TEAM CROCS MENERUSKAN IMPIAN DENGAN KEMENANGAN KEDUA
Gambar atas dan bawah
Razif Safini (TEAM CROCS)
Walaupun TEAM CROCS mencatatkan kemenangan namun ianya tidak semudah yang di sangkakan apabila telah menerima tentangan yang hebat dari pemain TEAM CROCS X sendiri. TEAM CROCS X yang menurunkan dua orang pemain Novice iaitu Fairoul Ashmey dan Mohd Fazreen Fadzuan kerana kekurangan pemain akhirnya terpaksa akur tunduk di tangan abang sendiri dengan 8-12. Walaubagaimanapun TEAM CROCS X telah memberikan satu mesej yang berharga kepada TEAM CROCS sendiri supaya lebih bersedia dan lebih bersemangat supaya kejayaan yang besar dapat di cipta.
TEAM CROCS di atas kertas memang tidak mempunyai masalah untuk menundukkan lawan. Dengan barisan pemain yang terbaik seperti Razif Safini, Zulhelmi, Narayanan dan Ahmad Fikri sememangnya kemenangan sudah terhidang di depan mata. TEAM CROCS X pula menyandarkan harapan kepada Fairoul Ashmey, Mohd Fazreen, Zaidin Dasukin dan Maxwell untuk cuba memberikan tentangan yang sengit kepada pasukan TEAM CROCS.
Di game pertama TEAM CROCS X telah menjadi santapan buat pemain TEAM CROCS. Kesemua pemain TEAM CROCS X lambat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan lorong kecuali Zaidin namun begitu tidak mampu menyelamatkan TEAM CROCS X daripada dibelasah pasukan lawan. Razif Safini pemain muda yang di bawa masuk ke dalam pasukan TEAM CROCS setelah mendapat kelulusan daripada Myron Kho iaitu jurulatih bagi skuad remaja bowling Sarawak telah menjadi pemain pertama bagi TEAM CROCS. Walaupun tidak mempamirkan aksi yang baik namun sudah cukup untuk beliau mencatatkan kemenangan yang pertama dengan 191-170.
Fairoul Ashmey (TEAM CROCS X)
Zulhelmi yang bertindak sebagai pemain kedua pula cemerlang dengan teknik dan aksi yang memberangsangkan. Mencatat sebanyak 210 pin pada game game pertama ini sememangnya sukar di cabar oleh Mohd Fazreen yang hanya mencatatkan sebanyak 164 pin. Narayanan yang di turunkan selaku pemain ketiga pasukan TEAM CROCS juga tidak mengecewakan di game pertama ini. Walaupun di beri saingan hebat oleh Zaidin Dasukin namun kesilapan dari Zaidin di frame kesembilan dan dua balingan bonus di frame kesepuluh telah menyebabkan kekalahan kepada Narayanan. Narayanan yang baru dikurniakan pingat oleh T.Y.T Tun Salahuddin sempena kejayaan pasukan bolasepak Sarawak di kancah Liga Perdana telah memenangi game pertama ini dengan 217-206.
Ahmad Fikri melengkapkan kejayaan mutlak TEAM CROCS di game pertama setelah menundukkan Maxwell dengan 181-153 seterusnya mata terakhir TEAM CROCS di dapati hasil kemenangan pin berpasukan di game pertama dengan keputusan 799-693 perbezaan 106 pin.
Ahmad Fikri (TEAM CROCS)
Di game kedua TEAM CROCS sekali lagi meneruskan aksi cemerlang sehinggakan pemain TEAM CROCS X kelihatan seperti kehilangan punca. Razif Safini yang mendahului Fairoul Ashmey di sepanjang game ke-2 ini telah melakukan kesilapan di frame terakhir apabila gagal menyudahkan balingan dengan spare sekaligus memberikan ruang buat Fairoul Ashmey mengejar dan berjaya melakukan satu strike dan satu spare seterusnya memberikan kemenangan pertama buat TEAM CROCS X dengan 191-179.
Zulhelmi yang bermain cemerlang di game pertama berjaya memfokuskan dirinya dan berjaya mendapatkan mata ke-2 buat dirinya setelah menewaskan Mohd Fazreen yang telah menyaingi rapat mata beliau dengan keputusan 197-188. Narayanan yang melakukan dua kesilapan spare mudah telah mula goyah dengan permainan sendiri. Walaupun Zaidin Dasukin juga tidak bermain dengan baik namun usaha Narayanan untuk mengejar mata kelihatan amat sukar setelah membuat open frame pada frame ke-7 hingga frame terakhir. Narayanan tumpas di tangan Zaidin dengan 148-168.
Narayanan (TEAM CROCS)
Ahmad Fikri memulakan game ke-2 dengan semangat yang berkobar-kobar. Menjatuhkan 4 Bagger bermula di frame pertama telah membuatkan beliau begitu yakin dapat membuat High Game. Namun di frame ke-5 hingga frame ke-8, Ahmad Fikri seakan hilang fokus dan berjaya membuat 4 spare berturut-turut sebelum mendapat open frame di frame ke-9. Maxwell yang mengekori keputusan yang di perolehi oleh Ahmad Fikri pula telah membuat 2 strike awal namun memperolehi open frame di frame ke-3. Ketenangan dan jati diri yang tinggi pada Maxwell telah merubah skrip dengan sertamerta. Maxwell berjaya membenam 5 strike berturut-turut bermula di frame ke-4 hingga ke-8 sebelum menyudahkan dua frame terakhir dengan spare telah cukup untuk di nobatkan sebagai pemenang walaupun Ahmad Fikri bangkit di frame ke-10 dengan satu strike dan satu spare. Maxwell berjaya mendapatkan mata ke-3 untuk TEAM CROCS X setelah membenam cabaran Ahmad Fikri dengan 243-227. TEAM CROCS X mengutip mata ke-4 menerusi jatuhan pin berpasukan game ke-2 dengan perbezaan 39 pin setelah menjatuhkan sebanyak 790 pin. Kini perbezaan pin kedua-dua pasukan telah di kurangkan kepada 67 pin.
