Monday, 11 July 2011

2nd NOVICE TRIOS LEAGUE Week #5

TEAM CROCS MELEPASKAN PELUANG


11 Julai 2011:  TEAM CROCS yang kini berada di tangga ke-5 liga Novice sebelum perlawanan malam tadi menentang pasukan yang pernah menakluki tahkta liga dan kini berada di kedudukan ke-2 iaitu EX6 telah berlangsung petang semalam kerana penangguhan yang tidak dapat di elakkan.

          TEAM CROCS memerlukan kemenangan bagi terus mencabar pasukan teratas seperti TRANSFORMER, EX6, TIDAL BORE BOWLERS dan PERFECXION telah berusaha keras bagi merealisasikan hasrat tersebut.

          Game pertama bermula dengan baik buat TEAM CROCS apabila Adrian Adam yang bertindak selaku pemain pertama telah bermain dengan baik walaupun mendapat 2 split di dua frame pertama yang tidak mengugat keyakinan beliau dengan terus melakukan balingan-balingan yang konsisten dan baik untuk melakar kemenangan selesa dengan menewaskan Taufiq 185-157.

          Marzuki yang mendapat 2 split pada frame pertama dan ke-6 juga tidak terganggu dengan keputusan tersebut apabila terus membuat balingan yang meyakinkan sehingga berjaya menundukkan Sazali dengan keputusan tipis 180-174.

          Hazimi yang bertindak sebagai ANCHOR TEAM CROCS banyak melakukan open frame begitu juga dengan lawan beliau Zaaba bagi mencatat keputusan seri apabila kedua-dua pemain terikat pada jumlah jatuhan pin yang sama iaitu 152 pin. Hazimi bernasib baik dapat mencatat keputusan seri apabila dua balingan di frame ke-9 dan 10 Zaaba memperolehi open frame manakala Hazimi bangkit di saat akhir dengan menjatuhkan 2 spare dan strike di balingan bonus untuk kedudukan seri tersebut.

          TEAM CROCS mendahului EX6 setelah berakhir game pertama dengan 3.5 berbalas 0.5 setelah menang di jumlah pin berpasukan game pertama dengan keputusan 517-483 perbezaan 34 pin. Pemain terbaik game pertama jatuh kepada Adrian Adam dari TEAM CROCS yang menjatuhkan pin terbanyak di game tersebut.

          Di game kedua Adrian Adam terus menganas dengan balingan yang konsisten dan meyakinkan. Namun begitu Taufiq tidak memberikan jalan yang mudah buat Adrian Adam apabila berjaya mengheret perlawanan sehingga balingan terakhir. Adrian Adam bernasib baik apabila balingan terakhir Taufiq yang tersasar membolehkan beliau mencatat kemenangan kedua dengan keputusan tipis 199-197.

          Marzuki juga meneruskan aksi cemerlangnya apabila kali ini mudah menjinakkan Sazali yang tidak berjaya memperolehi sebarang strike di game ke-2 dengan keputusan 180-159. Marzuki kini mendahului Sazali dengan 2-0 dan berkelebihan sebanyak 27 pin.

          Walaupun Hazimi kali ini berjaya memperbaiki mutu balingan beliau namun beliau gagal mendapatkan mata seterusnya buat TEAM CROCS apabila beliau yang memerlukan sekurang-kurangnya spare di frame terakhir gagal melaksanakannya dan tewas tipis 167-173.

          TEAM CROCS terus mendapatkan mata apabila menang kategori pin berpasukan game ke-2 dengan keputusan 546-529 menjadikan kedudukan semasa TEAM CROCS mendahului EX6 dengan 6.5-1.5 dan berkelebihan 51 pin bagi kategori pin keseluruhan. Pemain terbaik game ke-2 ini jatuh kepada Adrian Adam sekali lagi berdasarkan konsisten balingan dan catatan jatuhan pin beliau.

          TEAM CROCS yang kini di lihat mampu melakarkan kemenangan bergaya ke atas EX6 mula goyah sebaik bermulanya game ke-3. Petanda kekalahan TEAM CROCS dapat di rasakan oleh semua penyokong yang hadir setelah trio EX6 begitu bersemangat dan mula melipatgandakan usaha bagi mencatatkan kemenangan sementara pemain-pemain TEAM CROCS di lihat begitu tertekan.

