Monday, 4 July 2011

2nd NOVICE TRIOS LEAGUE Week #4

TRANSFORMER KEKALKAN KEDUDUKAN


03 Julai 2011:  Minggu keempat kejohanan 2nd Novice Trios League berlangsung dengan jayanya tanpa banyak masalah walaupun hujan turun dengan lebatnya semenjak dari sebelah petang.

          Pendahulu liga TRANSFORMER meneruskan aksi memberangsangkan apabila berjaya menyingkirkan cabaran TITAN dengan kemenangan bergaya 13.5-6.5. TRANSFORMER telah menjatuhkan sebanyak 2023 pin pada malam tersebut. Berada di tempat kedua dengan jurang hanya 1.56 mata adalah pasukan EX 6. EX 6 yang terlucut gelaran pendahulu liga pada minggu ketiga telah berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan kembali takhta liga dan berjaya mencapai kemenangan setelah menundukkan UNDERDOG dengan 13-7.

          Keputusan luar biasa di catatkan oleh pasukan TIDAL BORE apabila membelasah TALL BUILDING SXX dengan mata maksimum 20-0 dan berjaya memperbaiki kedudukan mereka ke tangga ketiga liga yang di huni sebelum ini oleh PERFECXION. PERFECXION menerima tamparan yang kuat apabila barisan pemain IN THE ZONE seperti Zulhisham, Mohd Fazreen dan Fairoul Ashmey berjaya melakarkan kemenangan. IN THE ZONE melakukan kejutan menewaskan PERFECXION dengan 14-6. Ini juga kali pertama IN THE ZONE berjaya menjatuhkan lebih daripada 2000 pin semenjak kejohanan ini bermula. IN THE ZONE memperbaiki kedudukan dengan satu anak tangga ke tempat yang kesepuluh.

          TEAM CROCS yang di barisi pemain seperti Adrian Adam, Marzuki dan Yusri Suhaimi telah melakukan jatuhan pin terbanyak minggu ini dengan 2203 pin namun masih belum mampu mengugat kedudukan TRANSFORMER dan EX 6 di kategori Team High Series. TEAM CROCS menundukkan MIXED TEAM dengan 17-3 dan kini menghuni tangga kelima liga di belakang pasukan PERFECXION. Usaha TEAM CROCS untuk mengekalkan kejuaraan masih cerah jika persembahan seperti ini dapat di teruskan.

          TALL BUILDING tidak mempunyai masalah untuk menewaskan BLIND SCORE dengan 20-0. EZONET sekali lagi berjaya meraih kemenangan setelah berjaya menewaskan pasukan PRIDE dengan 11-9. Dengan keputusan ini PRIDE jatuh dua anak tangga dan kini berada di tangga keenam. SPAM pula mengenepikan cabaran UNITY EMPIRE dengan 17-3.

          Setelah tamat minggu keempat tiada perubahan yang berlaku di kategori lain seperti Individual High Game & Series serta Team High Game & Series.


SCORE SHEET TEAM CROCS & IN THE ZONE DI MINGGU KE-2





STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS & IN THE ZONE DI MINGGU KE-4




KEPUTUSAN PENUH LIGA MINGGU KE-4




         
ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh @n2PuCHoNG.

No comments:

Post a Comment