Wednesday, 15 June 2011

Liga Autoside Minggu Ke-6 : 90's vs IN THE ZONE

IN THE ZONE BERJAYA MERAIH KEMENANGAN PERTAMA


Kuching – 13 Jun 2011

Sekitar perlawanan di Minggu ke-6

          Strategi yang di lakarkan oleh ketua pasukan IN THE ZONE Alvin Sijore telah berjaya di realisasikan oleh anak-anak buah beliau apabila gandingan Mohd Fazreen Fadzuan, Ahmad Fikri dan Sufian Othman telah mempamerkan permainan yang baik seterusnya membantu IN THE ZONE mencapai kemenangan yang julung kalinya sejak bermulanya liga Autoside ini.

          Mohd Fazreen menunjukkan permainan yang baik di game pertama telah berjaya menewaskan Jocelyna Judith dengan 146-130 (171-147). Ahmad Fikri yang baru pulang daripada Bintulu dan di dalam keadaan yang tidak begitu sihat tetap bersemangat demi membantu IN THE ZONE mendapatkan keputusan yang lebih baik daripada yang sebelum ini. Walaupun Ahmad Fikri bermain dengan penuh keyakinan dan berjaya menjatuhkan sebanyak 206 pin (221 pin) namun beliau terpaksa akur dengan kehebatan Angelo Koay yang juga merupakan salah seorang jurulatih skuad negeri yang menjatuhkan 224 pin (236 pin) untuk mata penyamaan pasukan 90’s. Mohd Uzair yang turun selaku pemain pilihan perlawanan melakukan tiga kesilapan di frame ketujuh, lapan dan sembilan sebelum mengakhiri game pertama dengan tiga strike berturut-turut tewas di tangan Sufian Othman dengan 180-188 (187-203). IN THE ZONE menewaskan 90’s dengan 3-1 setelah memenangi jatuhan pin berpasukan game pertama apabila menjatuhkan sebanyak 540 pin (595 pin) berkelebihan 25 pin sahaja.

Mohd Fazreen Fadzuan menang di Game Pertama

          Kekalahan 90’s di game pertama telah mengubah permainan pemain mereka. Pasukan 90’s berjaya mengikat kedudukan 4-4 setelah berjaya memenangi game kedua juga dengan 3-1. Mata pasukan 90’s di perolehi hasil kemenangan Jocelyna Judith yang menewaskan Mohd Fazreen Fadzuan dengan 203-156 (220-181). Jocelyna mendahului Mohd Fazreen Fadzuan dengan kelebihan 15 pin sahaja. Angelo Koay yang di harapkan mendapatkan mata kedua pasukan 90’s gagal meneruskan aksi cemerlang beliau di game pertama setelah tunduk 169-180 (181-195) di tangan Ahmad Fikri. Angelo Koay juga kehilangan kelebihan 15 pin di game pertama setelah Ahmad Fikri berjaya mengatasi beliau dengan 3 pin sahaja. Mohd Uzair membuktikan kehebatan beliau setelah menaburkan satu mata lagi kepada pasukan 90’s. Mohd Uzair mudah menjinakkan Sufian Othman dengan 199-149 (206-164). Mohd Uzair kini mendahului Sufian Othman dengan kelebihan 26 pin. IN THE ZONE turut tumpas apabila pin berpasukan game kedua di menangi pasukan 90’s dengan 540-607 dan kini pasukan 90’s berkelebihan 42 pin.

Jocelyna Judith menang di Game Kedua


Ahmad Fikri beraksi dengan cemerlang

          Persaingan di game ketiga berlangsung dengan sengit dan penuh debaran. Debaran bermula dengan dua balingan pertama Jocelyna Judith mendapat split yang gagal di sempurnakan spare. Memperolehi lima spare berturut-turut di frame ketiga hingga frame ketujuh dan strike di frame kelapan sebelum kembali mendapat split di frame kesembilan. Manakala Mohd Fazreen Fadzuan memperolehi dua strike, lima spare dan satu balingan open sebelum menyamai pencapaian Jocelyna dengan split di frame kesembilan. Sehingga frame kesembilan Jocelyna yang ketinggalan sebanyak 13 pin perlu membuat strike home bagi membuka laluan beliau memenangi perlawanan ini. Balingan pertama beliau menemui strike manakala Mohd Fazreen hanya menjatuhkan sembilan pin. Balingan bonus pertama Jocelyna yang di harap memperolehi strike gagal apabila hanya mampu menjatuhkan spare di bonus frame. Mohd Fazreen yang mendapat peluang di atas kegagalan Jocelyna mendapatkan strike hanya perlu membuat balingan spare pin sepuluh. Ternyata Mohd Fazreen telah bersiap sedia dan menyerap semua tekanan membuat balingan spare dan di akhiri dengan sembilan pin sekali lagi. Mohd Fazreen memberikan mata pendahuluan kembali buat IN THE ZONE setelah menewaskan Jocelyna dengan 167-155 (192-172) dan kembali mendahului Jocelyna dengan 5 pin.

