Tuesday, 28 June 2011

Liga Autoside Minggu Ke-8 : TEAM CROCS vs STRIKER X

Kuching – 27 Jun 2011

          TEAM CROCS telah berjaya meneruskan kecemerlangan yang bermula dari minggu keempat sehingga minggu kelapan dengan rentak kemenangan. Setelah menundukkan TITANIUM minggu lalu, TEAM CROCS yang turun dengan barisan seperti Zaidin Dasukin, Habeeb Muhd Hamid dan Mohd Azad telah mudah menjinakkan pasukan STRIKER X dengan keputusan 16-4.

Zaidin yang turun selaku pemain pertama ternyata gugup di game pertama apabila tumpas di tangan Rahimi dengan 166-176. Kegagalan beliau melakukan spare mudah di frame kesepuluh ternyata sebagai punca kekalahan ini. Pemain kedua TEAM CROCS Habeeb pula tidak tertekan dengan kegugupan rakan beliau dan membuktikan kehebatan beliau dengan kemenangan ke atas Abd Kadir dengan perbezaan pin yang amat besar. Habeeb menjatuhkan sejumlah 227 pin manakala Abd Kadir hanya sekadar menjatuhkan sebanyak 151 pin. Mohd Azad meneruskan aksi yang mempersonakan semenjak pulang daripada Miri ketika menyertai Sarawak Closed. Mohd Azad mudah menumpaskan SHAIFUDDIN dengan 195 berbalas 121. TEAM CROCS mendahului STRIKER X dengan 3-1 di game yang pertama ini dengan Habeeb Muhd Hamid muncul pemain terbaik di game ini.

          Di game kedua Zaidin seolah-olah mendapat semangat yang baru apabila berjaya menewaskan Rahimi dengan 184-161. Habeeb yang muncul pemain terbaik di game pertama ternyata hilang arah apabila tumpuan penonton terarah kepada beliau. Habeeb gagal menyerap tekanan itu dan tewas 173-180. Mohd Azad kembali menceriakan kem TEAM CROCS apabila sekali lagi menumbangkan Shaifuddin dengan 202-133. Setelah tamat game kedua, Mohd Azad telah di umumkan sebagai pemain terbaik di pusingan ini dan TEAM CROCS mendahului STRIKER X dengan 6-2.

          Zaidin yang di harapkan dapat meneruskan aksi terbaik beliau gagal berbuat demikian. Zaidin tumpas sekali lagi dengan perbezaan pin sebanyak 47 pin setelah hanya mampu menjatuhkan sebanyak 138 pin sahaja. Habeeb yang gagal di game kedua tiba-tiba kembali ke rentak yang asal. Habeeb berjaya menewaskan Abd Kadir dengan 199-176. Mohd Azad sekali lagi di pilih sebagai pemain terbaik game ketiga setelah secara konsisten melakukan balingan dan menjatuhkan 208 pin menewaskan Shaifuddin yang hanya menjatuhkan sebanyak 147 pin. TEAM CROCS mendahului STRIKER X dengan 9-3 setelah tamat tiga game.

          Zaidin berjaya mengelakkan kekalahan di game terakhir apabila menumpaskan Rahimi dengan 172-168. Namun secara keseluruhan Rahimi menang 3-2 apabila berjaya memenangi jumlah pin individu keseluruhan. Habeeb meneruskan rentak balingan yang baik sehingga mencapai kemenangan 191-166 dan beliau juga menang kategori pin individu keseluruhan dengan 690 pin. Mohd Azad mengesahkan kemenangan TEAM CROCS 3 kali berturut-turut dalam liga ini apabila sekali lagi mudah menjinakkan cabaran Shaifuddin dengan 220-157. Mohd Azad juga mengungguli kategori individu setelah menajtuhkan sebanyak 753 pin @ 825 pin (termasuk handicap). Mohd Azad juga telah muncul pemain terbaik perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini dengan rekod bersih 5-0 selain mengumpul jatuhan pin yang amat baik. Setelah tamat perlawanan TEAM CROCS memenangi persaingan di antara kedua-dua pasukan dengan keputusan 16-4 dan setelah di campurkan mata Peterson TEAM CROCS menang dengan 38.6 berbalas 23.3.

          Dengan keputusan tersebut TEAM CROCS naik satu anak tangga dari tempat keduabelas kini di tangga kesebelas. TEAM CROCS akan menentang TALL BUILDING minggu hadapan dan di jangka akan berhadapan dengan ranjau yang penuh berduri kerana di sepanjang penglibatan TEAM CROCS tidak pernah mengalahkan pasukan bimbingan En. Abu Seman ini. STRIKER X pula di jadualkan menentang PARAGON.

          “Keputusan yang baik oleh TEAM CROCS semoga ianya menjadi pemangkin kepada perlawanan yang akan datang”, kata Habeeb selaku jurucakap TEAM CROCS.
            
   
Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh @N2PuCHoNG. 

SCORE SHEET TEAM CROCS vs STRIKER X


STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS




No comments:

Post a Comment