IN THE ZONE SERI LAGI
Kuching – 20 Julai 2011
IN THE ZONE turun ke arena bowling dengan misi mencipta kejutan apabila menentang EVO PERFECXION malam tadi. IN THE ZONE hampir berjaya melakukannya namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila sekadar mencatatkan keputusan seri sekali lagi setelah seri ketika berhadapan dengan TM STRIKXX minggu lalu.
Alvin Sijore yang di turunkan selaku pemain pertama gagal menyaingi pemain EVO PERFECXION Chong Kim Ping. Alvin Sijore yang mempunyai purata 136 pin berbanding lawan beliau yang mempunyai purata 156 pin telah cuba sedaya upaya menyaingi Chong Kim Ping. Daripada 5 mata yang di peruntukkan, Alvin Sijore hanya mampu merampas 1 mata iaitu di game ketiga apabila menang dengan 160-150. Di dua game awal Alvin tunduk dengan keputusan 202-172 dan 194-150. Di game terakhir Alvin Sijore turut tumpas dengan 218-180 menjadikan keseluruhan pin berpihak kepada Chong Kim Ping dengan kelebihan 102 pin.
Mohd Fazreen Fadzuan yang berehat seketika dari arena bowling turun dengan misi memperbaiki purata jatuhan pin beliau. Memiliki purata terkini sebanyak 151 pin berbanding lawan beliau Anuar yang berada di purata 157 pin telah bernasib baik kerana memiliki kelebihan handicap sebanyak 10 pin. Mohd Fazreen menang di dua game pertama dengan 194-173 dan 172-149. Namun di game ke-3 beliau terpaksa akur apabila Anuar menganas dengan kemenangan selesa 207-177. Kelebihan handicap yang di miliki oleh Mohd Fazreen Fadzuan di gunakan sepenuhnya pada game terakhir apabila menang 155-151 dan juga pada jumlah pin individu setelah menumpaskan Anuar melalui kelebihan handicap dengan keputusan 698-680.
Adrian Adam yang menjadi harapan IN THE ZONE juga nyaris mengubah skrip seri yang diterima kali ini apabila sedikit kesilapan beliau telah mencicirkan satu mata yang paling berharga. Menentang Junain yang memiliki purata sebanyak 154 pin berbanding beliau yang mempunyai purata lebih baik dengan 160 pin di tambah pula dengan kelebihan handicap sebanyak 8 pin di miliki beliau, seharusnya menjadi satu faktor untuk beliau mencapai kemenangan malam tadi. Menang di game pertama dengan 159-148 namun tidak berupaya melakukan 5 spare berturut-turut bermula di frame ke-3 termasuk dua split berturut-turut yang di terima beliau di game ke-2. Beliau tewas tipis 171-170 kepada Junainyang melakukan kebangkitan di saat-saat akhir game ke-2. Adrian Adam sebenarnya mampu menang sekiranya balingan terakhir beliau menjatuhkan 9 pin sahaja namun beliau hanya berjaya menjatuhkan 7 pin di balingan terakhir beliau. Adrian Adam terus di hukum apabila tewas sekali lagi dengan 180-142. Menyedari harapan yang di letakkan ke bahu beliau oleh pemain lain, Adrian Adam mula memperbaiki permainan dan mengecapi kemenangan ke-2 buat dirinya setelah menewaskan Junain dengan 184-139. Kelebihan handicap Adrian Adam di gunakan sebaik mungkin apabila turut memenangi pin individu dengan 655-638.
EVO PERFECXION menguasai 3 mata daripada penjumlahan pin berpasukan manakala IN THE ZONE merebut baki 2 mata daripada penjumlahan tersebut. Keputusan muktamad IN THE ZONE berjaya mengikat EVO PERFECXION dengan keputusan 10-10.
IN THE ZONE akan berhadapan dengan pasukan RED SNAPPER pada minggu hadapan.
ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh Pemain Bowling.


No comments:
Post a Comment