Maxwell (TEAM CROCS X)
Di frame terakhir kedua-dua pasukan bersaing dengan hebat kerana menyedari kesilapan kecil mampu mengubah keputusan perlawanan. Walaupun Razif Safini tidak bermain seperti biasa yang di tonjolkannya namun kemerosotan permainan yang di pamerkan oleh Fairoul Ashmey telah membantu beliau mencipta kemenangan terhadap lawannya itu. Beliau menjatuhkan sebanyak 193 pin sementara Fairoul Ashmey hanya memperolehi sebanyak 179 pin membolehkan Razif Safini mencatatkan kemenangan berganda apabila menewaskan Fairoul Ashmey dengan kelebihan 23 pin setelah mencatat jatuhan pin keseluruhan bagi dirinya dengan 563 pin.
Zulhelmi kelihatan tidak begitu tergugat dengan cabaran yang telah diberikan oleh Mohd Fazreen dan terus mempamerkan persembahan yang konsisten sepanjang malam tadi. Zulhelmi menang semua mata terhadap Mohd Fazreen setelah menjatuhkan sebanyak 201-153 dan sekaligus mempunyai kelebihan 103 pin setelah memperolehi sebanyak 608 pin keseluruhan.
Persaingan sengit telah berlaku di antara Narayanan dan Zaidin di game terakhir ini. Narayanan dan Zaidin masing-masing buntu mencari formula terbaik di game kali ini telah berlangsung dengan sengit sehingga ke frame terakhir. Zaidin yang telah melakukan kesilapan di frame ke-9 dan ke-10 tanpa spare terpaksa berharap agar Narayanan tidak melakukan sebarang kejutan di saat-saat akhir. Narayanan telah berjaya membenamkan strike di frame ke-9 dan ke-10 namun beliau yang hanya memerlukan samada strike atau spare di dua balingan bonus hanya berjaya menjatuhkan 8 pin tanpa spare yang membuatkan Zaidin menarik nafas kelegaan setelah menang di game terakhir dengan perbezaan hanya 1 pin (167-166). Zaidin juga menghukum Narayanan setelah sekali lagi menewaskan lawannya itu di pin keluruhan individu setelah mengalahkan Narayanan dengan 541-531..
Ketua pasukan TEAM CROCS X - En. Zaidin Dasukin
Ahmad Fikri yang tewas di game ke-2 walaupun telah bermain dengan begitu baik namun di game terakhir ini beliau telah gagal meneruskan aksi sepertimana yang sebelum ini. Maxwell sekali lagi tenang dalam tindakan beliau mengekalkan jurang mata sehingga kepenghujung perlawanan. Maxwell menewaskan Ahmad Fikri dengan 191-166 sekaligus mendapatkan mata ke-8 buat TEAM CROCS X setelah menjatuhkan sebanyak 587 pin berbanding Ahmad Fikri yang mendapat 574 pin. TEAM CROCS akhirnya di umukan sebagai pemenang setelah mendapat mata ke-12 menerusi pin berpasukan di game terakhir dan secara keseluruhan.
Zulhelmi telah di pilih sebagai “PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN” pada pertemuan kedua-dua pasukan ini oleh Editor Arena Sukan CROCS kali ini. Pertemuan di minggu ke-3 bagi TEAM CROCS di jangka lebih getir apabila bakal bertembung dengan musuh tradisi 90’s pada 28/07/2011. Penganalisis Sukan CROCS berpendapat “TEAM CROCS tidak boleh bermain seperti yang di pamerkan pada dua perlawanan terdahulu sekiranya ingin mencatatkan kemenangan yang ke-3. Kelemahan ketara yang di kesan di dalam TEAM CROCS setakat minggu ke-2 adalah seperti hilang fokus, gagal membuat spare mudah, tidak bermain mengikut keupayaan diri serta semangat berpasukan yang belum. Jika kelemahan ini dapat di perbaiki sebelum pertemuan menentang 90’s besar kemungkinan kemenangan besar dapat di cipta oleh pasukan TEAM CROCS”.
TEAM CROCS X pula akan berhadapan dengan pasukan gergasi YUMI pada hari yang sama. Tugas yang amat sukar bagi TEAM CROCS X mencatatkan kemenangan jika di lihat dari atas kertas namun tiada yang mustahil di dalam sesuatu pertandingan kerana selagi perlawanan belum berakhir selagi itu masih ada ruang untuk menang atau kalah. TEAM CROCS X yang berkemungkinan menurunkan Faizal Bujang, Adrian Adam, Sufian Othman dan Maxwell pasti akan merasai kehangatan perlawanan itu nanti. “Saya begitu optimistic dan bersikap positif dengan perlawanan ini nanti. Bagi saya perlawanan ini boleh dijadikan batu pengukur sejauh mana kekuatan mental, keyakinan dan semangat setiap pemain TEAM CROCS X dapat melangkaui tahap tertinggi yang boleh di capai”, kata Sufian Othman yang beralih pasukan dari TEAM CROCS kepada TEAM CROCS X.
Keputusan-keputusan lain di minggu ke-2 Liga Fousome adalah seperti berikut:
SCORE SHEET TEAM CROCS vs TEAM CROCS X
STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS & TEAM CROCS X
Arena Sukan CROCS di sediakan oleh P3m@iN I3oWLiNG.


































No comments:
Post a Comment