TEAM CROCS BERMULA DENGAN KEPUTUSAN YANG MEMBANGGAKAN
14 Julai 2011: TEAM CROCS telah menghantar dua buah pasukan bagi menyertai Liga terbaru anjuran Crystal Bowl yang di kenali sebagai 195 & Graded Foursome League 2011. Pasukan tersebut di beri nama TEAM CROCS dan TEAM CROCS X. TEAM CROCS akan di ketuai oleh En.Ahmad Fikri manakala TEAM CROCS X akan di pimpin oleh En.Zaidin Dasukin.
Setelah undian di buat TEAM CROCS akan bertembung dengan pasukan TALL BUILDING manakala TEAM CROCS X akan menentang SPINER KING. Perlawanan di mulakan sejurus semua pasukan mengambil lane masing-masing.
TEAM CROCS yang menurunkan barisan terkuat seperti Zulhelmi, Habeeb, Ahmad Fikri dan Ralf Edward berhasrat untuk memecahkan badi kekalahan ketika menentang TALL BUILDING . Hasrat TEAM CROCS membuahkan hasil yang baik setelah berjaya menumpaskan TALL BUILDING dengan keputusan 14-6.
Zulhelmi yang bertindak sebagai pemain pertama TEAM CROCS memulakan langkah TEAM CROCS seperti yang di inginkan. Bertemu pemain yang mempunyai ranking lebih tinggi daripada beliau tidak menganggu penumpuan serta keyakinan Zulhelmi di dalam perlawanan malam ini. Ruzaimah yang mempunyai banyak pengalaman sebelum ini kelihatan agak lewat untuk mengalahkan Zulhelmi. Zulhelmi memenangi game pertama dan kedua begitu mudah setelah mengalahkan Ruzaimah dengan keputusan 203-159 dan 187-157. Walaupun Zulhelmi kalah di game ketiga dengan 194-216 namun sudah cukup bagi beliau memunggut mata ke-3 setelah menumpaskan Ruzaimah 584-557 pada jumlah pin individu. Zulhelmi menang dengan keputusan 3-1.
Pemain kedua TEAM CROCS Habeeb Muhd Hamid pula mengambil cabaran bertembung dengan ketua pasukan TALL BUILDING iaitu Abu Seman. Habeeb telah menunjukkan satu prestasi yang begitu konsisten sepanjang pertemuan ini. Walaupun terpaksa akur tewas tipis di game pertama dengan keputusan 203-205 namun usaha berterusan beliau telah mengubah skrip yang ada. Habeeb memenangi semua mata selepas game pertama setelah menang di game kedua dengan 202-172 dan game ketiga dengan 221-161 untuk melayakkan beliau di nobatkan sebagai pemenang dengan keputusan 3-1 sesudah terus menghukum Abu Seman pada jatuhan pin individu dengan 626-538.
Ketua pasukan TEAM CROCS Ahmad Fikri pula berlainan ceritanya. Di kala TEAM CROCS mengharapkan agar Ahmad Fikri dapat memimpin TEAM CROCS namun tindakan penyudah beliau masih berkarat. Ahmad Fikri tewas pada semua game termasuk jumlah pin individu kepada Hipni Morni yang tenang menghukum kelemahan dan kealpaan Ahmad Fikri. Hipni menang dengan 202-171, 213-178 dan 196-183 untuk mengumpul sejumlah 611 pin meninggalkan Ahmad Fikri dengan perbezaan 79 pin.
Ralf Edward yang menentang pemain terkemuka TALL BUILDING Adrian Chan tidak bermain seperti yang di harapkan. Namun nasib berpihak kepada Ralf Edward kerana permainan Adrian Chan juga tidak menjadi dan banyak melakukan kesilapan seterusnya banyak mempengaruhi keputusan di antara kedua-dua pemain ini. Ralf Edward menang kesemua permainan dengan keputusan 4-0 setelah memenangi semua mata dengan 183-142, 180-160, 171-164 dan pin individu keseluruhan juga berpihak kepada Ralf Edward dengan 514-466.
