TEAM CROCS TERIMA PENGAJARAN
Kuching – 12 Julai 2011
TEAM CROCS mendapat satu pengajaran paling berharga malam tadi setelah menanggung kekalahan akibat kesilapan pemain-pemain yang tidak meneruskan perlawanan mengikut masa kerana menunggu dua pemain UNIMAS yang lewat hadir ke gelanggang. Perlawanan ini sebenarnya boleh di teruskan walaupun tanpa pemain pasukan lawan namun kesediaan pemain TEAM CROCS menunggu sehingga semua pemain UNIMAS tiba telah menghilangkan mood serta tumpuan terhadap permainan.
Perlawanan yang di mulakan sekitar jam 9.00 malam ini telah berlangsung dengan sengit. Zakaria yang memulakan balingan bagi pasukan UNIMAS telah memulakan perlawanan dengan yakin. Beliau berjaya membenamkan sebanyak 2 strike, 6 spare dan selebihnya open frame untuk muncul sebagai pemenang menewaskan Noraishah yang hanya mampu menjatuhkan 1 strike dan 2 spare untuk jumlah sebanyak 138 pin. Zakaria meninggalkan jauh jurang perbezaan mata setelah menjatuhkan sebanyak 194 pin.
Isa Kumar yang turun selaku pemain kedua UNIMAS juga telah membuktikan kehebatan beliau. Isa Kumar berjaya menjatuhkan sebanyak 201 pin untuk muncul pemenang menewaskan Fairoul Ashmey yang hanya mampu menjatuhkan sebanyak 173 pin sahaja. Fairoul Ashmey mula melakukan kesilapan pada frame ke-7 apabila semua balingan beliau hanya menjatuhkan 9 pin tanpa sebarang spare bagi membolehkan Isa Kumar ruang untuk memintas mata beliau dan muncul sebagai pemenang.
Yusri yang di harapkan mampu memberikan persembahan yang menarik hampir tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut apabila sering gagal melakukan spare. Dengan 5 open frame yang di perolehi oleh Yusri, beliau hanya mampu menjatuhkan sebanyak 165 pin sahaja. Namun nasib berpihak kepada Yusri apabila balingan di frame ke-10 oleh Irwandy hanya menjatuhkan sebanyak 5 pin. Di kala Irwandy hanya memerlukan 3 pin untuk muncul sebagai pemenang, beliau gagal melaksanakannya dan hanya mampu menjatuhkan sebanyak 1 pin sahaja. Yusri menang tipis 165-163 akibat kesilapan Irwandy tadi.
UNIMAS berjaya mengutip mata ketiga apabila menjatuhkan sebanyak 558 pin berbanding TEAM CROCS yang hanya mampu menjatuhkan sebanyak 476 pin. Ketinggalan sebanyak 82 pin TEAM CROCS harus bangkit di game seterusnya. Pemain UNIMAS Isa Kumar telah di umukan pemain terbaik di game pertama di antara kedua-dua pasukan ini.
TEAM CROCS telah menunjukkan peningkatan di game ke-2 ini. Noraishah mencatatkan jatuhan pin tertinggi di game ke-2 ini dengan 201 pin. Beliau berjaya menewaskan Zakaria dengan kelebihan 18 pin setelah hanya melakukan 2 open frame sepanjang game ke-2 ini.
Harapan TEAM CROCS yang di letakkan kepada Fairoul Ashmey tidak menjadi kenyataan apabila beliau sekali lagi tewas kepada Isa Kumar dengan keputusan 172-186. Fairoul Ashmey tidak dapat mengambil kesempatan di saat-saat akhir permainan setelah balingan terakhir Isa Kumar berakhir dengan 9 jatuhan pin sahaja.
Tugasan sebagai pemain ANCHOR TEAM CROCS di sempurnakan dengan baik oleh Yusri Suhaimi walaupun mendapat 2 split yang gagal di sudahkan beliau. Yusri menjatuhkan sebanyak 193 pin berbanding Irwandy yang hanya menjatuhkan sebanyak 156 pin sahaja.
TEAM CROCS memperolehi mata ke-3 pada game kedua ini dan juga mata penyamaan pada dua game terdahulu apabila mengatasi jumlah jatuhan pin berpasukan game ke-2 dengan keputusan 566-525. Pemain terbaik game ke-2 di serahkan kepada Noraishah daripada TEAM CROCS.
Game ke-3 menyaksikan kelemahan ketara pasukan TEAM CROCS. Tanpa sokongan dari penyokong yang sibuk dengan agenda masing-masing dan tekanan untuk menyudahkan perlawanan dengan seberapa segera telah mengakibatkan kekalahan pada game kali ini. Noraishah tidak dapat meneruskan prestasi sepertimana yang di lakukannya pada game ke-2 tadi. Balingan beliau sering tidak menepati poket seterusnya gagal membuat 6 spare yang di terima sepanjang game ke-3 ini. Zakaria pula dengan tenang melakukan balingan dan menyudahkan game ke-3 ini dengan kemenangan berpihak kepada beliau dengan keputusan 193-150.