Angelo Koay dari pasukan 90's
         
          Debaran di teruskan oleh permainan yang dipersembahkan oleh Angelo Koay dan Ahmad Fikri. Angelo tidak bermain dengan baik dan hanya memperolehi satu strike di sepanjang game ketiga dan hanya memperolehi sebanyak 149 (161) jatuhan pin. Peluang yang terhidang buat Ahmad Fikri gagal di rebut beliau setelah hanya menjatuhkan sebanyak 131 (146) jatuhan pin. Kegagalan Ahmad Fikri mendapatkan spare di frame kesepuluh menjadi punca kekalahan kedua beliau di tangan Angelo yang kini kembali mendahului jumlah pin individu dengan kelebihan 12 pin sahaja. Kedudukan terkini kembali terikat 5-5.



Aksi menarik daripada Mohd Uzair dari pasukan 90's

          Saingan bertambah sengit dan tekanan makin kuat apabila jatuhan pin Mohd Uzair dan Sufian Othman tidak jauh terpisah. Mohd Uzair yang ketinggalan di frame kelapan dengan enam mata mendapat strike di frame kesembilan manakala Sufian Othman hanya mampu menjatuhkan spare di frame kesembilan. Mohd Uzair yang memerlukan strike di balingan kesepuluh gagal melaksanakan misi tersebut apabila hanya menjatuhkan spare dan di akhiri dengan strike di bonus frame bagi memperolehi sebanyak 183 (190) pin. Sufian pula hanya perlu menjatuhkan lebih daripada enam pin di frame kesepuluh berjaya mengelakkan daripada melakukan kesilapan dan menjatuhkan sembilan pin tanpa menjatuhkan spare. Walaupun jatuhan pin Sufian sebanyak 178 pin namun beliau tetap menang buat kali kedua apabila jumlah pin setelah dicampurkan dengan handicap berjumlah 193 pin. Walaubagaimanapun Mohd Uzair masih mendahului Sufian Othman dengan kelebihan 23 pin. IN THE ZONE sekali lagi memenangi jatuhan pin berpasukan di game ketiga dengan 476-487 (531-523). Sungguhpun menang pasukan 90’s tetap mendahului jumlah pin berpasukan keseluruhan dengan 34 pin. Setelah tamat game ketiga IN THE ZONE mendahului pasukan 90’s dengan 7-5.


Sufian Othman dari pasukan IN THE ZONE

          Menyedari peluang kedua-dua pasukan masih terbuka, pemain dari kedua-dua pasukan bertambah bersemangat di tambah dengan keriuhan dan sokongan dari penyokong kedua-dua pasukan. Jocelyna memulakan mata kemenangan menewaskan Mohd Fazreen di dalam perlawanan yang begitu sengit. Dua kesilapan Mohd Fazreen tidak melakukan spare telah memberikan ruang buat Jocelyna meraih kemenangan beliau yang kedua dengan 186-171 (203-196). Jocelyna turut mendapatkan mata ketiga apabila menang tipis terhadap Mohd Fazreen dengan kelebihan dua pin 674-640 (742-740).

          Ahmad Fikri yang tidak mengambil peluang di game ketiga telah mengubah corak permainan beliau di game terakhir setelah menukar bola daripada Damage kepada Fiery Siege. Ternyata tindakan beliau mendatangkan hasil apabila mudah menundukkan Angelo Koay yang gagal beraksi dengan baik. Ahmad Fikri memberikan kembali mata pendahuluan buat IN THE ZONE setelah menang 181-137 (196-149) seterusnya memenangi jumlah pin individu dengan 698-679 (758-727) berkelebihan 31 pin.

