MOHD AZAD CEMERLANG
Ketika membantu TEAM CROCS catat kemenangan selesa
Kuching – 20 Julai 2011
TEAM CROCS yang tumbang minggu lalu di tangan UNIMAS kembali menemui sentuhan kemenangan setelah berjaya menundukkan TM STRIKXX dengan selesa 14-6. TM STRIKXX yang berjaya mengikat pasukan IN THE ZONE pada minggu lalu ternyata tidak mampu menghalang TEAM CROCS daripada mencatatkan kemenangan selesa ini.
TEAM CROCS bermula dengan garang di game pertama apabila ketiga-tiga pemain yang di turunkan berjaya mencatatkan kemenangan terhadap lawan masing-masing sekaligus mendapatkan mata ke-4 setelah mendominasi pin berpasukan game pertama dengan kelebihan 43 pin setelah menjatuhkan sebanyak 573 pin. Zaidin Dasukin tidak bermain dengan baik dan hanya menjatuhkan 3 strike dan 2 spare sahaja untuk bernasib baik menewaskan Foo Choon Khuik dengan 164-149.
Fairoul Ashmey pula terpaksa bekerja keras untuk kemenangan beliau terhadap Osman Wasli. Walaupun mendahului dengan selesa setelah mencatatkan 3 strike berturut-turut bermula dari frame pertama namun kealpaan dan sikap bersahaja hampir memakan diri sendiri setelah Osman Wasli mula mengejar rapat mata yang di perolehi oleh Fairoul Ashmey. Mujur 2 split berturut-turut yang di perolehi oleh Osman Wasli pada frame ke-7 dan ke-8 sedikit melegakan perasaan Fairoul Ashmey. Namun begitu Fairoul Ashmey pula tidak mengambil peluang setelah melakukan 2 open frame di frame ke-8 dan ke-9 telah membuka semula ruang buat Osman Wasli mengejar dan menghabiskan game pertama dengan 2 spare dan 1 strike bagi jatuhan pin beliau sebanyak 187 pin. Fairoul Ashmey yang memerlukan sekurang-kurangnya spare akhirnya berjaya melakukannya di frame terakhir untuk kemenangan tipis 188-187.
Mohd Azad yang tidak bermain dengan baik 2 minggu yang lalu telah kembali dengan tenaga dan semangat yang baru. Meskipun mendapat open frame pada frame pertama, ke-2 dan ke-4 namun 8 strike yang di perolehinya sepanjang game pertama ini membantu beliau mencatatkan high game di game pertama dengan kemenangan 221-194. Namun pujian juga patut di berikan kepada Mohd Rizal yang berjaya menghambat mata Mohd Azad sehingga ke frame terakhir yang sedikit sebanyak membantu Mohd Azad mencatat keputusan yang cemerlang.
Di game ke-2 sekali lagi TEAM CROCS menunjukkan taring dan tidak memberi kesempatan buat pemain TM STRIKXX menghalang laluan kemenangan TEAM CROCS. Kemenangan bergaya 4-0 sekali lagi itu di perolehi dengan catatan pin berpasukan tertinggi malam tadi dengan TEAM CROCS mengalahkan pihak lawan dengan 595-483 menambahkan jurang pin berpasukan kepada 155 pin. Zaidin Dasukin secara tiba-tiba menemui rentak permainan yang sudah lama hilang itu menganas seumpama buaya di Sungai Sarawak . Empat strike berturut-turut di bantu dengan 3 spare sudah cukup bagi beliau mencatat kemenangan selesa terhadap Foo Choon Khuik dengan 215-146.
Fairoul Ashmey sekali lagi melakukan kesilapan yang sama seperti di game pertama tadi. Setelah berbangga dengan 2 strike berturut-turut di frame pertama dan ke-2, Fairoul Ashmey kelihatan mula selesa dan hampir-hampir memakan dirinya sendiri setelah sekali lagi Osman Wasli mengejar sehingga frame ke-8 dimana Osman Wasli hanya ketinggalan 1 pin namun memiliki kelebihan spare di frame tersebut. Fairoul Ashmey lega setelah balingan ke-9 Osman Wasli menemui open frame manakala beliau sendiri telah berjaya mendapat strike. Namun begitu Fairoul Ashmey sekali lagi memberikan drama yang agak mengerikan apabila hanya menjatuhkan 9 pin di frame terakhir. Harapan Osman Wasli kembali bernyala dengan keadaan dimana beliau memerlukan sekurang-kurangnya 2 strike di frame terakhir ini bagi mencatatkan kemenangan. Akhirnya Osman hanya mampu menjatuhkan 1 strike dan 1 spare di frame terakhir untuk keputusan Fairoul sekali lagi menang tipis di atas kelebihan 1 pin setelah menundukkan Osman Wasli dengan 170-169.
Drama yang di cipta oleh Fairoul Ashmey tidak di ikuti oleh Mohd Azad yang kelihatan begitu fokus dan tenang. Sekali lagi Mohd Azad berjaya mencatatkan high game dengan 210 pin, kali ini mudah menewaskan Mohd Rizal dengan keputusan 210-168.
Setelah tamat game ke-2 TEAM CROCS mendahului TM STRIKXX dengan 8-0. Keadaan ini telah membuat pemain TEAM CROCS alpa seketika dan mula memikirkan kemenangan. Hasilnya Zaidin yang begitu ganas di game ke-2 tersungkur rebah ke bumi setelah di sedarkan oleh Foo Choon Khuik di mana kemenangan berpihak pemain TM STRIKXX itu dengan 168-165. Kesilapan Zaidin yang gagal menjatuhkan pin 10 di frame kesembilan menjadi punca kekalahan beliau kali ini.
Fairoul Ashmey pula melakukan beberapa kesilapan di 4 frame awal di game kali ini telah mengakibatkan kekalahan pertama beliau kepada Osman Wasli. Walaupun berjaya meningkatkan persembahan di frame-frame berikutnya namun split di frame ke-8 telah menganggu mata keseluruhan yang di perolehi Fairoul Ashmey. Fairoul Ashmey tunduk dengan keputusan 175-188.
Mohd Azad terus cemerlang malam tadi apabila sekali lagi menghumban high game dengan kemenangan mudah ke atas Mohd Rizal 214-141 dan mendapatkan mata ke-9 buat TEAM CROCS. Nasib sebenarnya tidak menyebelahi Mohd Azad yang mampu menjatuhkan sebanyak 246 pin jika tidak kerana split yang beliau dapat di frame terakhir. TEAM CROCS memperolehi mata ke-10 apabila jatuhan pin berpasukan game ke-2 ini milik TEAM CROCS dengan perbezaan 57 pin setelah membenam sebanyak 554 pin.
Skrip di game terakhir berubah sama sekali apabila TEAM CROCS akur tunduk 3-1 kepada TM STRIKXX. Hanya Mohd Azad yang berjaya mengekalkan mutu permainan beliau dan berjaya mendapatkan mata ke-11 apabila menumbangkan Mohd Rizal dengan 190-171. Zaidin terus di hukum oleh Foo Choon Khuik setelah tewas 165-173. Namun begitu Zaidin berjaya mendapatkan mata ke-12 setelah memperolehi sebanyak 709 pin perbezaan 73 pin berbanding lawannya. Fairoul Ashmey terus di landa kekalahan di game terakhir dengan 180-192 sekaligus turut tumpas di kategori pin individu dengan 713-736. TM STRIKXX berjaya mendapatkan mata ke-6 apabila menewaskan pin berpasukan game terakhir ini dengan keputusan tipis 536-535. Mohd Azad menceriakan kem TEAM CROCS apabila berjaya mendapatkan mata ke-13 menerusi pin individu dengan keputusan 835-674, sekaligus membantu TEAM CROCS mendapatkan mata terakhir menerusi jumlah pin berpasukan dengan perbezaan 211 pin setelah menjatuhkan sebanyak 2257 pin.
Mohd Azad telah di pilih sebulat suara oleh Jawatankuasa Pertandingan sebagai “PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN” malam tadi. TEAM CROCS akan meneruskan misi kemenangan selepas ini apabila di jadualkan menentang pasukan hebat iaitu VC UNITED.
*Semua jatuhan pin yang tertera adalah setelah di campurkan dengan handicap.
ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh Pemain Bowling.



No comments:
Post a Comment