Fairoul Ashmey mempamirkan permainan di bawah tahap sebenar apabila hanya menjatuhkan sebanyak 144 pin sahaja di game ke-3 ini. Isa Kumar yang juga tidak bermain seperti di game terdahulu juga bernasib baik apabila 3 open frame yang bermula di frame ke-8 beliau gagal di ambil kesempatan tersebut oleh Fairoul Ashmey. Isa Kumar menang setelah menjatuhkan sebanyak 168 pin.
Yusri yang menanggung beban selaku pemain ANCHOR TEAM CROCS telah berjaya meneruskan rentak kemenangan apabila menumpaskan Irwandy dengan 197-185. Walaupun telah di asak begitu hebat oleh Irwandy namun ketenangan yang di miliki beliau telah banyak membantu melaksanakan balingan-balingan yang baik.
Yusri terpilih sebagai pemain terbaik di game ke-3 ini walaupun gagal membantu TEAM CROCS mencatatkan keputusan seri apabila tewas sekali lagi dalam kategori jumlah pin berpasukan game ke-3 dengan jurang 55 pin. Keputusan semasa UNIMAS mendahului TEAM CROCS dengan 7-5 dan memiliki kelebihan sebanyak 96 pin.
TEAM CROCS memerlukan kemenangan 4-0 untuk menyaingi UNIMAS di game terakhir ini. Noraishah memulakan tugasan beliau dengan split di frame pertama diikuti dengan 2 spare dan 3 open frame yang berturut-turut sehingga menjejaskan keyakinan beliau untuk mencatat kemenangan. Namun di atas dorongan dan semangat yang telah di berikan oleh teman lelaki beliau telah sedikit sebanyak membantu meningkatkan keyakinan Noraishah. Bermula di frame ke-7, Noraishah telah berjaya memperbaiki mutu balingan dan mendapat 2 strike dan 2 spare berturut-turut untuk jatuhan pin sebanyak 183 pin. Zakaria yang sebelum ini mendahului Noraishah telah tertekan akibat peningkatan mendadak pemain cilik TEAM CROCS itu. Zakaria hanya mampu menjatuhkan sebanyak 162 pin dan tewas di game terakhir ini. Namun Zakaria berjaya memisahkan mata yang terikat setelah memenangi perlawanan dengan 3-2 apabila berjaya mengatasi jumlah pin individu dengan 732 berbalas 672.
Hasrat Fairoul Ashmey untuk bangkit di game terakhir ini tidak menjadi kenyataan apabila terus di kecewakan oleh Isa Kumar dan tewas buat kali ke-4 dengan keputusan 159-205. Gagal menepati purata average beliau, Fairoul Ashmey terus di hukum dengan kekalahan ke-5 apabila Isa Kumar mendominasi jumlah pin keseluruhan kedua-dua pemain dengan kelebihan 112 pin setelah menjatuhkan sebanyak 760 pin di sepanjang perlawanan.
Yusri melengkapkan perlawanan dengan bergaya dan cemerlang apabila beliau berjaya membenam sebanyak 215 pin menewaskan Irwandy yang hanya menjatuhkan sebanyak 180 pin. Yusri juga berjaya mengekalkan rekod bersih kemenangan 100% sama seperti Isa Kumar dengan memenangi jumlah pin individu dengan perbezaan 86 pin setelah menjatuhkan sebanyak 770 pin. Yusri juga terpilih sebagai pemain terbaik game ke-4 dan juga diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan setelah berjaya menjatuhkan pin tertinggi di kalangan pemain kedua-dua pasukan. Kemenangan Yusri telah membawa mata TEAM CROCS kepada 9 mata dan memerlukan 1 mata lagi untuk mencatat keputusan seri. Namun nasib tidak berpihak kepada TEAM CROCS apabila UNIMAS berjaya mendapatkan mata terakhir itu setelah menumbangkan sebanyak 2176 pin berbanding TEAM CROCS yang hanya menjatuhkan sebanyak 2090 pin (perbezaan sebanyak 86 pin).
TEAM CROCS di jadualkan menentang TM STRIKXX pada 18hb Julai 2011 bersamaan hari Isnin manakala UNIMAS akan menghadapi tentangan daripada pasukan EZONET pada keesokan harinya.
SCORE SHEET TEAM CROCS vs UNIMAS
STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS vs UNIMAS
STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS SETAKAT MINGGU KE-10
Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh @N2PuCHoNG.
No comments:
Post a Comment