          Tumpuan di berikan kepada pemain terakhir kedua-dua pasukan apabila jatuhan pin Mohd Uzair dan Sufian Othman sentiasa rapat dan sering bertukar pendahulu mata. Sufian berjaya membenam tiga strike berturut-turut dan di ikuti dengan satu spare mendahului lawan beliau sebelum membuat open di frame di frame kelima. Mohd Uzair pula membuat dua spare di dua frame awal sebelum membenam tiga strike berturut-turut di frame ketiga hingga kelima kembali mendahului Sufian di frame keempat hingga frame kelapan. Di frame kelapan kedua-dua pemain memperolehi split yang gagal disempurnakan. Mohd Uzair pada ketika ini mendahului Sufian dengan kelebihan 17 pin. Mohd Uzair gagal mempertahankan mata pendahuluan setelah gagal menyempurnakan spare pada pin 10 di frame kesembilan manakala Sufian berjaya mendapatkan strike. Mohd Uzair menamatkan permainan dengan strike dan spare di frame kesepuluh bagi jumlah jatuhan sebanyak 193 (200) pin. Sufian juga melakukan satu lagi strike dan satu spare di frame kesepuluh untuk memenangi perlawanan dengan jatuhan pin sebanyak 194 (209). Namun begitu Mohd Uzair berjaya mempertahankan kelebihan 23 pin apabila menundukkan Sufian dengan kelebihan 14 pin setelah menjatuhkan 755-709 (783-769).

Ketua pasukan IN THE ZONE, Alvin Sijore (duduk) tersenyum melihat kedudukan semasa

          IN THE ZONE berjaya mendapatkan mata kemenangan iaitu mata kesebelas dan kedua belas melalui jatuhan pin berpasukan di game terakhir dengan kelebihan 49 pin seterusnya memintas defisit 34 pin yang di perolehi oleh pasukan 90’s di game ketiga dengan kelebihan 15 pin setelah menjatuhkan sebanyak 2047 (2267) pin. Keputusan muktamad IN THE ZONE telah melakarkan sejarah dengan mendapatkan kemenangan pertama kejohanan dan membenam salah satu pasukan gergasi liga Autoside iaitu 90’s dengan 12-8. Setelah di campurkan dengan mata Peterson IN THE ZONE memperolehi 34.67 mata manakala pasukan 90’s mendapat 30.52 mata.

Di antara penyokong kuat IN THE ZONE
Dari Kanan: Alvin Sijore, Yusri Suhaimi, Adrian Adam & Juliana Ismail

          Ketua pasukan IN THE ZONE Alvin Sijore dan perunding motivasi Puan Juliana Ismail adalah orang yang paling bergembira kerana sokongan yang mereka berikan tidak dipersiakan oleh ketiga-tiga pemain IN THE ZONE. “Kemenangan ini amat bermakna dan menewaskan pasukan sehebat 90’s adalah satu pencapaian yang amat baik namun di harap para pemain IN THE ZONE mampu mengekalkan prestasi sebegini jika bercita-cita ingin mencabar pasukan-pasukan lain”, kata Alvin Sijore. Tambah beliau ini adalah satu permulaan yang hebat setelah hampir melakukannya ketika menentang MSRC minggu lalu dan satu strategi khas akan di bentuk bagi menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang. “Pujian kepada semua pemain kerana berjaya mengekalkan momentum permainan masing-masing di samping menyerap semua tekanan di sepanjang perlawanan berlangsung”, pujian dari Puan Juliana yang menyaksikan perlawanan bersama penyokong-penyokong pasukan yang telah menenggelamkan suasana di Crystal Bowl malam tadi.

          Perlawanan seterusnya bagi pasukan 90’s akan menentang pasukan yang diketuai oleh Puan Rakiah Ali iaitu G6 TEAM pada 21hb Jun 2011 manakala IN THE ZONE dijadualkan menentang musuh tradisi TEAM CROCS (pasukan yang semakin meningkat naik) iaitu TRANSFORMER pada hari yang sama.



          Sufian memberitahu Arena Sukan CROCS bahawa pasukan TRANSFORMER perlu di awasi dan jika persembahan seperti malam tadi di ulangi berkemungkinan IN THE ZONE akan meneruskan rentak kemenangan di liga Autoside.


STATISTIK PEMAIN IN THE ZONE KETIKA vs 90's


SCORE SHEET IN THE ZONE vs 90's
  
        
Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh NeCCaRD. 





No comments:

Post a Comment