Thursday, 7 July 2011

Liga Autoside Minggu Ke-9 : IN THE ZONE vs TIDAL BORE

IN THE ZONE CIPTA KEMENANGAN


Kuching – 05 Julai 2011

          IN THE ZONE telah berjaya mencipta kemenangan berharga malam tadi setelah menundukkan TIDAL BORE dengan 12-8 (33.3 – 28.6). IN THE ZONE menurunkan dua pemain minggu lalu ketika menewaskan SARAMART BOWLERS iaitu Marzuki dan Mohd Fazreen serta Sufian Othman yang baru pulang dari Johor telah berhempas pulas menundukkan TIDAL BORE yang pada suatu ketika di lihat akan memenangi perlawanan malam tadi.

          Di game pertama Mohd Fazreen dan Marzuki menghadapi masalah dengan keadaan lane yang tidak begitu berminyak sehingga menyukarkan mereka membuat balingan yang berkesan. Mohd Fazreen yang turun selaku pemain pertama ternyata gagal menyaingi Mohd Sawaluddin dan tewas 160-184. Marzuki yang turun selaku pemain kedua pula hampir mencipta kemenangan setelah mendahului dari frame pertama hingga frame kelapan, namun open di frame kesembilan dan ditambah dengan dua strike berturut-turut di frame kesepuluh oleh Syed Arbini telah membuat Marzuki terpaksa mengigit jari dan tumpas dengan 149-161. Sufian Othman yang turun selaku anchor juga menghadapi masalah di lane 11 apabila setiap balingan beliau di lane tersebut hanya memperolehi spare manakala balingan di lane 12 beliau pasti mendapat mendapat strike. Sufian telah cuba menukar bola sewaktu membuat balingan di lane 11 sewaktu sedang mendahului jauh Mohd Yusup namun balingan beliau kali ini menghasilkan open frame. Di ketika ini Mohd Yusup telah berjaya mengejar dan merapatkan jurang pin namun akhirnya kemenangan berpihak kepada Sufian yang menewaskan Mohd Yusup dengan 189-176. TIDAL BORE mengumpul 3 mata di game pertama apabila mendahului jumlah pin dengan perbezaan 23 pin setelah menjatuhkan sebanyak 521 pin. Pemain terbaik game pertama menjadi milik Mohd Sawaluddin dan Syed Arbini kerana membantu pasukan mencatat kemenangan di game pertama.

          Di game kedua trio IN THE ZONE cuba mendapatkan semangat baru dengan masing-masing membuat bulatan dan memberikan semangat di antara satu sama lain. Kaedah ini hampir membuahkan hasil apabila IN THE ZONE nyaris dapat menundukkan TIDAL BORE namun terpaksa berpuashati dengan keputusan seri 2-2 di game kali ini. Mohd Fazreen melakukan sedikit perubahan dan tampak lebih bertenaga dan yakin ketika membuat balingan. Mohd Fazreen berpeluang mencapai kemenangan apabila balingan terakhir daripada Mohd Sawaluddin tidak menemui spare. Mohd Fazreen yang ketinggalan hanya 4 pin di frame kesembilan hanya memerlukan sekurang-kurangnya spare bagi memenangi perlawanan ini. Balingan pertama beliau meninggalkan pin 10 dan beliau amat memerlukan spare untuk menang. Akibat tekanan yang tinggi balingan kedua beliau tidak menemui sasaran dan beliau tewas tipis sebanyak 4 pin setelah menjatuhkan sebanyak 187 pin. Marzuki yang masih tercari-cari rentak terus buntu dengan balingan beliau. Walaupun di game kedua ini Marzuki memperolehi 4 strike namun kegagalan beliau melakukan spare telah mengakibatkan kekalahan keduanya di tangan Syed Arbini dengan keputusan 153-186. Sufian Othman yang memenangi perlawanan di game pertama terus mendapatkan mata buat IN THE ZONE apabila berjaya membenam sebanyak 9 strike, 2 spare dan satu split yang gagal disempurnakan di sepanjang game yang kedua ini. Beliau berjaya menewaskan Mohd Yusup dengan 246-181 sekaligus membantu IN THE ZONE mendapatkan mata penyamaan hasil dari jumlah pin berpasukan game kedua dengan 586-558. Beliau juga telah di pilih sebagai pemain terbaik game kedua dengan jatuhan pin yang banyak itu. Kedudukan semasa kini IN THE ZONE sedang ketinggalan dengan 3-5.

          IN THE ZONE yang masih belum patah semangat dan berusaha bersungguh-sungguh telah mendapat ganjaran yang di ingini apabila menang di game ketiga dengan keputusan 3-1. Mohd Fazreen memulakan rentak kemenangan IN THE ZONE dengan mencatat kemenangan mudah setelah berjaya menjatuhkan sebanyak 202 pin sementara Mohd Sawaluddin pula hanya berjaya menjatuhkan sebanyak 154 pin. Mohd Fazreen mendapat berita gembira apabila di umumkan sebagai pemain terbaik game ketiga ini. Berkat kesabaran Marzuki membuahkan hasil apabila berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Syed Arbini dengan 171-145. Kemenangan ini di hasilkan setelah beliau berjaya melakukan 2 strike berturut-turut di frame kesembilan dan sepuluh. Sufian Othman yang sebelum ini di jangka akan terus menganas tidak menjadi kenyataan apabila balingan kedua dan ketiga beliau menemui split yang gagal di sudahkan. Walaupun mengharungi baki balingan dengan strike dan spare serta mendahului Mohd Yusup namun tekanan yang sama seperti yang di alami oleh Mohd Fazreen di game kedua telah mengubah keputusan dengan kemenangan berpihak kepada Mohd Yusup dengan keputusan 200-181. IN THE ZONE berjaya menjatuhkan sebanyak 554 pin dan memenangi jumlah pin berpasukan game ketiga ini. Keputusan semasa terikat 6-6 namun IN THE ZONE mendahului punggutan pin keseluruhan dengan kelebihan 60 pin.