          Adrian Adam yang memperolehi 2 split berturut-turut di frame ke-5 & ke-6 telah membuatkan beliau sedikit tertekan apabila Taufiq berjaya mengekalkan mutu balingan beliau sehinggakan Taufiq berjaya melakukan split conversion di frame ke-8. Dengan split conversion itu telah membantu Taufiq mencipta kemenangan pertama terhadap Adrian Adam dengan keputusan 187-163. Kini Taufiq berjaya mengurang kelebihan pin daripada 30 kepada 6 pin sahaja yang di miliki oleh Adrian Adam.

          Marzuki yang bermain dengan begitu baik dan berjaya menjatuhkan pin di atas average beliau juga terpaksa menelan kekalahan pertama beliau akibat kebangkitan yang di tunjukkan trio EX6. Sazali yang bertindak garang meledakkan 208 jatuhan pin meninggalkan Marzuki yang hanya mampu menjatuhkan sejumlah 176 pin. Sazali juga mula mendahului Marzuki dengan kelebihan 5 pin walaupun setakat ini ketinggalan 1-2 kepada Marzuki. “Kesilapan 3 open frame di awal permainan menjadi punca kekalahan Marzuki”, kata salah seorang penyokong TEAM CROCS yang tidak mahu di kenali.

          Hazimi terus tenggelam apabila hanya mencatatkan 134 pin sementara Zaaba terus tenang dan mencatatkan kemenangan ke-2 apabila berjaya menjatuhkan sebanyak 168 pin. Zaaba juga terus meninggalkan Hazimi dengan perbezaan 39 pin bagi jatuhan pin keseluruhan individu.

TEAM CROCS terus kecewa apabila EX6 pada kali ini menakluki jumlah pin berpasukan di game ke-3 dengan keputusan 563-473. TEAM CROCS juga hilang penguasaan kelebihan 51 pin sebelum ini dan kini ketinggalan sebanyak 39 pin bagi jumlah jatuhan pin keseluruhan berpasukan. TEAM CROCS yang tumpas 4-0 di game ke-3 ini masih mendahului EX6 dengan 6.5-5.5. Pemain terbaik pada game kali ini berpindah tangan kepada Sazali dari EX6 yang menjatuhkan pin tertinggi setakat ini di antara kedua-dua pasukan.

TEAM CROCS yang menyedari perlu untuk bangkit di game terakhir ini untuk melakarkan kemenangan telah berusaha keras di dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Namun permulaan yang serba tidak menjadi oleh TEAM CROCS apabila Adrian Adam seklai lagi telah mendapat 2 split di frame ke-5 dan ke-8 yang secara tidak langsung telah mengakibatkan kekalahan kedua beliau petang tadi dengan 177-195. Taufiq terus menghukum Adrian Adam dengan mencatatkan kemenangan ke-3 apabila berjaya menewaskan Adrian sekali lagi bagi kategori pin individu dengan keputusan 736-724 perbezaan sebanyak 12 pin sahaja.

Marzuki berjaya menghidupkan suasana dan berjaya memecah kebuntuan apabila mencatatkan jumlah jatuhan pin tertinggi beliau pada petang tadi dengan 224 pin seterusnya berjaya menumpaskan Sazali yang hanya menjatuhkan sebanyak 188 pin. Marzuki juga turut mendapatkan mata keempatnya sepanjang perlawanan petang tadi dengan menewaskan Sazali 760-729 bagi jumlah pin individu untuk kedudukan semasa TEAM CROCS mendahului EX6 dengan 8.5-7.5 mata.

Hazimi yang di harap mampu mencatatkan jatuhan pin yang tinggi berbanding sebelum ini berjaya melakukannya. Hazimi melakukan kejutan apabila berjaya menjatuhkan sebanyak 201 pin. Namun Zaaba yang menyedari kekalahan yang bakal di kutip oleh EX6 sekiranya beliau gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ANCHOR telah bertindak pantas memperbaiki mutu balingan beliau sehingga berjaya mencatatkan sebanyak 204 pin pada game terakhir ini bagi mencatatkan kemenangan tipis 3 pin sahaja. Hazimi terus gagal apabila di tundukkan oleh Zaaba sekali lagi menerusi jumlah pin individu dengan perbezaan 43 pin. Pemain terbaik game terakhir ini telah di menangi oleh Marzuki yang mencatatkan jatuhan pin yang tinggi.

Namun begitu TEAM CROCS berjaya mencuri mata menerusi jumlah pin berpasukan di game ke-4 ini setelah mengalahkan EX6 dengan keputusan 602-587. Kedudukan terkini kedua-dua pasukan terikat 9.5 mata namun keputusan terlerai juga akhirnya apabila EX6 mengutip mata terakhir menerusi jumlah jatuhan pin berpasukan keseluruhan dengan 2162 berbalas 2138 yang menjadikan kemenangan berpihak kepada EX6 dengan keputusan rasmi 10.5-9.5 atau setelah di campurkan dengan mata Peterson EX6 mengutip 32.1 mata sementara TEAM CROCS memperolehi 30.9 mata. Zaaba di pilih sebagai pemain terbaik di antara kedua-dua pasukan setelah berjaya menjadi penentu keputusan bagi kedua-dua pasukan ini.

