Wednesday, 6 July 2011

Liga Autoside Minggu Ke-9 : TEAM CROCS vs TALL BUILDING

TEAM CROCS GAGAL MENYAINGI
TALL BUILDING

Kuching – 05 Julai 2011

          Setelah mencatatkan kemenangan dua kali berturut-turut TEAM CROCS hadir bagi mencipta hatrick walaupun berhadapan dengan salah satu pasukan gergasi TALL BUILDING. Dengan barisan pemain seperti Zaidin Dasukin, Habeeb Muhd Hamid dan Mohd Azad memikul satu tugas berat apabila di tentang pemain TALL BUILDING seperti Abu Seman, Richard Lon dan Adrian Chan.

          Segalanya serba tidak menjadi kepada pemain-pemain CROCS apabila dua pemain mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan lane yang penuh berminyak. Zaidin dan Mohd Azad tidak mampu bermain seperti biasa dan tewas kepada lawan masing-masing. Zaidin di belasah Abu Seman dengan 213-136. Mohd Azad pula tumpas tipis di tangan Adrian Chan dengan 164-178. Hanya Habeeb yang mampu menyaingi pemain TALL BUILDING dengan menewaskan Richard Lon dengan 196-146. TALL BUILDING menang sekali lagi menerusi jatuhan pin berpasukan game pertama dengan 531-496. Abu Seman telah di pilih sebagai pemain terbaik di game pertama ini.

          Setelah mendapati kesukaran untuk mensasarkan bola kepada target Zaidin dan Mohd Azad telah berusaha memperbaiki permainan mereka. Namun usaha mereka telah berjaya di sekat oleh Abu Seman dan Adrian Chan apabila mereka sekali lagi menewaskan pemain TEAM CROCS itu dengan 185-133 dan 177-135. Walaupun Habeeb sedikit tertekan kerana permainan rakan sepasukan yang serba tidak menjadi, masih mampu mencipta kemenangan kedua ke atas Richard Lon dengan 197-171. TEAM CROCS sekali lagi tewas di tangan TALL BUILDING pada jatuhan pin di game kedua dengan keputusan 533-465. Setakat tamat game kedua TEAM CROCS ketinggalan dengan 2-6. Habeeb pula telah di nobatkan pemain terbaik game kedua ini kerana jatuhan pin yang melebihi pemain lain.

          Habeeb cuba menaikkan semangat dua rakan sepasukan beliau dengan membuat balingan yang konsisten serta begitu bersemangat ketika hendak membuat balingan. Mohd Azad yang bermain di bawah tahap sebenar telah cuba melipatgandakan usaha memperbaiki kesilapan dan membuat sedikit perubahan balingan. Hasilnya Mohd Azad dapat menewaskan Adrian Chan dengan keputusan tipis 168-165. Zaidin yang kelihatan begitu kecewa masih tidak dapat membuat balingan yang mengenai poket. Beliau tewas sekali lagi dengan 138-159 kepada Abu Seman. Walaupun Habeeb terus bermain dengan baik dan menjatuhkan pin melebihi average beliau namun terpaksa akur tunduk dengan kebangkitan yang di tujukkan oleh Richard Lon apabila tumpas tipis 204-207. TALL BUILDING sekali lagi mendominasi jumlah jatuhan pin game ketiga dengan kemenangan 531-510. TALL BUILDING mendahului TEAM CROCS dengan 9-3. Richard Lon yang memperolehi mata pertama beliau untuk malam tadi telah di pilih pemain terbaik di game ini.

          Menyedari kemenangan besar perlu di capai oleh trio TEAM CROCS telah membangkitkan semangat Zaidin. Zaidin kembali bermain dengan baik dan menjatuhkan sebanyak 190 pin untuk menang ke atas Abu Seman. Walaupun tewas di game terakhir ini Abu Seman tetap muncul sebagai pemenang kategori jatuhan pin individu setelah menjatuhkan sebanyak 740 pin berbanding 597 pin yang di miliki oleh Zaidin. Habeeb seperti kecewa kerana tumpas di kala beliau telah menjatuhkan pin yang banyak tidak dapat menyaingi Richard Lon untuk kemenangan kedua beliau ketika bertemu Habeeb. Richard Lon menang dengan keputusan 215-168. Habeeb berjaya mendapatkan mata ketiga untuk dirinya apabila mendominasi jumlah pin individu dengan 760-735. Mohd Azad yang menang di game ketiga tadi, berpeluang memenangi perlawanan game terakhir apabila berjaya mengelakkan diri daripada membuat sebarang open frame namun kesilapan di frame kesembilan membawa padah apabila beliau gagal mendapatkan spare. Adrian Chan menang sekali lagi dengan 215-183. Adrian Chan juga terus menghukum TEAM CROCS apabila terus menang di kategori pin individu dan berpasukan. Adrian Chan menang 4-1. Pemain TALL BUILDING Adrian Chan pula telah di pilih sebagai pemain terbaik game terakhir ini. Walaupun TEAM CROCS tumpas namun Habeeb telah muncul sebagai pemain terbaik keseluruhan perlawanan ini setelah menjatuhkan sebanyak 760 pin. 

          Dengan ini keputusan muktamad TEAM CROCS tumbang di timpa TALL BUILDING dengan keputusan 5-15 (25.1-37.1). TEAM CROCS kini menghuni tangga ke-11 manakala TALL BUILDING melonjakkan diri ke tangga ke-5. TEAM CROCS akan menentang UNIMAS pada hari Isnin depan manakala TALL BUILDING akan berhadapan dengan saingan TIDAL BORE. 

             


SCORE SHEET TEAM CROCS vs TALL BUILDING


STATISTIK PEMAIN TEAM CROCS




Sumber berita ARENA SUKAN CROCS di sediakan oleh @N2PuCHoNG. 

1 comment: