Wednesday, 27 July 2011

Liga Autoside Minggu Ke-12 : TEAM CROCS vs VC UNITED

TEAM CROCS KECUNDANG
VC UNITED menerima cabaran sengit daripada TEAM CROCS


Kuching – 27 Julai 2011
          Di atas kertas sememangnya VC UNITED yang di jangkakan tidak akan menghadapi masalah untuk melakarkan kemenangan di minggu ke-12 Autoside B & Novice Trios League telah di paksa berkerja keras oleh pemain-pemain TEAM CROCS malam tadi.

          VC UNITED yang menurunkan kesemua pemain gred “B” mereka seperti Salina yang mempunyai average 163 pin, Ahmad Nazaruddin yang memiliki average 166 pin dan Zainal Abidin yang berada di average 168 pin telah di temukan dengan pemain-pemain TEAM CROCS yang memegang gred “Novice” di antaranya adalah Noraishah yang memiliki average sebanyak 140 pin, Zaidin Dasukin dengan average sebanyak 148 pin dan Habeeb yang memiliki average sebanyak 165 pin.

          TEAM CROCS bermula dengan garang setelah berjaya mendapatkan 3 mata daripada 4 mata yang di tawarkan. Mata TEAM CROCS yang pertama di hasilkan oleh Noraishah yang menewaskan Salina dengan kelebihan handicap apabila menjatukan sebanyak 167-170 (197-190). Mata kedua di perolehi hasil kemenangan selesa Habeeb ke atas Zainal Abidin dengan 199-128 (224-143). Mata ketiga TEAM CROCS terhasil setelah jumlah pin berpasukan di game pertama berpihak kepada TEAM CROCS dengan keputusan 502-479 (582-529). VC UNITED mendapat mata menerusi kemenangan Ahmad Nazaruddin terhadap Zaidin dengan keputusan 181-136 (196-161).

          Walaupun mendahului VC UNITED di game pertama, namun kemerosotan prestasi pemain TEAM CROCS serta kebangkitan yang di tunjukkan oleh pemain VC UNITED telah merubah keadaan. VC UNITED menang kesemua mata pada game ke-2 ini dan punggutan mata dimulakan oleh Salina yang berjaya menundukkan Noraishah dengan kelebihan 10 pin setelah menjatuhkan sebanyak 174-154 (195-184). Noraishah telah melepaskan peluang mencatatkan kemenangan setelah hanya membuat spare pada balingan pertama di frame yang kesepuluh mengurangkan kelebihan strike di frame yang ke-9 yang beliau miliki. Ahmad Nazaruddin pula tidak banyak menghadapi masalah menewaskan Zaidin yang di lihat masih tercari-cari rentak permainan terbaik beliau dengan keputusan 168-150 (183-175). Zainal Abidin menebus kekalahan beliau di game pertama dan berjaya bangkit di game ke-2 ini dengan cemerlang melakukan 4 bagger di 4 frame pertama yang secara tidak langsung telah menganggu permainan Habeeb sepanjang game kali ini. Zainal Abidin juga berjaya membenam “TURKEY” pada frame ke 8 hingga ke-10 sekaligus menewaskan Habeeb dengan 230-155 (245-180). VC UNITED juga mendominasi pin berpasukan game ke-2 dengan 570-459 (620-539). VC UNITED kini memiliki kelebihan sebanyak 28 pin bagi jumlah pin keseluruhan. Setelah tamat game ke-2 ini, VC UNITED mendahului TEAM CROCS dengan 5-3.

          TEAM CROCS cuba bangkit di game ke-3 dan hasilnya Noraishah berjaya merampas kembali mata daripada Salina apabila berjaya membuat balingan yang lebih konsisten terutamanya di frame yang ke-8 setelah berjaya membenamkan 4 bagger. Noraishah menewaskan Salina dengan keputusan 167-156 (197-176). Walaupun Noraishah telah memberikan semangat kepada rakan lain namun permainan  di bawah average telah di perolehi oleh rakan beliau yang lain. Zaidin yang menjatuhkan sebanyak 145 pin (170 pin) tidak mampu menyaingi Ahmad Nazaruddin yang menang dengan 168 (183) jatuhan pin. Habeeb pula gagal mengawal emosi setelah hanya menjatuhkan spare di 4 frame pertama beliau walaupun bola sudah memasuki poket. Selepas itu beliau melakukan 4 open frame mudah dan di sambung dengan 2 lagi spare, di game kali ini Habeeb tidak mendapat sebarang strike dan tewas kepada Zainal Abidin dengan keputusan 146-169 (171-184). VC UNITED melebarkan jurang mata setelah memenangi pin berpasukan dengan keputusan tipis 493-458 (543-538). VC UITED kini mendahului dengan 8-4.

          Berbaki 8 lagi mata TEAM CROCS perlu melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan untuk mencapai matlamat kemenangan tersebut. Salina tidak membenarkan perkara itu terjadi setelah menjinakkan Noraishah di game terakhir dengan 193-156 (213-186). Hasrat Noraishah untuk menang berkecai setelah tunduk sekali lagi di pin individu kepada Salina dengan keputusan 644-693 (764-773) perbezaan hanya 9 pin sahaja. Zaidin yang masih tercari-cari rentak bernasib baik di game terakhir apabila permainan Ahmad Nazaruddin merosot secara tiba-tiba setelah mendapat 2 kali split berturut-turut di frame pertama dan ke-2. Keadaan itu telah membuat permainan beliau sedikit tidak teratur. Kesempatan ini di ambil sepenuhnya oleh Zaidin yang menewaskan Ahmad Nazaruddin dengan keputusan 157-136 (182-151). Walaupun mencatat kemenangan di game terakhir ini Ahmad Nazaruddin masih selesa setelah menang di kategori pin individu menewaskan Zaidin dengan 653-588 (713-688). Habeeb yang akan bertolak ke Kuala Lumpur awal pagi esok kerana urusan kerja tidak berjaya bermain seperti yang di lakukannya kebelakangan ini. Zainal Abidin juga tidak memberikan ruang bagi Habeeb untuk mengugat kedudukan beliau setelah dengan mudah berjaya menewaskan Habeeb dengan keputusan 202-158 (217-183). Habeeb juga tewas sekali lagi di tangan Zainal Abidin di kategori pin individu setelah hanya menjatuhkan sebanyak 658 (758 pin) berbanding Zainal Abidin yang mengumpul sebanyak 729 (789 pin). VC UNITED juga menang bagi pin keseluruhan denga keputusan 2073-1890 (2273-2210).

          TEAM CROCS di jadualkan menentang pasukan pilihan 90’s pada 1 Ogos 2011 bersamaan hari pertama puasa bagi Negara Malaysia. VC UNITED pula akan menentang pasukan MSRC pada 2 Ogos 2011.



           Arena sukan CROCS mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" kepada semua pemain-pemain TEAM CROCS dan juga kepada semua pemain-pemain bowling terutamanya yang bertanding di Liga anjuran Crystal Bowl.

SCORE SHEET TEAM CROCS vs VC UNITED

STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS MINGGU KE-12


STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS SEHINGGA MINGGU KE-12




ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh P3m@in l3owling.

No comments:

Post a Comment