          Di game terakhir pemain dari kedua-dua pasukan saling bersaing rapat sehingga ke penghujung perlawanan. Mohd Fazreen yang tewas di dua game awal telah membuktikan semangat yang jitu untuk memenangi baki 2 mata yang ada. Dengan kelebihan 20 pin sebelum bermulanya game ini, Mohd Fazreen hanya perlu mengelakkan kekalahan bagi memastikan beliau mendapat 3 mata daripada 5 mata yang ada. Bermula dengan agak goyah Mohd Fazreen menguatkan azam meskipun telah ketinggalan sepanjang game terakhir ini. Berkat kesungguhan yang ada beliau telah berjaya memperolehi kemenangan yang di cari. Semuanya bermula di frame kelapan apabila Mohd Sawaluddin mendapat split, open di frame kesembilan dan sekali lagi mendapat split di frame terakhir. Mohd Fazreen yang mendapat peluang keemasan itu telah mengejar mata Mohd Sawaluddin dengan strike di frame kelapan dan dua spare di frame yang terakhir bagi membolehkan beliau menewaskan Mohd Sawaluddin dengan keputusan tipis 169-164. Mohd Fazreen juga berjaya mendapatkan mata ketiga buat dirinya apabila menakluki jumlah pin individu keseluruhan dengan perbezaan 25 pin sahaja. Pemain terbaik game ini jatuh kepada Mohd Fazreen yang mengganas di saat-saat akhir untuk mencipta kemenangan.

          Marzuki yang telah menang buat kali pertama di game ketiga juga telah cuba mendapatkan mata seterusnya buat pasukan IN THE ZONE. Marzuki dan Syed Arbini telah bersaing sengit dari awal frame hingga ke penghujung permainan. Marzuki yang ketinggalan sepanjang perlawanan cuba mendekatkan mata dan berjaya melakukannya pada frame kesembilan apabila perbezaan di antara kedua pemain hanyalah 8 pin sahaja dengan Marzuki memiliki kelebihan kerana memperolehi spare di frame tersebut. Apabila balingan Syed Arbini di frame terakhir mendapat split makin besar kelebihan yang di miliki oleh Marzuki. Walaupun hanya memerlukan satu sahaja spare namun Marzuki gagal melakukannya apabila tunduk dengan keputusan 157-163. Syed Arbini mengumpul mata keempat buat dirinya apabila menang dengan kelebihan 25 pin dalam kategori jatuhan pin individu. Keputusan terkini terikat 8 sama dengan berbaki 4 mata yang bakal di tentukan di antara Mohd Yusup dan Sufian Othman.

          Sufian memulakan game terakhir dengan tekanan yang tinggi dan peluang ini di ambil dengan baik oleh Mohd Yusup yang mula menjarakkan mata. Namun Sufian Othman bermula garang di frame keempat lalu mendahului 1 mata di frame tersebut dan seterusnya mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang meninggalkan Mohd Yusup yang kelihatan sedikit keletihan. Peluang ini di ambil oleh Sufian Othman dan mencatat kemenangan dengan keputusan 161-158. Sufian Othman juga menang buat kali keempat setelah menjatuhkan sebanyak 777 pin berbanding Mohd Yusup yang mendapat 715 pin bagi kategori jatuhan pin individu. Dengan kemenangan ini juga Sufian Othman telah membantu IN THE ZONE mengutip dua lagi mata dari jatuhan pin berpasukan game terakhir dan jumlah jatuhan pin keseluruhan berpasukan dengan 2125 pin.

          Keputusan muktamad IN THE ZONE meraih kemenangan dengan keputusan 12-8. Manakala pemain terbaik perlawanan ini jatuh kepada Mohd Fazreen yang banyak membantu IN THE ZONE mencatat kemenangan ke atas TIDAL BORE. IN THE ZONE kini menghuni tangga ke-14 satu anak tangga di atas TIDAL BORE. IN THE ZONE di jadualkan menentang TM STRIKXX pada hari Selasa bersamaan dengan 12hb Julai 2011. Manakala TIDAL BORE pula akan menentang TALL BUILDING pada 11hb Julai.

          “Perlawanan menentang TM STRIKXX amat penting kerana pasukan itu telah menunjukkan permainan yang baik ketika menewaskan MIXED TEAM dengan 2044 jatuhan pin”, kata ketua pasukan IN THE ZONE Alvin Sijore.
           

SCORE SHEET IN THE ZONE vs TIDAL BORE


STATISTIK PEMAIN IN THE ZONE




KEPUTUSAN PENUH LIGA AUTOSIDE MINGGU KE-9



Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh @N2PuCHoNG.

No comments:

Post a Comment