Penganalisis Sukan TEAM CROCS berpendapat keputusan yang di perolehi oleh TEAM CROCS adalah baik walaupun tumpas. Ini adalah kerana mereka mampu mendapatkan mata Peterson melebihi 30 mata. TEAM CROCS sebenarnya mampu menewaskan EX6 petang tadi akan tetapi kesilapan yang tidak di sedari sedikit sebanyak telah mengubah keputusan. “Kesilapan meletakkan kedudukan para pemain adalah salah satu daripadanya”, kata penganalisis sukan TEAM CROCS. “Jika Hazimi di letakkan sebagai pemain pertama dan Adrian Adam di letakkan sebagai pemain ketiga maka keputusannya pasti akan berubah. Hazimi yang berpurata sekitar 136 pin di letakkan menentang pemain yang mempunyai purata yang lebih tinggi iaitu disekitar 167 pin. Pasti agak sukar bagi Hazimi menyaingi Zaaba di tambah lagi dengan kekurangan latihan dan pertandingan yang di sertai Hazimi untuk bertindak selaku ANCHOR yang pastinya memerlukan pemain yang dapat mengawal keadaan dan mengubah keputusan di saat-saat yang memerlukan”, tambah beliau. ARENA SUKAN CROCS berpendapat faktor tersebut perlu di jadikan pengajaran dan panduan di masa akan datang agar keputusan yang lebih baik dapat di capai pada perlawanan yang akan datang.

TEAM CROCS akan di jadualkan menentang UNDERDOG pada hari Ahad depan bersamaan 17hb Julai 2011 manakala EX6 pula akan berhadapan dengan pasukan PRIDE di hari yang sama.



IN THE ZONE MELAKSANAKAN MISI DENGAN JAYANYA


11 Julai 2011:  Sebelum perlawanan bermula malam tadi, para pemain IN THE ZONE telah di berikan beberapa misi khas untuk di realisasikan oleh pihak pengurusan pasukan. Di antara misi-misi itu adalah untuk menjatuhkan lebih daripada 2150 pin termasuk handicap bagi berpasukan dan misi-misi khas untuk setiap individu yang bermain malam tadi.

          Pada awalnya Fairoul Ashmey di letakkan sebagai pemain pertama di ikuti oleh Alvin Sijore dan Habeeb bertindak sebagai ANCHOR IN THE ZONE. Namun pertukaran posisi pemain telah di buat di saat-saat akhir oleh pengurus pasukan yang meletakkan Alvin Sijore sebagai pemain pertama dan Fairoul Ashmey di posisi pemain kedua. Tindakan ini di ambil adalah kerana rekod Fairoul Ashmey ketika menentang pemain wanita agak lemah dan keputusan yang di ambil bagi memastikan misi yang di berikan tercapai. Kata sepakat telah di persetujui bagi tujuan tersebut oleh semua pemain.

          IN THE ZONE memulakan langkah dengan harapan yang di letakkan di bahu ketua pasukan Alvin Sijore dengan baik di 5 frame yang pertama namun selepas itu tumpuan beliau terjejas dan hanya mampu melakukan satu strike dan selebihnya open frame. Peluang ini di ambil dengan baik oleh pemain SPAM Dayang Maslia yang mula merapati mata Alvin dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Dayang Maslia dengan kemenangan tipis 158-156.

          Fairoul Ashmey yang menjadi tunjang kekuatan IN THE ZONE musim ini bermain dengan baik pada game pertama ini. Walaupun di frame ke-4 balingan pertama beliau memasuki GUTTER namun ianya tidak menjejaskan tumpuan beliau terhadap permainan. Sepanjang game pertama ini Fairoul Ashmey telah membenam 5 strike, 2 spare dan 3 open frame untuk memperolehi 201 pin manakala lawan beliau Awangku Azlan tidak berupaya memberikan tentangan apabila hanya menjatuhkan sebanyak 115 pin untuk kemenangan berpihak FAiroul Ashmey.

Fairoul Ashmey (IN THE ZONE)

          Habeeb yang di turunkan selaku ANCHOR IN THE ZONE nyata tidak mengecewakan. Persembahan konsisten yang di pamerkan cukup mengembirakan penyokong-penyokong IN THE ZONE. Habeeb menewaskan Suit dengan keputusan 192-176.

