakan dari semua penonton yang hadir. Belum cukup dengan itu beliau masih perlu menjatuhkan lebih daripada 5 pin untuk menewaskan Azman. Suasana bertambah genting apabila secara tiba-tiba keadaan menjadi sunyi. Walaupun balingan Noraishah tersasar daripada poket namun beliau berjaya menjatuhkan sebanyak 8 pin untuk muncul sebagai pemenang menewaskan Azman hanya berkelebihan 3 pin sahaja. Namun begitu Noraishah terpaksa akur tewas dalam kategori jatuhan pin individu kepada Azman dengan perbezaan 47 pin.


    Yusri tidak menoleh kebelakang lagi dan meneruskan aksi-aksi menarik dan membenam cabaran Dolhadi dengan kemenangan 213-143. Yusri juga mengungguli jumlah jatuhan pin individu menewaskan Dolhadi dengan 797-650. Kini semua mata terarah kepada Fairoul Ashmey. Beliau membuktikan kehebatan beliau yang sebenarnya di game terakhir ini dengan cemerlang menewaskan Zainuddin dengan 218-181. Namun begitu Zanuddin tetap mencatatkan kemenangan ke atas Fairoul Ashmey dengan 3.5-1.5 apabila menang dengan hanya perbezaan 8 pin di kategori jatuhan pin individu.

    Keputusan mutlak kemenangan berpihak kepada TEAM CROCS yang menumpaskan EZONET dengan 33.44 berbalas 29.52. TEAM CROCS di jangka akan meneruskan rentak kemenangan sekali lagi apabila di jadualkan menentang MIXED TEAM minggu hadapan. EZONET pula di jadualkan menentang PARAGON.



Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh NeCCaRD.

No comments:

Post a Comment