Walaupun TEAM CROCS memenangi perlawanan malam ini dengan 14-6 namun sekiranya pemain-pemain TALL BUILDING bermain seperti sediakala berkemungkinan besar keputusan perlawanan akan berubah. Hanya Zulhelmi dan Habeeb dapat mempamerkan persembahan yang baik manakala Ahmad Fikri dan Ralf Edward perlu berusaha dengan lebih gigih jika mahu menakluki liga ini. Pemain TEAM CROCS Habeeb di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan kerana berjaya menjatuhkan pin melebihi average dan juga banyak membantu di atas kemenangan TEA CROCS kali ini.
Pasukan kedua TEAM CROCS iaitu TEAM CROCS X pula yang menurunkan pemain seperti Zaidin, Mohd Azad, Faizal Bujang dan Cikgu Maxwell hampir membuat kejutan ketika bertemu pasukan SPINER KING yang menurunkan pemain-pemain berkaliber seperti Aaron Tay, Edwin Wee, Lee Wee Ming dan Peter Pu. TEAM CROCS tewas tipis di dalam perlawanan ini dengan keputusan 9-11.
Faizal Bujang yang di turunkan selaku pemain pertama berjaya menyingkirkan cabaran Aaron Tay dengan keputusan 3-1. Kelebihan sebanyak 20 pin handicap yang dimiliki beliau banyak membantu di atas semua kemenangan ini. Faizal Bujang mengalahkan Aaron Tay dengan 199-182, 178-180, 171-165 dan jumlah keseluruhan pin sebanyak 548-527.
Ketua pasukan TEAM CROCS X, Zaidin Dasukin pula hanyut ketika bertembung dengan Edwin Wee. Walaupun Zaidin berkelebihan 10 pin handicap namun beliau gagal menafaatkan kelebihan tersebut setelah gagal menjatuhkan pin lebih tinggi daripada beliau selalu lakukan. Zaidin tewas semua 4 mata di tangan lawan beliau dengan keputusan 154-203, 169-193, 151-206 dan jumlah keseluruhan pin individu sebanyak 474-602.
Mohd Azad yang gagal menyerlah minggu lalu ketika mewakili TEAM CROCS di dalam Liga Autoside kembali menyinar malam ini. Beliau berjaya menggunakan kelebihan 15 pin handicap yang di miliki beliau untuk mencatatkan kemenangan mutlak 4-0 ke atas Lee Wee Ming. Walaupun di game ke-2 dan terakhir jatuhan pin beliau di bawah Lee Wee Ming namun kelebihan handicap banyak membantu beliau mencatatkan kemenangan bermakna ini. Mohd Azad menumbangkan sebanyak 189, 197, 190 untuk jumlah pin individu keseluruhan sebanyak 576 manakala Lee Wee Ming pula menjatuhkan 165, 196, 183 untuk pin keseluruhan beliau sebanyak 544.
Cikgu Maxwell membuat high game di game pertama dan mencatatkan kemenangan ke atas Peter Pu namun di game berikutnya beliau gagal membuat balingan-balingan yang konsisten. Peluang ini di rebut sepenuhnya oleh Peter Pu yang menang dua game berikutnya dan terus menambah mata setelah menang pada pin individu keseluruhan. Peter Pu menang 3-1 dengan 179-192, 188-173, 164-156 dan jumlah keseluruhan pin sebanyak 531-521. TEAM CROCS hanya menang satu daripada 4 mata bagi jumlah pin berpasukan dengan punggutan sebanyak 2119 pin berbanding SPINER KING yang mengumpul sebanyak 2279 pin.
Edwin Wee pemain daripada SPINER KING di nobatkan pemain terbaik perlawanan kerana mengungguli jumlah jatuhan pin individu dengan 602 pin.
No comments:
Post a Comment