          IN THE ZONE juga mendominasi jumlah pin berpasukan game pertama dengan 549 pin berbalas 449 pin. Setelah tamat game pertama IN THE ZONE mendahului SPAM dengan 3-1 dan mempunyai kelebihan 100 pin. Pemain terbaik game ini telah di berikan kepada Fairoul Ashmey yang telah berjaya mencatat 201 jatuhan pin.

          Alvin memulakan game ke-2 dengan sedikit tekanan berikutan kekalahan di game yang pertama tadi telah mengumpul segala tenaga dan harapan yang di perolehi daripada Fairoul Ashmey yang sering memberikan semangat kepadanya. Memulakan balingan dengan 2 spare dan satu open di tiga frame pertama, Alvin telah mengorak langkah dengan bergaya apabila membenam jatuh 5 strike berturut-turut bermula di frame yang keempat. Menjatuhkan spare di frame yang ke-9 dan mengakhiri game pertama dengan satu strike dan open frame 8 pin menjadikan jumlah jatuhan pin beliau untuk game ke-2 ini sebanyak 238 pin. Walaupun Dayang Maslia turut mendapat jatuhan pin yang baik iaitu 176 pin namun belum cukup untuk beliau mendapatkan mata yang ke-2 buat pasukan SPAM.


Alvin Sijore berjaya menjatuhkan 218 pin (tidak termasuk handicap) di game kedua.

           Fairoul Ashmey tidak memberikan ruang bagi Awangku Azlan untuk mencabar permainan beliau apabila sekali lagi dengan tenang berjaya menewaskan lawannya itu dengan keputusan 176-121. Fairoul Ashmey juga mendahului jumlah punggutan pin individu bagi kedua-dua pemain dengan 141 pin.

          Harapan yang di letakkan kepada Habeeb tampak mendatangkan hasil apabila beliau dengan mudah membuat 2 strike dan 2 spare yang bersilang pada empat balingan pertama berliau namun setelah memperolehi split di frame ke-5 tumpuan beliau telah terjejas. Walaupun cuba bangkit di frame terakhir dengan 1 strike dan spare namun masih gagal mencipta kemenangan ke-2 apabila Suit berjaya membenam 3 strike pada frame ke-10. Habeeb tewas dengan keputusan 161-195. Suit juga turut mendahului Habeeb dengan kelebihan 18 pin setelah tamat game kedua. IN THE ZONE berjaya memperolehi mata ke-3 apabila jumlah pin berpasukan game ke-2 dengan kelebihan 83 pin setelah menjatuhkan sebanyak 575 pin.

 Suit dari pasukan EX6

          IN THE ZONE terus mendahului SPAM dengan 183 pin dan berkedudukan 6-2. Pemain terbaik game kedua ini jatuh kepada Alvin Sijore yang juga telah berjaya menempatkan nama di tangga ke-2 di dalam Individual High Game (Handicap) menolak keluar nama Salbiah daripada TALL BUILDING dengan 238 pin tadi.

          Game ketiga bermula dengan semua mata tertumpu kepada Alvin Sijore ketika beliau ingin membuat balingan. Memulakan 4 frame pertama dengan baik namun bermula di frame ke-5 beliau telah hilang sedikit fokus setelah Dayang Maslia mula memberikan tentangan. Nasib Alvin begitu baik kerana Dayang Maslia tidak dapat melakukan sebarang strike di game kedua ini. Berbekalkan 6 spare yang di perolehi sepanjang game yang ke-3 ini dan mempunyai jumlah jatuhan pin sebanyak 164 pin sudah cukup buat Alvin untuk memenangi perlawanan ke-3 ini dengan keputusan tipis 167-164.

Dayang Maslia dari EX6

          Fairoul Ashmey terus menghasilkan keputusan yang baik dan mudah menewaskan Awangku Azlan dengan keputusan 181-153 sekaligus menjarakkan kelebihan kepada 169 pin.

          Habeeb yang tewas di game ke-2 bangkit pada game ke-3 kali ini apabila berjaya menewaskan Suit dengan keputusan 167-142. Walaupun di ekori rapat Suit namun Habeeb yang membenam 3 strike berturut-turut di frame ke-10 berjaya melepasi ranjau apabila menewaskan Suit dengan 167-142. Habeeb juga turut mengambil posisi pendahulu pin individu apabila berkelebihan sebanyak hanya 7 pin sahaja.

Habeeb (IN THE ZONE)

          IN THE ZONE menyapu bersih 4 mata yang terhidang di game ke-3 apabila menjatuhkan sebanyak 515 pin berbanding SPAM yang menjatuhkan sebanyak 459 pin. IN THE ZONE terus melebarkan jurang kelebihan kepada 239 pin iaitu satu jumlah yang amat besar. IN THE ZONE mendahului SPAM dengan keputusan 10-2. Seklai lagi Fairoul Ashmey di pilih sebagai pemain terbaik game ke-3 ini.

          Harapan mencapai misi yang di berikan semakin hampir dan mampu di genggan oleh para pemain IN THE ZONE. Alvin sekali lagi bertindak dengan baik dan berhati-hati apabila berjaya menewaskan Dayang Maslia buat kali ketiga dengan keputusan 178-150. Alvin melengkapkan misi peribadinya dengan cemerlang apabila menghadiahkan satu lagi mata buat IN THE ZONE setelah berjaya mengumpul sebanyak 730 pin berbanding Dayang Maslia yang hanya menjatuhkan sebanyak 648 pin.

          Fairoul Ashmey kelihatan sedikit tenggelam pada permainannya di game terakhir ini. 4 open frame yang di perolehinya dan punggutan pin yang tidak banyak pada game kali ini iaitu 164 pin telah cukup menghadiahkan mata ke-13 buat IN THE ZONE. Awangku Azlan yang menjatuhkan sebanyak 128 pin turut gagal menhalang Fairoul Ashmey daripada memiliki mata ke-14 buat IN THE ZONE setelah jauh tercicir di kategori pin individu dengan defisit 205 pin.

Awgku Azlan dari EX6

          Berbaki 4 mata yang tinggal, IN THE ZONE hanya memerlukan 2 mata lagi untuk merealisasikan misi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pasukan. Habeeb menjadi sandaran untuk mendapatkan baki mata tersebut telah berhempas pulas di game terakhir ini. Walaupun bola beliau telah memasuki poket yang sesuai namun sikap benci pin terhadap bola yang telah di gunakan beliau menyukarkan Habeeb memperolehi strike di 4 frame pertama. Usaha mengejar mata yang di tunjukkan oleh Habeeb bermula sewaktu frame ke-5 namun belum cukup menandingi kehebatan Suit yang kelihatan begitu tenang melakukan balingan. Habeeb tewas sekali lagi di tangan Suit dengan 170-197. Kelebihan 7 pin yang di miliki oleh Habeeb juga turut di rampas oleh Suit apabila menewaskan Habeeb buat kali ke-3 dengan 710-690. Pemain terbaik untuk game terakhir ini di berikan kepada Suit kerana berjaya mengelakkan SPAM dari kekalahan yang lenih besar.

          Kemenangan Suit itu tidak membantu SPAM mendapatkan mata seterusnya apabila IN THE ZONE memiliki mata ke-15 hasil jatuhan pin berpasukan game terakhir ini dengan 512 berbalas 475. IN THE ZONE meraih mata ke-16 yang juga mata yang di cari-cari apabila menumbangkan SPAM dari segi kutipan pin keseluruhan dengan 2151 pin berbalas 1875 pin. Dengan ini IN THE ZONE berjaya menewaskan SPAM dengan 16-4 atau setelah di campurkan dengan mata Peterson IN THE ZONE menang 36.5 mata berbalas 22.8 mata. Pemain terbaik keseluruhan permainan di antara kedua-dua pasukan ini telah menjadi milik Alvin Sijore daripada IN THE ZONE kerana selain memiliki jumlah jatuhan pin keseluruhan terbanyak, beliau juga telah banyak membantu IN THE ZONE di dalam mencapai misi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan IN THE ZONE.

          Dengan kemenangan ini IN THE ZONE di jangka akan naik sebanyak 3 anak tangga daripada tangga ke-10 sebelum perlawanan ini dijalankan bergantung kepada keputusan yang lain. “Saya amat berbangga dengan semua pemain yang di turunkan malam ini kerana berjaya menyahut cabaran yang telah di berikan sebelum perlawanan. Walaupun IN THE ZONE sudah menang namun masih ada beberapa kelemahan pada pemain saya yang perlu di perbaiki”, kata Sufian Othman.

          Perlawanan seterusnya buat SPAM adalah menentang PERFECXION manakala IN THE ZONE di jadualkan menentang BLIND SCORE TEAM yang mana setiap pemain perlu menjatuhkan lebih daripada 100 pin setiap game untuk mendapatkan mata.




















ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh @n2PuCHoNG.



No comments:

Post a Comment