IN THE ZONE TERSUNGKUR
Kuching – 24 Jun 2011
IN THE ZONE telah mempamerkan persembahan ala yo-yo pada perlawanan menentang TRANSFORMER malam tadi. Walaupun berjaya menang pada perlawanan sebelum ini menentang gergasi 90’s akhirnya tersungkur rebah ke bumi setelah di jinakkan oleh pasukan TRANSFORMER.
Menurunkan barisan seperti Adrian Adam, Ahmad Fikri dan Sufian Othman yang mempunyai purata 164.40 pin menentang TRANSFORMER, di lihat telah meningkat naik kebelakangan ini yang menurunkan barisan terkuat mereka dengan Azree, Andy Ismail dan Ramzan berpurata 170.44.
IN THE ZONE bermula dengan baik setelah menang 3-1 hasil mata daripada Adrian Adam, Sufian Othman dan jumlah jatuhan pin berpasukan di game pertama. TRANSFORMER berjaya mencuri satu mata hasil kemenangan Andy Ismail terhadap Ahmad Fikri dengan 180-160 (199-175). Andy Ismail muncul pemain terbaik di game pertama ini.
Setelah tewas di game pertama TRANSFORMER telah mengandakan usaha dan akhirnya mereka berhasil memenangi game kedua dengan 4-0. Walaupun Adrian Adam dan Sufian Othman telah bermain dengan baik dan menjatuhkan lebih daripada 180 pin namun kebangkitan pemain TRANSFORMER telah membuahkan hasil yang lumayan. Pemain terbaik kali ini jatuh kepada Ramzan yang telah menjatuhkan 206 pin (219 pin). Kedudukan semasa TRANSFORMER mendahului IN THE ZONE dengan 5-3.
Bayangan kekalahan IN THE ZONE mula dirasai semenjak game ketiga ini bermula. Adrian Adam menolak tuah kemenangan apabila gagal meneruskan momentum dua strike awal di game ke 3. Azree yang mengelakkan diri daripada open frame semenjak frame ke 4 telah berjaya menundukkan Adrian Adam dengan 157-148 (177-173). Ahmad Fikri yang masih tercari-cari formula untuk mendapatkan balingan yang baik ternyata tidak menepati status beliau apabila gagal membuat balingan sempurna seperti biasa. Beliau tumbang kepada Andy Ismail dengan 136-181 (151-200). Sufian Othman berjaya mengelakkan kekalahan buat kali kedua di tangan Ramzan dan memenaginya dengan 200-179 (215-192). Andy Ismail muncul pemain terbaik di game ketiga ini. TRANSFORMER mendahului IN THE ZONE dengan 8-4.
Peluang IN THE ZONE untuk menang tertutup rapat setelah TRANSFORMER membenam cabaran IN THE ZONE dengan kemenangan selesa 6-2. Dua mata IN THE ZONE telah di sumbangkan oleh Adrian Adam yang kembali menemui rentak setelah menukar bola. Andy Ismail muncul pemain terbaik perlawanan ini secara keseluruhan apabila menang 5-0 terhadap cabaran Ahmad Fikri.
Penganalisa sukan berpendapat TRANSFORMER mempunyai satu formasi yang baik serta peningkatan yang mendadak juga konsisten terhadap permainan membolehkan mereka di antara calon-calon juara Liga Autoside yang pertama kali di anjurkan ini. IN THE ZONE perlu mempunyai semangat berpasukan yang jitu jika mahu mencabar mana-mana pasukan selepas ini.
IN THE ZONE akan menentang SARAMART BOWLERS manakala TRANSFORMER akan di tentang G6 TEAM pada 27/06/2011.
Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh @N2PuCHoNG.







No comments:
Post a Comment